salam.
tazkirah untuk maghrib ini.
kita seharusnya menjadi seorang hamba Allah yg beristiqamah dalam berhubung dengan Nya. apatah lagi bila kita sudah yakin tiada yang memberi bekas melainkan Dia semata2. walaupun demikian, sewajarnya kita berpegang teguh dengan hukum syarak, berpegang teguh dengan syariat Muhammad. setinggi mana terbang si enggang, tetap berlabuh juga akhirnya. jangan kita terbawa2 dengan perasaan yang tidak berpijak di bumi yang nyata. hendaklah kita memakai syariat Muhammad walaupun kita sedang dalam proses bermusyahadah senantiasa. memang sukar, tetapi tiada perkara yg datang bergolek begitu sahaja. jangan sekali2 kita tinggalkan hukum syarak selagi kita hidup di dunia fana ini. sesungguhnya Allah akan permudahkan bagi kita bila mana kita sanggup berkorban dan beristiqamah dalam mengerjakan perkara2 yg dituntut syarak. semuga kita menjadi golongan muqarabin, insyaAllah. wallahualam.
Thursday, August 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam ku2,
camane plak ngan org yg berhakikat tp langgar je hukum syarak?
salam aku.
untuk menghukum golongan yg mngaku berhakikat tapi melanggar hukum syarak bukan keje gua, beb. haruslah disedari syariat dan hakikat saling memerlukan. hakikat itu syariat nabi yg batin. syariat @ feqah @ syarak adalah syariat nabi yg zahir. oleh sebab itu syariat tidak boleh bercerai dengan hakikat. seperti sabdanya: syariat tanpa hakikat hampa. hakikat tanpa syariat batal.
wallahualam.
Post a Comment