Friday, January 29, 2010

al-bayan-ii

salam.

Dalam sifat 20,
…… sifat Allah taala yang ke-7 adalah kudrat. Allah Maha Berkuasa. Sifat kudrat Allah beri pinjam sedikit kepada manusia. Maka dengan izin Allah dia boleh berjalan, berlari, mengangkat barang, membantu orang lain dan sebagainya. Dengan sifat ini sepatutnya manusia gunakan sesuai dengan keredzaan Allah. Tetapi apabila manusia gunakan kudrat pinjaman ini seperti menumbuk orang lain, membunuh, maka pasti Allah taala murka kerana perkara atau hak Allah ini digunakan tidak mengikut kehendaknya.

….. sifat Allah taala yang ke-8 adalah iradah. Kehendak kita mestilah sesuai dengan peraturan Allah. Kita nak makan sedap, kereta besar, rumah besar, isteri cantik tetapi kehendak untuk solat awal waktu, puasa, hidup sederhana tidak ada dalam hati kita, maka kita telah tidak gunakannya pada jalan yang betul.

….. sifat Allah taala yang ke-9 adalah ilmu. Allah Maha Mengetahui dan segala ilmu dalam perbendaharan Alaah taala. Allah kurniakan sedikit ilmu dan sepatutnya manusia mencari ilmu yang bermanfaat dan menggunakan pada jalan yang sebenarnya. Tetapi manusia adakala merasa angkuh kerana dia rasa ilmunya banyak dan orang lain tiada ilmu.

….. sifat Allah taala yang ke-10 adalah hayat. Allah Maha Hidup, tiada awal dan tiada akhir. Tidak bermulanya Allah dengan tiada. Allah berikan sifat hidup ini seketika daripada tiada kepada ada. Manusia sepatutnya menggunakan hidup yang sementara ini untuk persiapan hidup yang kekal abadi di alam akhirat. Susah atau senang adalah mengikut sejauh mana dia gunkan hayatnya di dunia ini.

….. sifat Allah taala yang ke-11 adalah samak. Allah Maha Mendengar. Jika semua manusia di permukaan bumi ini atau di angkasa sekalipun berdoa kepada Allah, dengan bahasa ibunda masing-masing secara serentak,bahsa Jawa, bahasa Iban, bahasa Jerman, bahasa Mandarin, bahasa Tamil, bahasa Mexico, Allah mendengar dan faham kesemuanya. Maka gunakanlah telinga atau pendengaran kita sesuai dengan perintah Allah. Tetapi kita gunakan sifat mendengar yang Allah bagi pinjam ini, untuk muzik yang melalaikan, dengar orang mengumpat dan sebagainya pasti Allah murka. Kita gunakan telinga untuk mendengar ilmu yang disampaikan oleh guru, bacaan Alquran, mendengar nasihat dari orang lain. Apa akan jadi jika Allah ambil kembali nikmat mendengar dari kita. Hidup kita akan susah.

….. sifat Allah taala yang ke –12 adalah basar. Allah Maha Melihat dan segala makhluk sentiasa dalam perhatian Allah. Allah bagi mata pada manusia dan dengan sebab mata ini kita dapat melihat. Semua orang ada mata tetapi ada yang tidak dapat melihat. Nikmat melihat adalah satu kurniaan Allah yang amat besar. Maka pergunakan nikmat dengan melihat, memandang atau memerhati perkara yang mendatang manfaat dan kebaikan seperti melihat Alquran, melihat alam ciptaan Allah yakni melihat dengan iman. Bila kita melihat benda-benda haram, maka nikmat melihat ini telah disalahgunakan.

….. sifat Allah taala yang ke-13 adalah kalam. Allah Maha Berkata-kata dan nikmat berkata-kata adalah nikmat pinjaman yang besar kepada manusia. Ramai orang masuk neraka kerana tidak jaga lidah dan kemaluan. Jangan gunakan lidah untuk cakap yang sia-sia seperti mencela, mengumpat dan mengacum. Gunakan lidah untuk menceritakan kebesaran dan kehebatan Allah, membaca Alquran, mendakwah kebenaran dan berzikir.

b. Iman
Makan dan usaha atas keperluan makanan. Hari-hari kita makan, walaupun usaha mencari makan berhenti, tetapi kita tidak boleh berhenti makan. Begitu juga iman, ke mana kita pergi, apa kita lihat, dengar, rasa dan fikir ; kita hadapinya dengan iman. Jika iman kita kuat dan mantap, kita boleh kawal nafsu kita dari melihat perempuan yang bukan muhrim contohnya. Jika iman lemah, walaupun perempuan itu memakai jilbab sekalipun, kita lihat juga dengan fikiran yang bukan-bukan.
Apabila kita berbuat dosa, satu titik hitam akan melekat pada hati, maka iman akan lemah dan sakit, seterusnya amalan menjadi lemah. Amalan yang sedia ada akan beransur kurang, seterusnya menjadi lenyap. Amalan yang membawa dosa bertambah. Semakin banyak titik hitam, semakin berkuranglah nur hati.
Begitulah pentingnya usaha atas iman. Kita perlu bawa diri kita kepada suasana iman.

Dengan iman yang kuat, amalanpun bertambah baik. Sembahyang bertambah kusyuk, baca Alquran sedap, zikir sedap, sabar atas celaan dan kutukan, membalas kezaliman orang dengan kebaikan.

Bila iman lemah, sembahyang menjadi payah dan susah, tidak kusyuk, tak mampu baca Quran dan sebagainya.

Kita hadapi suasana dan keadaan dengan iman. Samada iman kita kuat atau sebaliknya.

Tanah yang penuh dengan hutan rimba, jika kita usahakan, tebang, tebas, bakar serta gemburkan tanahnya, diairi, beri baja yang baik, barulah kita boleh tanam tanaman dan akan memberikan pulangan yang baik. Tanah ini perlu kita usahakan selalu, jika setahun sekali kita datang, baja semakin hilang tidak subur, lalang atau pokok kecil akan tumbuh, penuh kera, binatang berbisa kan datang. Hati manusia perlu bersih, dibubuh iman, dibajai dengan amalan soleh serta sentiasa diusahakan atas hati. Setiap masa syaitan akan datang menyesatkan kita, akan terjadi maksiat, hati akan gelap. Susah untuk solat, hilang sifat sabar.

Tanah yang lapang, subur dan penuh baja jika dibiarkan, tidak bubuh benih dan baja, lalang kan tumbuh, pokok-pokok akan tumbuh, binatang liar akan datang. Tidak perlu usaha perkara-perkara ini akan datang. Hati yang tidak diusahakan, sifat-sifat keji mudah datang dalam hati kita.Sombong, takabbur, riak, ujub mudah datang. Sifat sabar, tabah, sangka baik, tawaddhuk akan datang dengan usaha dan amalan soleh.

No comments:

 

Bali Accommodation