salam.
nak cite sikit ni tentang h1n1..
klu ikut anggaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia @ WHO, kematian di Malaysia yang disebabkan oleh virus h1n1 adalah sekitar 28,000 orang dalam masa dua tahun yg akan datang ini. memang satu angka yg menggusarkan. oleh itu, bila mana anggarannya adalah sedemikian, sepatutnya pihak kerajaan sewajarnya mengeluarkan satu perancangan yg khusus dan rapi untuk membendung penularan gejala ini daripada merebak. apatah lagi buat masakini belum ada vaksin untuk h1n1. setiap hari kita dimaklumkan akan kematian2 yg berlaku di negara kita. bagi saya secara peribadi, perkara ini amat membimbangkan dan lebih2 lagi bila anak2 saya dihinggapi demam dua, tiga hari kebelakangan ini. namun, kerajaan hanya sibuk melaungkan konsep satu Malaysia saban hari, khusus untuk mempopularkan perdana menteri. kalau bukan berita itu, cerita tentang pengkhianatan anwar ibrahim yg digemburkan oleh akhbar2 harian. saya tertanya2 jugak, apa yg anwar khianat ni? dan kenapa sibuk sangat dengan konsep satu malaysia bila pada masa yg sama rakyat semakin gelisah dengan penularan h1n1..
semalam demam anak no 2 saya begitu berat sekali. suhu badannya 40c, tak kebah2 walaupun dh makan ubat dan dijelumkan dengan kain basah.. oleh kerana dh masuk malam kedua begitu, malam tadi saya pun membuat keputusan membawa anak saya ke bahagian kecemasan hospital daerah. jam dah hampir 11 malam. sebaik saja sampai di perkarangan hospital, jumlah kereta yg memenuhi tempat letak kereta seolah2 di siang hari. Peh! sebelum ini saya ada dengar cerita yg memang ramai orang di hospital tapi malam tadi saya telah saksikan sendiri. walaupun dh agak orang pasti ramai di bahagian kecemasan, saya pergi juga bersama anak saya nabil. memang benar, orang lebih dari seratus, dan yang sedang beratur mendaftar ada sekitar 15 orang. saya rasa ramai daripada mereka yg ada dihospital pada ketika itu berasa khuatir tentang h1n1, dan hanya hospital kerajaan boleh menjalankan pemeriksaan rapi bersebabkan perkakasan yg ada. saya menjangkakan jika saya turut beratur, mungkin saya akan sempat jumpa doktor sekitar dinihari. tua, beb! panas badan anak sudah amat merisaukan.. saya pun buat keputusan pergi ke klinik swasta yg buka 24 jam. walaupun agak mahal, tapi saya tak perlu tunggu lama.. dan pagi ini, anak saya bertambah sihat, alhamdulillah. semuga berkekalan bagi dia dan kami seisi keluarga, insyaAllah.
d moral of the story? sebaik2nya kerajaan harus bertindak segera menangani perkara ini. jangan sampai h1n1 melanda keluarga mereka yg berkuasa, dan memberi impak yg negatif terhadap pembangunan negara, barulah mereka mula melatah. sesungguhnya kehendak Allah banyak hikmahnya. walaupun pada zahir ia seakan bala yg menimpa, tetapi hakikatnya, pelbagai perkara yg Dia tunjukkan pada golongan yg memerhati. semuga kita terhindar daripada penyakit zahir n batin, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment