Thursday, August 20, 2009

cite puasa..

salam.

esuk lusa nk puasa. dh ke bersedia?
orang arab cakap saum. sama je maksudnya. tapi yg tak sama maksudnya adalah pengisiannya. takkan nak puasa standard budak sekolah darjah tiga kot.. lapar dahaga saja yang terdaya. pastu ralit dengan benda lara..
puasa ada tiga peringkat kalau iku cite depa. puasa awam. puasa khusus. puasa khusus al khusus. yang mana satu nak kita letakkan martabat puasa kita ni?

kalau puasa tahan diri lapar dahaga pun ok jugak. yela, puasa jugak, kan. semuga dapat menginsafi penderitaan orang2 yg susah dan serba kekurangan. jangan la dah berlapar dahaga, bila tiba petang, habis dibelanjakan duit macam2 nak beli, jangan kata makanan je, kalau boleh dengan meja2 sekali nak dibelinya. pastu bila dh berbuka, kena air dua tiga gelas, makan pederas segala yg ada, terus bersandar, atau lebih teruk lagi, melingkar macam ular sawa. tak rugged la, beb!

ada jugak berpuasa lapar dahaga, buka sekadar yg perlu dulu, malam bikin terawih pulak. cantik, kan? memang cantik dh tu, jika solat fardhu yg lain tak ditinggal. ni terawih yg diutamakan, solat fardhu buat bangang je. apa punya jenis malaun la ni..

jadi, kalau dulu2 puasa macam disebut kt atas td tu, tahun ni tak reti2 nk bikin baik punya? yela, tahun depan tak gerenti lagi boleh puasa. silap haribulan, dh meninggal. tak pun, kalau hidup lagi, sakit teruk beno pun tak leh puasa jugak..

apa pun, puasa yg sebenar2nya adalah .... jeng! jeng! jeng!

besuk insyaAllah gua sambung untuk posting terakhir sebelum ramadhan al mubarak tiba. dok berasa puasa ni tak leh nak keluarkan posting. bukan apa, bilamana kita tahu hakikat puasa yang sebenarnya, tiadalah kita akan persiakan peluang yg datang setahun sekali ni. tenguk la nanti, niat tak nak menulis, tapi Tuhan punya kerja, tiada siapa dapat meneka..

Ciao!

4 comments:

binjidan said...

yang jeng..jeng..jeng tu gua nk tau lebih lanjut...hahhaaaaaaa

ku2 said...

salam binjidan.
insyaAllah besuk, k. but dont put ur hope too high untuk dapat cite seumpama miracle, bak kata orang putih la.. : )
insyaAllah.

aku said...

salam ku2..

bleh kot klua posting hakikat puasa..
kenapa 1 syawal diharamkan puasa..
nik, lu cite la sama..

ku2 said...

salam aku.
hakikat puasa boleh kita jumpa dalam kitab2 kt toko2, insyaAllah.
tang kenapa 1 syawal haram berpuasa, ada jawapan yg bermain di minda. tapi gua tak berani menyatakan kerana tidak dipastikan lagi. insyaAllah ada bhgn tau la nanti.

 

Bali Accommodation