Thursday, January 21, 2010

dunia yang tak berkesudahan..

salam.
oui orang kampung! apa cite?
setelah selesai menanda kertas spm minggu lepas, ingatkan boleh la bawak bertenang, life back to usual la konon2.. tapi rupa2nya keje kat sekolah pulak menimbun. adoyai!
hari rabu lepas kiranya 1st day kat sekolah, macam2 keje outstanding diberi pada gua. mana lagi mesyuarat yang sepatut dikendalikan masih belum buat, permintaan paperwork yang berkajang2 nak kena hantar, post mortem lagi.. tengahari tu pulak ada meeting sampai pukul 4. peh! pecah kepala, beb! masa tu gua rasa macam nak start moto dan bla je. buat keje giler.. tapi tak rugged la, kan..
hari ni dah lebih seminggu gua datang sekolah, kira dah ok la jiwa. dah boleh get used to this hectic and demanding lifestyle. biasa la keje cikgu, beb. first couple of months memang bz seadanya. mujur la tahun ni gua taknak buat tuisyen. kalau tak, tua kat atas moto je la, ke hulu ke hilir cari side income konon2nya..
for the past ten years, gua mesti ngaja tuisyen punya. cari makan agar keluarga lebih selesa situasinya. tapi tahun ni malas la. dah tua. dah sampai time untuk gua chill out dan layan masa yang ada untuk diri sendiri, dan family. bukan tak nak buat side income, tapi berpada2 la.. kalau nak kejar duit, sampai bila pun tak cukup, beb. jadi, gua mesti mampu menjadikan diri gua rasa puas, syukur dan redha dengan apa yang Tuhan bagi. bukan tak ikhtiar langsung, tapi belajar redha. belajar merasa puas dengan apa yang ada. kalau berasa nak lebih, kena la cargas, kan. tapi getting back to the whole idea: padan2 la tu. sampai bila nak dikejar dunia ni, kan.
layan....

No comments:

 

Bali Accommodation