Friday, August 21, 2009

cite puasa.. ii

salam.

bismillah, alhamdulillah, lahaulawalaquwatailabilahilaliyilazim.

kira2nya lu orang mesti baru saja selesai mengerjakan solat terawih, insyaAllah. semuga ia berfaedah bagi jiwa.

seperti dijanjikan semalam, tiada la hakikat puasa itu melainkan
puas pada yg Esa= puas + Sa.

Sepanjang bulan ramadhan, siang dan malamnya, pagi dan petangnya, ketika berjaga, ketika bersendirian, ketika berkumpulan, tiadalah hati ingat pada yg lain selain kepada Illahi. kerana itulah dianjurkan banyakkan berzikir, bertadarus, bertarawih, bersolat sunat yg lain2, semata2 untuk memastikan tumpuan hati hanya kepada Dia. zahir dan batin kita tiadalah tujuan lain melainkan tertumpu padaNya. bila mana kurang makan dan minum, insyaAllah, lebih mudah tumpuan kita dituju pada Allah, Tuhan seru sekalian alam, lagi wajibul wujud, yg dekat tiada bertepi jauh tiada bersempadan, yang pertama tiada permulaan yang akhir tiada kesudahan, yang merencanakan segala yang baik2 belaka.

terlalu halus permainan Tuhan, lagi indah, lagi hebat. Subhanallah.
beruntunglah orang2 yang menyucikan jiwanya. beruntunglah.

tiadalah ganjaran yang lebih bermakna di kala ini melainkan Allah melahirkan rasa manis beribadat. tiadalah ganjaran yang lebih bermakna bila mana Allah menyingkap tabir2 kekeliruan kita. tiadalah ganjaran yang lebih hebat bila dipimpinNya kita ke jalan yang lurus.

Ya Allah, terlalu Agung diri Mu sehingga tiada mampu aku memuji Mu.
Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang bermain di dalam dada ku kini.
Sesungguhnya aku ingin pasrah, aku ingin redha atas segala ketentuan Mu.

Ya Allah, pada Mu aku berserah.

2 comments:

aku said...

salam ku2,

syukur, merasa gak ramadhan kali ni.
moga dpt rasa kemanisan ibadat dlm ramadhan..

binjidan said...

ya rob...hu ya allah

 

Bali Accommodation