salam.
apa yg hendak gua bicara kali ini? hmm.. layankan je..
sebenarnya pelbagai perkara nk dikongsikan tapi gua melihat kebanyakkannya bersifat duniawi yg berlebihan dan banyak melarakan. kawan2 sekeliling gua pun citenya hanya lara belaka.. sabar je la.
sebelum zohor ni gua nk kongsi satu perkara, yakni, ilmu tasauf @ ilmu hakikat @ ilmu laduni.
dikatakan ilmu inilah yg diajar kepada semua ruh semasa di alam ruh dahulu. namun bila manusia turun ke dunia, pengetahuan mereka telah diracuni dengan 'kegelapan' @ duniawi yg hanya tertumpu kepada kehendak lahiriah saja, iaitu memenuhi kehendak hawa nafsu je.. bila mana 'kegelapan' ini hilang barulah hakikat timbul dengan terang dan jelas.
orang2 yg tetap kasih pada dunia takkan terdetik di hati nuraninya tentang perkara yg haq @ kebenaran. jika terdetik sekalipun, mungkin orang itu tak sedar pun akan kejadian ini. orang2 yg sebegini tertipu dengan keindahan dunia yg hakikatnya fana, dan tak akan merasa puas dengan segala yg ada, kerana hakikat dunia memang sebegitu.. lantas dikejar dan dikejar dunia yg tak henti2 berlari..
bagi orang2 yg mengaji n mengkaji, akan terdetik di hati mereka kebenaran, dan jiwa mereka kan terasa kekosongan kerana dunia dan seisinya tiada apa nilai pun jua, lalu mereka akan mencari para arifinbillah. namun mencari orang yg sebegini pun bukan semudah mana. apapun, kita berpeganglah pada sabda Rasulullah yg ertinya: Siapa yg menuntut sesuatu dengan kesungguhan, pasti mendapat.
para arifinbillah tidak menyembunyikan ilmu mereka, namun mereka juga harus berhati2 menyampaikannya sambil memerhati tingkat kecerdasan, keghairahan n ketekunan seseorang dalam mengejar dan melengkapkan dirinya dengan ilmu hakikat.
Dalam kitab ihya karangan imam ghazali dikatakan siapa yg tidak mendapat ilmu ini dikhuatirkan mati dalam kekafiran. wallahualam.
biasakanlah diri berdamping dengan orang2 yg hatinya hanya untuk Allah, banyakkanlah berkhalwat, berlapar, kurang berkata2, dan berjaga malam, dalam ertikata yg sebenarnya.
kurangkanlah dunia yang sangat melarakan, yang sangat meracuni..
apapun, tanyalah diri apa yg dicari..
akhirul kalam buat kali ini, seperti kata member gua wak yahya wagiman,
bukan senang nak senang, beb!
wallahualam.
Saturday, August 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam ku2,
ada setengah org tergedik2 nak blajaq(cam aku la). tapi tak jumpa2 guru yg nk mengajar.
mungkin Dia nak tgk sampai tera mana gedik nak blajaq tu kot..
salam aku.
pagi mencari petang mendatang.
insyaAllah ketemui, kita sama2 berdoa.
Post a Comment