malam tadi, lebih kurang 1045, gua keluar rumah mencari mana2 kedai mamak atau yang setaraf dengannya yang menayangkan bola man u lawan chelsea. (kt rumah takde astro,beb..) memang berlambak la kedainya: kedai mamak paling banyak, kedai cina pun ada dan pastinya kedai2 makan melayu..
memang beratus, kalau tak beribu la, orang yang menyaksikan perlawanan tu. gua dengan land rover gua @ Choco De Lekio, ronda2 usha line dulu, cari mana yang terbaik.. akhirnya gua pun berhenti kt kedai mamak di sitiawan dekat belakang pizza hut. kedai tu ada dua skrin gigantic, terpasang kt luar kedai, tu yang beratus orang datang tu.. memang suasana meriah le, dan bagi mereka yang suka kecoh2 ni, keadaan memang terbaik. ye la, tenguk bola, beb, bukan ziarah orang mati, kan.. ngam2 gua sampai ada satu parking kosong, terus gua park, dan bila gua cari port nak lepak, ada satu meja kosong kt kaki lima kedai tu.. gua pun lepak la situ.. sebaik saja teh tarik dan ais kosong gua sampai, game pun start. tak dan apa pun, tiba2 je goooool! chicharito sudah score, beb, gua cakap lu.. meriah le man u punya fans. chelsea punya supporters terkedu terus..
gua lepak situ sampai half time, dan oleh kerana gua suka privacy, gua pun balik le ke lekio. on the way tu, gua nampak satu kedai makan kt batu 6, orang tak ramai pun.. gua terus lepak situ pulak, layan second half.. memang man u menang game tu, tapi from a neutral viewpoint, game memang man u punya, players diorang main macam men possessed, kejar seme bola dalam seme situasi, hanya bila dh leading baru la diorang sort of relax, take off their foot from the pedal and seemed content. still, until the end pun, man u tutup lubang baik punya, and created more chances.
logically, man u boleh jadi champion just by collecting 1 mere point from a maximum of six. but anything can happen, so do not count out blackburn and blackpool just yet.
my only hope is that when man u play against barca later at the end of this month in the champions league final, they will play just the way they played last nite.
go! go! man utd!
No comments:
Post a Comment