Wednesday, August 26, 2009

kita mesti telanjang..

salam.

kita mesti telanjang
dan benar-benar bersih
sucikan zahir
dan dalam batin

lihatlah ke dalam
sebelum bicara
hapuskan debu
yang masih melekat
hapuskan debu
yang masih melekat

kata ebiet g ade

terang bulan

SEJARAH LAGU TERANG BULAN
Semuanya sedang terbarai. Retak, pecah akhirnya terbarai. Ketika saya menulis ini muzik latar yang mengiringi ketikan jari saya di lap top ialah putaran muzik Memula Moon versi paling terbaru. Ini versi rap rock parodi counter culture yang cool lagi menggiurkan. Tiga helai bulu ari dan tiga helai janggut untuk anak muda yang merekonstruksi Memula Moon.Memula Moon a. k.a Terang Bulan a. k.a Negaraku a. k.a Negara Kuku kini menjadi top hit yang hampir mencecah satu juta pendengar dan puluhan ribu memberi komen. Angka-angka ini kelihatan terus melonjak. Ratusan ribu Mak Cik Felda dan Pak Cik Teksi, di seluruh negara; dari Perlis hingga ke Mersing yang tidak “connected” sedang tertanya-tanya - Negara Kuku itu apa? Tiga helai lagi bulu ari untuk Namewee.Saya telah lupa entah berapa kali saya telah menulis tentang lagu Terang Bulan ini. Semenjak saya di Universiti Malaya dalam tahun 70an lagi saya telah menulis dan menerangkan apakah dia si Terang Bulan ini. Saya tidak akan lupa bagaimana Concorong Republik Indonesia Bung Karno telah memainkan lagu Terang Bulan ketika Konfrontasi (1963-64).Terang Bulan dimainkan di concorong. Concorong? Apa jadahnya concorong ini? Untuk mereka yang lahir pada zaman Firaun concorong adalah perkataan Melayu untuk radio. Perkataan ini telah saya pelajari sebelum saya belajar sains dan maths dalam Bahasa Inggeris.Bung Karno memainkan lagu Terang Bulan di Radio Republik Indonesia untuk memperlekehkan Tengku Abdul Rahman seorang budak suruhan Inggeris yang tidak berupaya membuat lagu kebangsaan sendiri. Memang tepat anggapan Bung Karno ini. Bagaimana sebuah negara yang mengelar diri mereka “merdeka” tetapi lagu kebangsaan pun di ciplak.Kah kah kah. Selama 50 tahun penjiplakan ini telah disorok di bawah kopek United Malays National Organisations. Betapa besar pun kopek Rafidah dan kopek Sharizat, penjiplakan ini akhirnya diketahui umum. Memula Moon akhirnya tertonjol keluar apabila kopek-kopek United Malays National Organisations yang semakin mengecut.Pada satu ketika dahulu lagu Terang Bulan opps… Negara-ku ini dimainkan di panggung wayang. Ini pun ketika saya belum belajar sains dan maths dalam Bahasa Inggeris. Awalnya Terang Bulan dimainkan sebelum filem bermula. Kami kanak-kanak seperti biasa dibuli agar bangun berdiri “kunoon” sebagai contoh rakyat patriotik. Kemudian, entah apa berlaku Terang Bulan dimainkan apabila filem selesai diputar. Akhirnya hingga ke hari ini satu hampeh pun tidak ada lagi. Warga satu Malaysia telah bosan dengan Terang Bulan.Sebenarnya pada ketika itu dalam panggung wayang tidak sesiapa yang ambil pot apabila Terang Bulan berbunyi dan bendera Star and Stripes opps salah lagi… apabila bendera Tanah Melayu berkibar. Kami anak-anak sekolah sahaja yang berdiri kerana takut (sic) kalau-kalau cik gu ada sama di dalam panggung. Pak Cik, abang dan kakak langsung tidak ambil pot apabila Terang Bulan berbunyi.Semua ini berlaku ketika beberapa tahun sesudah British meninggalkan Tanah Melayu. Ini di era Firaun belum menjadi MahaFiraun. Ini di zaman surat beranak Mahathir masih di tulis son of Kutty. Ini sebelum Razak Hussein dapat berkenalan dengan Sarimah. Ini pada zaman adanya joget lambat selepas perkahwinan anak wakil rakyat Pas.Zaman yang saya katakan ini ialah zaman sebelum kita semua boleh menggoogle. Zaman sebelum Mahazalim dan Mahafiraun menjadi santapan bacaan. Zaman sebelum blog wujud dan menyusahkan Utusan Malaysia dan RTM.Kini kita telah memasuki zaman pasca moden. Semuanya boleh. Naratif induk tentang dunia ini di wujudkan oleh tuhan dalam masa tujuh hari telah dipersoalkan. Meta naratif tentang Adam dan Hawa kini boleh dibincang dan dilihat sebagai metafora.Semua naratif boleh di persoalkan. Semua naratif telah berkecai dan terbarai. Tidak wujud lagi pemusatan hegemoni naratif yang menjadi ikutan umat manusia. Kita semua telah “connected” - manusia pasca moden hanya perlu menggoogle untuk mengetahui apa sahaja maklumat dalam dunia ini.Kerana itu saya dapat mengetahui bahawa Terang Bulan, Negara-ku, Negara Kuku berasal dari lagu Memula Moon. Jika tidak percaya apa yang saya tulis sila google perkataan Memula Moon. Tidak percaya lagi? Sila google perkataan Negara-ku. Masih was was, sila lawati YouTube. Di sini dapat dilihat bukti-bukti sahih tentang asal usul Negara Kuku. Bukti ini boleh kita semua dapati tanpa perlu berhubung dengan Ghani Patail atau merasuah sesiapa untuk mendengar alunan gesekan biola Memula Moon.KAH KAH KAH. Lima puluh tahun Projek Malaysia telah terbukti semakin gagal. Apa yang sedang kita semua lihat dan baca hari ini adalah manifestasi dari kegagalan Projek Malaysia. Projek Malaysia ini tidak bertiang, tidak berpaksi dengan kebenaran. Projek Malaysia tidak berdiri di atas fakta sejarah. Projek Malaysia berdasarkan kong kali kong dan klentong demi klentong. Tutup lubang gali lubang.BUKTI PERTAMA – Malaysia BUKAN 50 tahun. Hari Malaysia BUKAN 31 Ogos. Projek Malaysia bermula pada 16 September 1963. Sila google untuk kesahihan fakta ini. Jika TIDAK percaya sila pergi tanya Mat Sabah atau Minah Serawak. Dua wilayah ini memasuki Malaysia pada 16 September 1963 BUKAN 31 Ogos 1957.BUKTI KEDUA - Tuntutan MERDEKA adalah projek dan tuntutan Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Merdeka BUKAN projek United Malay National Organisations. Projek United Malay Organisations ialah HIDUP Melayu. (macamlah Tanah Melayu tak ada oksigen)BUKTI KE TIGA - Kemerdekaan di capai tanpa tumpah darah. BOHONG. Penyokong dan anggota Parti Komunis Malaya, PKMM, Angakatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar ( AWAS), Hisbul Muslimin, Malayan Democratic Union adalah di antara ribuan anak bangsa yang telah mengangkat senjata melawan penjajah British.BUKTI KE EMPAT – Lagu Negara-ku bukan lagu hasil ciptaan warga Tanah Melayu. Lagu ini adalah ciptaan penyair dan komposer Perancis yang bernama Pierre Jean Berager yang lahir pada kurun ke 19. Beliau yang menulis muzik lagu Memula Moon a. k.a Negara-ku.BUKTI KE LIMA - Warna bendera Malaysia yang wujud hari ini tidak ada sangkut paut dengan budaya dan asas bumi ini. Bendera yang ada pada hari ini adalah ciplakkan dari bendera Amerika Syarikat. Bendera Langkasuka tamadun Melayu di Lembah Bujang ialah Merah Putih. Warna merah putih ini berkibar sebagai bendera negara Indonesia, Singapura dan di pakai oleh United Malays National Organisations sendiri.Kah kah kah. Semuanya terbarai kerana kita semua boleh menggoogle, membaca, menulis dan menonton laman-laman web tanpa disaring oleh hegemoni daulah. Terima kasih Ronald Reagan yang telah menghadiahkan internet kepada dunia. Tiga helai bulu ari untuk arwah Ronald Reagan.Justeru jangan hairan kenapa bendera Malaysia hari ini tidak berkibar. Di rotan, di paksa dan disaman pun orang ramai TIDAK ambil pot. Rakyat telah muak dengan pembohongan demi pembohongan. Projek Malaysia yang penuh dengan klentong telah kelihatan gagal. Naratif Malaysia kini sedang di cabar oleh maklumat- maklumat yang bergantang-gantang keluar dari internet.United Malays National Organisations yang terus bersikap esklusif dan possesive tentang Merdeka kelihatan terpencil bersendirian. Mereka memukul gendang maka mereka sahajalah yang berjongeng. Sikap dan perangai United Malays National Organisations yang eksklusif dan tidak demokratik ini pasti akhirnya akan membosankan rakyat Sabah dan Serawak.Tidak menghairankan satu ketika nanti rakyat Sabah dan Serawak akan menghidupkan kembali cita-cita asal perjuangan mereka untuk menubuhkan negara merdeka Kalimantan Utara – penyatuan Sabah Serawak dan Brunei. Fakta Kalimantan Utara ini juga telah cuba disurukkan di bawah kopek. Tetapi dengan wujudnya internet semua fakta akan muncul dengan bantuan Pak Cik saya yang bernama Lebai Google bin Mat Yahoo.Bila rap Terang Bulan terus berputar di lap top saya tersenyum puas. Saman? Tangkap anak muda yang mengkonstruk Memula Moon? Rotan dia? Masukkan dalam penjara? Poorah. Hanya seorang sahaja yang berhak menyaman iaitu manusia yang bernama Pierre Jean de Beranger. Saman dari kaum keluarga Jean Beranger wajib disampaikan kepada sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang masih menganggap lagu Memula Moon ini sebagai lagu Negara-ku.Apakah saya seorang pengkhianat bangsa kerana menulis perkara-perkara ini? Apakah saya tidak patriotik? Sila google dan baca apa kata Mark Twain tentang patriotik. Pengkhianat bangsa? Dalam negara yang penuh dengan kelentong, lebong, torak , penipuan dan pembohongan bercakap benar adalah satu tindakan yang revolusioner.(TT)

Nota:Tulisan ini telah pernah disiarkandua tahun lalu - ianya bebas di ambiluntuk memecah mitos dan memajukanfikrah melayu.

taken from TukarTiub

Friday, August 21, 2009

cite puasa.. ii

salam.

bismillah, alhamdulillah, lahaulawalaquwatailabilahilaliyilazim.

kira2nya lu orang mesti baru saja selesai mengerjakan solat terawih, insyaAllah. semuga ia berfaedah bagi jiwa.

seperti dijanjikan semalam, tiada la hakikat puasa itu melainkan
puas pada yg Esa= puas + Sa.

Sepanjang bulan ramadhan, siang dan malamnya, pagi dan petangnya, ketika berjaga, ketika bersendirian, ketika berkumpulan, tiadalah hati ingat pada yg lain selain kepada Illahi. kerana itulah dianjurkan banyakkan berzikir, bertadarus, bertarawih, bersolat sunat yg lain2, semata2 untuk memastikan tumpuan hati hanya kepada Dia. zahir dan batin kita tiadalah tujuan lain melainkan tertumpu padaNya. bila mana kurang makan dan minum, insyaAllah, lebih mudah tumpuan kita dituju pada Allah, Tuhan seru sekalian alam, lagi wajibul wujud, yg dekat tiada bertepi jauh tiada bersempadan, yang pertama tiada permulaan yang akhir tiada kesudahan, yang merencanakan segala yang baik2 belaka.

terlalu halus permainan Tuhan, lagi indah, lagi hebat. Subhanallah.
beruntunglah orang2 yang menyucikan jiwanya. beruntunglah.

tiadalah ganjaran yang lebih bermakna di kala ini melainkan Allah melahirkan rasa manis beribadat. tiadalah ganjaran yang lebih bermakna bila mana Allah menyingkap tabir2 kekeliruan kita. tiadalah ganjaran yang lebih hebat bila dipimpinNya kita ke jalan yang lurus.

Ya Allah, terlalu Agung diri Mu sehingga tiada mampu aku memuji Mu.
Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang bermain di dalam dada ku kini.
Sesungguhnya aku ingin pasrah, aku ingin redha atas segala ketentuan Mu.

Ya Allah, pada Mu aku berserah.

Salam Ramadhan

salam.

my name is Shaaban. i'm advising u

that my neighbour Ramadhan will be

visiting soon with his wife Rezki, and

two chidren Sahur n Iftaar. they'll be

accompanied by three grandchildren

Rahmat, Barakat n Toubat. They'll

leave after thirty days by Eid Airlines.

Treasure them n u will be blessed.

InsyaAllah.

lagi lagi kata gua pada gua..

salam.

demi masa @ waktu asar yg dh petang sangat (makna kata tak lama dh kita ni..), manusia semuanya, (gua la tu!) berada dalam kerugian, kemaksiatan, kelaraan, keracunan. kecuali orang2 ( gua la tu!) yg beriman akan perkara2 tak terjangkau dek akal, perkara2 ghaib, patuh taat setia tanpa berbelah bagi, dan melakukan amal yg soleh, yg baik2 je, yg bagi seme orang seronok je, tanpa lari dari batasan agama.

dalam mencari jalan yg lurus hendaklah sentiasa seme orang (gua lg!) berpegang kepada kebenaran @ yg haq, berpesan tentang perkara yg benar je, cite pun yg benar je, takde nak kencing2 dah, dan melakukan semua ini dengan penuh sabar dan syukur kerana keracunan dunia tiada henti2nya melalaikan dan mengajak kita ke lembah kebinasaan.

susah tu, beb!
tapi layankan saja sehabis baik bila mana kita sedar dari mimpi yg panjang ini..

Thursday, August 20, 2009

-dreams-


-dreams-

hold fast to dreams
for if dreams die
life is a broken-winged bird
that cannot fly..

hold fast to dreams
for when dreams go
life is a barren field
frozen with snow..

cite puasa..

salam.

esuk lusa nk puasa. dh ke bersedia?
orang arab cakap saum. sama je maksudnya. tapi yg tak sama maksudnya adalah pengisiannya. takkan nak puasa standard budak sekolah darjah tiga kot.. lapar dahaga saja yang terdaya. pastu ralit dengan benda lara..
puasa ada tiga peringkat kalau iku cite depa. puasa awam. puasa khusus. puasa khusus al khusus. yang mana satu nak kita letakkan martabat puasa kita ni?

kalau puasa tahan diri lapar dahaga pun ok jugak. yela, puasa jugak, kan. semuga dapat menginsafi penderitaan orang2 yg susah dan serba kekurangan. jangan la dah berlapar dahaga, bila tiba petang, habis dibelanjakan duit macam2 nak beli, jangan kata makanan je, kalau boleh dengan meja2 sekali nak dibelinya. pastu bila dh berbuka, kena air dua tiga gelas, makan pederas segala yg ada, terus bersandar, atau lebih teruk lagi, melingkar macam ular sawa. tak rugged la, beb!

ada jugak berpuasa lapar dahaga, buka sekadar yg perlu dulu, malam bikin terawih pulak. cantik, kan? memang cantik dh tu, jika solat fardhu yg lain tak ditinggal. ni terawih yg diutamakan, solat fardhu buat bangang je. apa punya jenis malaun la ni..

jadi, kalau dulu2 puasa macam disebut kt atas td tu, tahun ni tak reti2 nk bikin baik punya? yela, tahun depan tak gerenti lagi boleh puasa. silap haribulan, dh meninggal. tak pun, kalau hidup lagi, sakit teruk beno pun tak leh puasa jugak..

apa pun, puasa yg sebenar2nya adalah .... jeng! jeng! jeng!

besuk insyaAllah gua sambung untuk posting terakhir sebelum ramadhan al mubarak tiba. dok berasa puasa ni tak leh nak keluarkan posting. bukan apa, bilamana kita tahu hakikat puasa yang sebenarnya, tiadalah kita akan persiakan peluang yg datang setahun sekali ni. tenguk la nanti, niat tak nak menulis, tapi Tuhan punya kerja, tiada siapa dapat meneka..

Ciao!

tiada yang nyata..

hari2 mau ingat, beb!
setiap yg dipandang, Dia belaka.
setiap hela nafas ditarik, Dia juga.
takde la apa, melainkan Dia semata2.
kenapa dok layan begitu?
supaya hati tak kematu.
supaya jiwa tak keras.
supaya fana segala maujud.
supaya timbul yang nyata.
agar berdiri Haq bila2,
mana2, setiap ketika,
setiap usia,
merangkum segala2....

Wednesday, August 19, 2009

solat ii

salam.
kalau solat itu tiang agama, mana tapaknya?
yela, umpama orang nak dirikan rumah, nak naikkan tiang, mesti naikkan atas tapak rumah.
takkan main sukahati je nak dirikan tiang mana2 tapak.. datang puak2 majlis daerah mau dilanggarkan dengan tractor.. habis terpelanting tiang rumah kita. sabar je la..
jadi, lagi sekali ditanyakan, kalau solat itu tiang agama, mana tapaknya?

adoyai!

Solat

salam.

solatlah kamu seolah kamu melihat akan Daku. sekiranya tiada kamu melihat akan Daku, Aku melihat akan dikau.

macam mana citenya nak solat melihat akan Allah ni, beb? tak ke Allah tu ghaib? tapi ada jugak depa cite terlalu nyatanya Allah sehingga kita tak nampak akan Dia. ikut TBS hari tu, kita ni jugak adalah sebahagian dari hijab. jd, apa cite sekarang? hari2 solat pun dok khayal semacam je. gambar2 dunia byk bermain di hati. bila nak lihat akan Allah?

solat salah tak solat lagi salah.

jenuh mcm gini brader!

Sunday, August 16, 2009

kenduri..

salam.
malam semalam gua bikin majlis tahlil n doa selamat kt rumah. jd, sikit ada bz la, beb.. dari pagi lagi kaum dh datang dirikan khemah, pas tu gua n missus kemas kt dalam rumah apa2 yg patut. siap pinjam carpet lg dr akak ipar gua. rumah dia dekat je, sepelaung je bak kata org kg. tu la kelebihan dok kt kg ni.. pas zohor gua ada tuition jap. pastu pas asar susun siap2 kerusi meja kt luar rmh.. seronok jugak bikin kenduri ni, sebab adik beradik mesti dtg punya, tapi sebelah org rumah gua je la. adik beradik dia ramai, yg dok sekampung je 3 orang, dalam daerah ni ada 8 orang. campur dengan anak buah lagi, ha, tak kan tak meriah kot..
pas maghrib depa seme dah sampai. isya' kitorg berjemaah kt rmh gua. abg2 ipar gua n biras gua seme org kemas2.. gua bahagian makmum je.. tak lama lepas tu kaum dari surau pun sampai la. gua pun berucap serba ringkas selaku tuan rumah, pastu gua serahkan pada tuan imam mat nor untuk teruskan majlis. elok je habis doa, hujan renyai.. hujan rahmat depa cakap. gua balas balik ini seme keje Tuhan, terims je seadanya. mujur ada khemah, jadi majlis masih on.. kaum kerabat n jemputan yg hadir ada la sekitar 15o org kot. gua budget 200 kepala, tapi takpe la lebih lauk daripada tak cukup lauk, kan.. dapat jugak adik beradik bawak balik lauk. gua ode nasi minyak je. lu agak2 berapa sen satu kepala? klu kt pj gua tanya kaum gua baru2 ni masa dia bikin kenduri, rm12-14. buah utk pencucui mulut n kuih muih sendiri bikin. khemah satu je dh rm250. makna kata klu gua bikin kt pj kenduri mcm gini, bangang2 pun 3k, beb. kt sini gua belanja rm1300 untuk segala2nya. murah ke rasa lu? apapun, yg penting pada gua majlis yg diadakan itu membawa keberkatan dan limpahan rahmat dr Allah.
gua pun bikin majlis macam ni jika ada kemampuan, dan setahun sekali je.. insyaAllah tahun depan bikin lagi.
pagi td caterer datang amik perkakas dia, pas tu gua pun cargas basuh entrance n porch, klu tak baunya standard rumah kenduri la. itu yg tak tahan. lalat lg, jgn cite la.. sebelum zohor settle seme gua clearkan kt luar rumah.. petang td pak ali n lan dtg runtuhkan khemah n amik kerusi meja. lapang kepala! kiranya rumah back to normal la.. malam ni kita bawak bertenang n banyak2kan pujian untukNya kerana melancarkan perjalanan majlis yg gua bikin semalam. insyaAllah. : )

Saturday, August 15, 2009

-D' Riddle-



What is greater than God,

more evil than the Devil,

poor people have it,

rich people want it,

if you eat it,

you will surely die.

Can you guess what is it?

Friday, August 14, 2009

terkenang.. v

Maka, petang tu gua pun pegi la balai pj dengan bapak gua. Sesampai di sana, io (investigating officer) member dengan bapak gua pulak. Jadi, sarjen tu ajak la gua n bapak gua masuk pejabat dia dan buat statement kt situ. Asalnya memang berdebar jugak nak pegi balai tu tapi bila dh io pun member bapak gua, lapang la sikit.. siap ode teh n kuih lagi.. semasa buat statement tu, sarjen tu tanya gua mana gua dapat kunci kete. Gua pun cakap la yang si izlan, anak tuan punya kete, yang bagi. Dan gua ingat lagi sampai hari ni sarjen tu cakap, “ha! Ni la alibi yg menunjukkan engkau tak curi kete tu..” lega gua dengar, beb! Kalau tak, sia2 je kena tuduh mencuri pulak. Dh la kete tu terbarai..
Petang tu gua kena lecture dengan mak bapak gua. Dan 2,3 hari jugak la sementara gua keluar rumah poya2 macam sediakala.
Member2 gua lg 4 orang kt kota baru tu gua pun tak tahu sampai hari ni sape rescue diorang. Duit nenek si aidi orang tua gua bayarkan rasanya, dan duit teksi rm160 pun setelah gua jadi cikgu pada tahun ’89, setelah 5 tahun insiden tersebut berlaku, gua pegi jelaskan.
Bila sekali2 gua terkenangkan cite ni, gua rasa amat bersyukur, beb, sebab Allah masih memberi peluang untuk gua betulkan kekhilafan gua. Alhamdulillah. Syukur yg tak terkata.

D moral of the story: bukan hari2 ‘cite2’ kehidupan kita berakhir dengan happy ending, beb. Oleh itu, beringatlah selalu, dan bagi mereka yg dah berkeluarga, kasihi dan sayangilah anak2, didiklah anak2 mengikut acuan yg diredhai Allah, latihlah anak2 dengan kebiasaan beragama, janganlah jemu mengingatkan anak2 tentang kebesaran Allah, pantaulah anak2 agar mereka tidak terjebak dalam gejala yang bakal merosakkan masa depan mereka.

life is what you make out of it, so make the best out of it! : )

Thursday, August 13, 2009

kata gua pada gua lg..

salam.
tazkirah untuk maghrib ini.

kita seharusnya menjadi seorang hamba Allah yg beristiqamah dalam berhubung dengan Nya. apatah lagi bila kita sudah yakin tiada yang memberi bekas melainkan Dia semata2. walaupun demikian, sewajarnya kita berpegang teguh dengan hukum syarak, berpegang teguh dengan syariat Muhammad. setinggi mana terbang si enggang, tetap berlabuh juga akhirnya. jangan kita terbawa2 dengan perasaan yang tidak berpijak di bumi yang nyata. hendaklah kita memakai syariat Muhammad walaupun kita sedang dalam proses bermusyahadah senantiasa. memang sukar, tetapi tiada perkara yg datang bergolek begitu sahaja. jangan sekali2 kita tinggalkan hukum syarak selagi kita hidup di dunia fana ini. sesungguhnya Allah akan permudahkan bagi kita bila mana kita sanggup berkorban dan beristiqamah dalam mengerjakan perkara2 yg dituntut syarak. semuga kita menjadi golongan muqarabin, insyaAllah. wallahualam.

H1N1


salam.

nak cite sikit ni tentang h1n1..

klu ikut anggaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia @ WHO, kematian di Malaysia yang disebabkan oleh virus h1n1 adalah sekitar 28,000 orang dalam masa dua tahun yg akan datang ini. memang satu angka yg menggusarkan. oleh itu, bila mana anggarannya adalah sedemikian, sepatutnya pihak kerajaan sewajarnya mengeluarkan satu perancangan yg khusus dan rapi untuk membendung penularan gejala ini daripada merebak. apatah lagi buat masakini belum ada vaksin untuk h1n1. setiap hari kita dimaklumkan akan kematian2 yg berlaku di negara kita. bagi saya secara peribadi, perkara ini amat membimbangkan dan lebih2 lagi bila anak2 saya dihinggapi demam dua, tiga hari kebelakangan ini. namun, kerajaan hanya sibuk melaungkan konsep satu Malaysia saban hari, khusus untuk mempopularkan perdana menteri. kalau bukan berita itu, cerita tentang pengkhianatan anwar ibrahim yg digemburkan oleh akhbar2 harian. saya tertanya2 jugak, apa yg anwar khianat ni? dan kenapa sibuk sangat dengan konsep satu malaysia bila pada masa yg sama rakyat semakin gelisah dengan penularan h1n1..

semalam demam anak no 2 saya begitu berat sekali. suhu badannya 40c, tak kebah2 walaupun dh makan ubat dan dijelumkan dengan kain basah.. oleh kerana dh masuk malam kedua begitu, malam tadi saya pun membuat keputusan membawa anak saya ke bahagian kecemasan hospital daerah. jam dah hampir 11 malam. sebaik saja sampai di perkarangan hospital, jumlah kereta yg memenuhi tempat letak kereta seolah2 di siang hari. Peh! sebelum ini saya ada dengar cerita yg memang ramai orang di hospital tapi malam tadi saya telah saksikan sendiri. walaupun dh agak orang pasti ramai di bahagian kecemasan, saya pergi juga bersama anak saya nabil. memang benar, orang lebih dari seratus, dan yang sedang beratur mendaftar ada sekitar 15 orang. saya rasa ramai daripada mereka yg ada dihospital pada ketika itu berasa khuatir tentang h1n1, dan hanya hospital kerajaan boleh menjalankan pemeriksaan rapi bersebabkan perkakasan yg ada. saya menjangkakan jika saya turut beratur, mungkin saya akan sempat jumpa doktor sekitar dinihari. tua, beb! panas badan anak sudah amat merisaukan.. saya pun buat keputusan pergi ke klinik swasta yg buka 24 jam. walaupun agak mahal, tapi saya tak perlu tunggu lama.. dan pagi ini, anak saya bertambah sihat, alhamdulillah. semuga berkekalan bagi dia dan kami seisi keluarga, insyaAllah.

d moral of the story? sebaik2nya kerajaan harus bertindak segera menangani perkara ini. jangan sampai h1n1 melanda keluarga mereka yg berkuasa, dan memberi impak yg negatif terhadap pembangunan negara, barulah mereka mula melatah. sesungguhnya kehendak Allah banyak hikmahnya. walaupun pada zahir ia seakan bala yg menimpa, tetapi hakikatnya, pelbagai perkara yg Dia tunjukkan pada golongan yg memerhati. semuga kita terhindar daripada penyakit zahir n batin, insyaAllah.

Tuesday, August 11, 2009

kata gua pada gua..

salam.

bagaimana akan dapat terang hati seseorang yang gambar dunia ini terlukis dalam cermin hatinya. atau bagaimana akan menuju kepada Allah padahal ia masih terikat oleh syahwat hawa nafsunya. atau bagaimana akan masuk ke hadrat Allah, padahal ia belum bersih @ suci dari kelalaiannya. atau bagaimana mengharap akan mengerti rahsia yang halus, padahal ia belum taubat dari kekeliruannya.

terjemah al-hikam

Sunday, August 9, 2009

tiada daya upaya..

salam.


sesungguhnya tiada daya upaya walau sekelumit jua pun
melainkan kuasa Dia, kehendak Dia jua semata-mata.

percaya kah kita pada kenyataan di atas? harap2 begitulah adanya.

dalam kehidupan kita sehari-harian, dalam kejadian-kejadian yang kita alami, lalui, rasai, perkara-perkara yang terjadi pada kita, sekeliling kita, sejauh mana kita hayati akan kata-kata di atas? yang sesungguhnya kehendak Dia kekuasaan Dia dan ketentuan Dia jua.

100% @ 80% @ 50% @ 20% @ tak teringat langsung?

Kemana kamu hadapkan wajah kamu di situ kamu lihat Allah.

apa cite, beb!

salam.

-sidiq-amanah-tabligh-fathonah-

-akhlak-

adakah kita jadikan pakaian kita?

cakap umat Muhammad, beb! apa cite, ha....

Saturday, August 8, 2009

apa yg dicari?

salam.
apa yg hendak gua bicara kali ini? hmm.. layankan je..
sebenarnya pelbagai perkara nk dikongsikan tapi gua melihat kebanyakkannya bersifat duniawi yg berlebihan dan banyak melarakan. kawan2 sekeliling gua pun citenya hanya lara belaka.. sabar je la.

sebelum zohor ni gua nk kongsi satu perkara, yakni, ilmu tasauf @ ilmu hakikat @ ilmu laduni.

dikatakan ilmu inilah yg diajar kepada semua ruh semasa di alam ruh dahulu. namun bila manusia turun ke dunia, pengetahuan mereka telah diracuni dengan 'kegelapan' @ duniawi yg hanya tertumpu kepada kehendak lahiriah saja, iaitu memenuhi kehendak hawa nafsu je.. bila mana 'kegelapan' ini hilang barulah hakikat timbul dengan terang dan jelas.

orang2 yg tetap kasih pada dunia takkan terdetik di hati nuraninya tentang perkara yg haq @ kebenaran. jika terdetik sekalipun, mungkin orang itu tak sedar pun akan kejadian ini. orang2 yg sebegini tertipu dengan keindahan dunia yg hakikatnya fana, dan tak akan merasa puas dengan segala yg ada, kerana hakikat dunia memang sebegitu.. lantas dikejar dan dikejar dunia yg tak henti2 berlari..

bagi orang2 yg mengaji n mengkaji, akan terdetik di hati mereka kebenaran, dan jiwa mereka kan terasa kekosongan kerana dunia dan seisinya tiada apa nilai pun jua, lalu mereka akan mencari para arifinbillah. namun mencari orang yg sebegini pun bukan semudah mana. apapun, kita berpeganglah pada sabda Rasulullah yg ertinya: Siapa yg menuntut sesuatu dengan kesungguhan, pasti mendapat.

para arifinbillah tidak menyembunyikan ilmu mereka, namun mereka juga harus berhati2 menyampaikannya sambil memerhati tingkat kecerdasan, keghairahan n ketekunan seseorang dalam mengejar dan melengkapkan dirinya dengan ilmu hakikat.

Dalam kitab ihya karangan imam ghazali dikatakan siapa yg tidak mendapat ilmu ini dikhuatirkan mati dalam kekafiran. wallahualam.

biasakanlah diri berdamping dengan orang2 yg hatinya hanya untuk Allah, banyakkanlah berkhalwat, berlapar, kurang berkata2, dan berjaga malam, dalam ertikata yg sebenarnya.

kurangkanlah dunia yang sangat melarakan, yang sangat meracuni..

apapun, tanyalah diri apa yg dicari..

akhirul kalam buat kali ini, seperti kata member gua wak yahya wagiman,
bukan senang nak senang, beb!

wallahualam.

Friday, August 7, 2009

berkale2 sifatNya..


-wujud, qidam, baqa, mukhalafatuhulilhawadith, qiamuhubinafsih, wahdaniah, qudrat, iradat, ilmu, hayat, samak, basar, kalam, kadirun, muridun, alimun, hayun, samiun, basirun, mutakalimun-
berkale2 sifatnya, n tiadalah Ia bercerai.
wallahualam.

jiwa yg merasa..


jiwa kosong..



rendra meninggal td..



live-laugh-love



layankan saja

kehendak Dia belaka..






Wednesday, August 5, 2009

aku ingin bertemu dengan Mu

aku ingin bertemu dengan Mu,
aku ingin bersama dengan Mu,
aku ingin melihat Mu,
tapi ia mungkin terlalu,
di sisi aku,
untuk meminta sebegitu..
aku ingin mengenal Mu,
aku ingin bersama Mu,
aku ingin akan kasih Mu,
walhal sudah terlalu,
yang Kau berikan pada ku..
aku ingin melihat Mu,
aku ingin melihat Mu,
aku ingin melihat Mu,
tapi masa masih cemburu,
untuk melepaskan aku,
kembali pada Mu..
puji-pujian hanya milik Mu,
puji-pujian hanya milik Mu,
segala-gala adalah milik Mu..
nkchai
kt sekolah 050809

Tuesday, August 4, 2009

terkenang.. iv

..keesukan paginya, hari ahad, gua dan kaum semenya jalan kaki pegi ke jalan telipot. tak la jauh mana dr bulatan kijang ke jln telipot, 4,5 batu je.. berpeluh habis pkl 11 pagi tu. adoyai! kitorg ke sana sebab nenek kepada member gua aidi, dok sana. aidi ni kaum gua kt pj jugak tp dia tak ikut rombongan kitorg ni.. sebelum pegi ke jln telipot gua dh cal aidi kt pj, suruh dia slow talk dgn nenek dia nk pinjam sen.
sampai kt sana nenek aidi dh tunggu. tak dipelawa pun kami masuk. sabar je la. gua pun pegi la jumpa nenek dia n bgtau gua kwn aidi. nenek dia bagi rm60 je..cukup utk tambang blk kl bg 3 org je. adoyai! lg 4 org apa cite?
setelah disepakati, gua, izlan anak tuan punya kete, n arif anak dato' salleh akan balik mlm tu. yg lain diminta bwk bertenang. jd, malam tu kitorg bertiga pun naik la bas blk kl. dalam bas tu punyalah sejuk, siap dengan gua punya risau mcmmana nk jawab bila balik rumah nanti, menyebabkan gua takleh nk tido.. pukul 5 sampai kl, tunggu bas sri jaya no 33 n balik ke rumah. on the way arif n izlan turun dulu sebab rmh diorg kt seksyen 16 n kt balai pj..
bila sampai rumah pukul 6steng, gua bagi salam. mak gua bukak pintu n terus dia tanya gua sambil dia menangis.. dia tanya gua pegi mana, kete sape gua bawak n mcm2 lg la. gua punya la kurang ajar, (mak, maafkan anakmu ini..) terus naik ke bilik gua, mandi, tukar baju sekolah n terus bla pg sekolah. masa tu mak bapak gua tak tahu cite yg kete tu dh berlanggar.. gua pegi sekolah buat syarat je, sebab kepala berserabut n ngantuk.. lgpun pada ketika tu gua rasa mesti tension dok rumah..
balik tghari tu, terus mak bapak gua tanya lg, n kali ni diorg dh dapat tau kete tu berlanggar. gua diminta pegi ke balai pj buat police statement. adoyai!

kuasa Tuhan belaka..

salam.
satu ketika pernah seorang murid mengajukan soalan kepada gurunya. yang ditanyakannya adalah apakah sebenarnya maksud 'usaha ikhtiar' itu.
maka jawab si guru 'usaha ikhtiar' itu adalah hubungan kehendak makhluk dengan segala kejadian @ peristiwa yang dalam hal itu sesuai dengan ketentuan Tuhan. apabila terjadinya hubungan kehendak makhluk itu dengan ketentuan Tuhan, maka ia disebutkan 'usaha ikhtiar' bagi makhluk pada sisi makna, sedangkan 'usaha ikhtiar' itu sememangnya sudah ada dalam ketentuan Tuhan.
maka tambah guru itu lagi, seharusnya setiap orang sudah mengerti bahawasanya perbuatan makhluk tidak memberi bekas.

fahamilah benar2 perkataan ini kerana masih ramai yang samar2 tentang hal yang rumit ini.

wallahualam.

Monday, August 3, 2009

salawat ke atas nabi

salam.

firman Allah swt:
sesungguhnya Allah dan seluruh malaikat mengucapkan salawat ke atas Nabi Muhammad, wahai orang yang beriman, ucapkanlah salawat untuknya dan ucapkanlah salam.


perbanyakkanlah salawat!
perbanyakkanlah salawat!
perbanyakkanlah salawat!

agar salawat n salam sentiasa membasahi hati2 kita..

insyaAllah.

nia

salam.
my youngest child ( for now la! : ) hani dania khan, 1 y 10m. fondly called nia by me.


masa umur 40 hari +-..


buah hati papa..

nia ciluk spec tok mak..


nia papa..
by the way, anak gua lima orang je bru.. isteri sorg.
iliya, nabil, lisa, arief n nia. + zunaini. semua kesayangan gua, beb!
layan....

Sunday, August 2, 2009

anti ISA rally 010809


depa cakap lima ribu je, sendiri tenguk la, brader!

berani mati! respek sama lu, beb!


anjing!!! @ instigatorS!!

naya kt hatta ramli.. : (

Saturday, August 1, 2009

Mansuhkan ISA !

salam.
sepatutnya time sekarang ni gua ada kt tgh2 kl, sama2 menuntut dimansuhkan ISA. tapi adoyai!, org rumah gua pulak ada sekolah hari ni.. ni bru je dia balik. takdan dh nk ke demo macam yg gua layan waktu demo Bersih dulu. sabar je la..
apapun, gua doakan semuga semua golongan marhaen yg menentang ISA akan beroleh kemenangan, insyaAllah.
 

Bali Accommodation