salam.
othman abdul, my brother in-law, passed away unexpectedly this afternoon. he was 60.
man cina, as he was famously known in kuala kubu bharu, died because of some complications. my sister, my niece and my nephew were there beside him during his last moments. his other three children were in Penang n KL then. guess they are there in kkb now..
the last time i met him was during the kenduri held at my parents place in pj last december. he looked fine, albeit a little chubby, and we chatted for a while about petty stuffs.
then, earlier this month, two weeks ago if i'm not mistaken, he was hospitalised. his right foot was swollen but he refused to go. after much persuasion from his wife, and also nagging from fairuza, his daughter, he gave in. when he got to the hospital, the doctor found that his sugar level was extra high, thus the reason for him to be admitted. after a few days, the swell subsided, he got home, and i guess life was back to usual. maybe he would be feeling uneasy knowing that he had diabetes, but life had to go on.. he was handling a grass-cutting contract around ulu selangor. he had few workers who ran the show for him. now that he's gone, who's going to handle this job? my sister is a pensioner. she was a teacher before, now she runs tuition classes at home, but that won't be enough to support her 4 school-going children. luckily the 1st n 2nd daughters are working. hmm..
tomorrow morning they will perform the final rituals: cleanse his body, wrap him in white piece of cloth, pray for him, n bury him. my eldest brother called just now to say that the body will be brought to the mosque for all the above rituals to be performed sometime at 8.. guess i have to leave real early tomorrow..
it seemed that this morning he had difficulty in breathing. at noon, he fainted. my sis called the ambulance, then slightly after asar, he was gone.. so sudden, so unexpected, so fast.
in a way, i feel sorry for my sister n her children to lose abang man suddenly like that. definitely there'll be many problems which need to be adressed after this..
but at the same time, i feel thankful because he did not have to suffer for long. one minute he was sick, the next minute he's gone. Allah knows best.
time for me to pen-off now. i have to pack a few things for tomorrow trip to kkb to bid my farewell to othman abdul @ man cina. may Allah bless his soul and place him among the chosen ones. Amen.
insyaAllah.
Saturday, January 30, 2010
Friday, January 29, 2010
al-bayan-ii
salam.
Dalam sifat 20,
…… sifat Allah taala yang ke-7 adalah kudrat. Allah Maha Berkuasa. Sifat kudrat Allah beri pinjam sedikit kepada manusia. Maka dengan izin Allah dia boleh berjalan, berlari, mengangkat barang, membantu orang lain dan sebagainya. Dengan sifat ini sepatutnya manusia gunakan sesuai dengan keredzaan Allah. Tetapi apabila manusia gunakan kudrat pinjaman ini seperti menumbuk orang lain, membunuh, maka pasti Allah taala murka kerana perkara atau hak Allah ini digunakan tidak mengikut kehendaknya.
….. sifat Allah taala yang ke-8 adalah iradah. Kehendak kita mestilah sesuai dengan peraturan Allah. Kita nak makan sedap, kereta besar, rumah besar, isteri cantik tetapi kehendak untuk solat awal waktu, puasa, hidup sederhana tidak ada dalam hati kita, maka kita telah tidak gunakannya pada jalan yang betul.
….. sifat Allah taala yang ke-9 adalah ilmu. Allah Maha Mengetahui dan segala ilmu dalam perbendaharan Alaah taala. Allah kurniakan sedikit ilmu dan sepatutnya manusia mencari ilmu yang bermanfaat dan menggunakan pada jalan yang sebenarnya. Tetapi manusia adakala merasa angkuh kerana dia rasa ilmunya banyak dan orang lain tiada ilmu.
….. sifat Allah taala yang ke-10 adalah hayat. Allah Maha Hidup, tiada awal dan tiada akhir. Tidak bermulanya Allah dengan tiada. Allah berikan sifat hidup ini seketika daripada tiada kepada ada. Manusia sepatutnya menggunakan hidup yang sementara ini untuk persiapan hidup yang kekal abadi di alam akhirat. Susah atau senang adalah mengikut sejauh mana dia gunkan hayatnya di dunia ini.
….. sifat Allah taala yang ke-11 adalah samak. Allah Maha Mendengar. Jika semua manusia di permukaan bumi ini atau di angkasa sekalipun berdoa kepada Allah, dengan bahasa ibunda masing-masing secara serentak,bahsa Jawa, bahasa Iban, bahasa Jerman, bahasa Mandarin, bahasa Tamil, bahasa Mexico, Allah mendengar dan faham kesemuanya. Maka gunakanlah telinga atau pendengaran kita sesuai dengan perintah Allah. Tetapi kita gunakan sifat mendengar yang Allah bagi pinjam ini, untuk muzik yang melalaikan, dengar orang mengumpat dan sebagainya pasti Allah murka. Kita gunakan telinga untuk mendengar ilmu yang disampaikan oleh guru, bacaan Alquran, mendengar nasihat dari orang lain. Apa akan jadi jika Allah ambil kembali nikmat mendengar dari kita. Hidup kita akan susah.
….. sifat Allah taala yang ke –12 adalah basar. Allah Maha Melihat dan segala makhluk sentiasa dalam perhatian Allah. Allah bagi mata pada manusia dan dengan sebab mata ini kita dapat melihat. Semua orang ada mata tetapi ada yang tidak dapat melihat. Nikmat melihat adalah satu kurniaan Allah yang amat besar. Maka pergunakan nikmat dengan melihat, memandang atau memerhati perkara yang mendatang manfaat dan kebaikan seperti melihat Alquran, melihat alam ciptaan Allah yakni melihat dengan iman. Bila kita melihat benda-benda haram, maka nikmat melihat ini telah disalahgunakan.
….. sifat Allah taala yang ke-13 adalah kalam. Allah Maha Berkata-kata dan nikmat berkata-kata adalah nikmat pinjaman yang besar kepada manusia. Ramai orang masuk neraka kerana tidak jaga lidah dan kemaluan. Jangan gunakan lidah untuk cakap yang sia-sia seperti mencela, mengumpat dan mengacum. Gunakan lidah untuk menceritakan kebesaran dan kehebatan Allah, membaca Alquran, mendakwah kebenaran dan berzikir.
b. Iman
Makan dan usaha atas keperluan makanan. Hari-hari kita makan, walaupun usaha mencari makan berhenti, tetapi kita tidak boleh berhenti makan. Begitu juga iman, ke mana kita pergi, apa kita lihat, dengar, rasa dan fikir ; kita hadapinya dengan iman. Jika iman kita kuat dan mantap, kita boleh kawal nafsu kita dari melihat perempuan yang bukan muhrim contohnya. Jika iman lemah, walaupun perempuan itu memakai jilbab sekalipun, kita lihat juga dengan fikiran yang bukan-bukan.
Apabila kita berbuat dosa, satu titik hitam akan melekat pada hati, maka iman akan lemah dan sakit, seterusnya amalan menjadi lemah. Amalan yang sedia ada akan beransur kurang, seterusnya menjadi lenyap. Amalan yang membawa dosa bertambah. Semakin banyak titik hitam, semakin berkuranglah nur hati.
Begitulah pentingnya usaha atas iman. Kita perlu bawa diri kita kepada suasana iman.
Dengan iman yang kuat, amalanpun bertambah baik. Sembahyang bertambah kusyuk, baca Alquran sedap, zikir sedap, sabar atas celaan dan kutukan, membalas kezaliman orang dengan kebaikan.
Bila iman lemah, sembahyang menjadi payah dan susah, tidak kusyuk, tak mampu baca Quran dan sebagainya.
Kita hadapi suasana dan keadaan dengan iman. Samada iman kita kuat atau sebaliknya.
Tanah yang penuh dengan hutan rimba, jika kita usahakan, tebang, tebas, bakar serta gemburkan tanahnya, diairi, beri baja yang baik, barulah kita boleh tanam tanaman dan akan memberikan pulangan yang baik. Tanah ini perlu kita usahakan selalu, jika setahun sekali kita datang, baja semakin hilang tidak subur, lalang atau pokok kecil akan tumbuh, penuh kera, binatang berbisa kan datang. Hati manusia perlu bersih, dibubuh iman, dibajai dengan amalan soleh serta sentiasa diusahakan atas hati. Setiap masa syaitan akan datang menyesatkan kita, akan terjadi maksiat, hati akan gelap. Susah untuk solat, hilang sifat sabar.
Tanah yang lapang, subur dan penuh baja jika dibiarkan, tidak bubuh benih dan baja, lalang kan tumbuh, pokok-pokok akan tumbuh, binatang liar akan datang. Tidak perlu usaha perkara-perkara ini akan datang. Hati yang tidak diusahakan, sifat-sifat keji mudah datang dalam hati kita.Sombong, takabbur, riak, ujub mudah datang. Sifat sabar, tabah, sangka baik, tawaddhuk akan datang dengan usaha dan amalan soleh.

Thursday, January 28, 2010
goda dunia
dalam perjalanan menuju abadi,
pasti banyak yang menanti,
untuk menduga dalam hati.
lantaran terlalu asyik dengan duniawi,
terlupa akan yang dihajati,
lalu lara menjerat diri.
bila digegar, tergegar, dengan seruan illahi,
maka sedar mengejut diri, agar lali
dengan keracunan yang tiada henti-henti.
nafsu nafsi menunggang diri, sedang sepatutnya
diri yang memagari,
dari godaan dan tarikan yang sentiasa menanti.
teguhkan jiwa, tabahkan hati,
hindari segala lara duniawi,
agar suatu hari,
segala mimpi,
menjadi hakiki,
bila tiba saatnya nanti,
kembali pada yang Abadi.
ku2gile 1150pm malam jumaat
Tuesday, January 26, 2010
Sharabul-Ashiqin-iv
salam.
bab keempat pada menyatakan maqrifat Allah Taala.
Sabda Nabi saw:
Yang maqrifat itu rahasiaku.
dan lagi sabda Rasulullah:
tiada sah solat melainkan dengan maqrifat.
ketahui bahwa ittifaq sekalian Anbiya dan Awliya dan Hukama dan Ahlul-Kalam mengatakan Allah Taala Esa, tiada dua, Qadim tiada muhdath, Khaliq tiada makhluq, tiada berupa dan tiada berwarna, Kekal tiada fana, tiada bercerai dan tiada bertemu, tiada putus, tiada mithal dan tiada sebangsa dan tiada sekutu dan tiada bagaiNya, dan tiada bertempat dan tiada bermasa dan tiada akhir- suci Ia dari kata ini!
Ahlul Suluk mengatakan Ia tiada berhingga dan berkesudahan, tiada atas dan tiada bawah, tiada kanan dan tiada kiri, tiada hadapan dan tiada belakang. Kata Ahlul Suluk Allah Taala kepada semesta sekalaian alam ini meliputi.
seperti firmanNya:
bahawa sesungguhnya IA dengan sekalian alam meliputi. 41:54
Jika ditanya orang, "jikalau Dhat Allah kepada sekalian alam lengkap, kepada najis dapatkah dikatakan lengkap?" maka jawabnya, seperti panas lengkap kepada sekalian alam, kepada najis pun lengkap, kepada busuk pun lengkap, kepada baik pun lengkap, kepada jahat pun lengkap, kepada kaabah pun lengkap, kepada berhala lengkap, kepada sekalian pun lengkap; namun, kepada najis tiada ia akan najis, kepada busuk tiada ia akan busuk, kepada baik tiada ia akan baik, kepada jahat tiada ia akan jahat, daripada kaabah tiada ia beroleh kebajikan, dari rumah berhala tiada ia beroleh kejahatan. suchi daripada segala suchi, di mana ia akan najis dan busuk?
jika ditanya orang, "jika Dhat Allah lengkap kepada sekalian makhluqat, siapa yang merasai siksa neraka, siapa yang merasai nikmat syurga?" maka jawabnya, seperti emas dan ashrafi, jika ditunu ashrafi itu, ashrafi juga hangus, emas tiada hangus.sungguhpun ashrafi dan emas tiada bercerai, namun bila ditunu, ashrafi jua yang hangus, emas baqa'; kerana ashrafi seperti makhluqat, emas seperti Khaliq, makhluk juga yang hangus dan binasa. Kata ini terlalu mushkil. barang orang tiada lulus di sini, yogya kita bicarakan sabda Ali ibni Abi Talib:
tiada ku lihat sesuatu melainkan ku lihat Allah didalamnya.
dan sabda Rasulullah:
barangsiapa memandang kepada sesuatu, tiada ia melihat Allah di dalamnya, maka sia-sia itu.
wallahu a'lam bil-sawab.

Thursday, January 21, 2010
al-bayan -i
AL-BAYAN
………. menulis kembali apa yang didengar…..
1. KALIMAH SYAHADAH
Tiada tuhan melainkan Allah SWT
Allah letakkan kejayaan manusia hanyalah dalam mentaati seluruh perintah Allah mengikut cara yang ditunjukkan oleh baginda Muhammad SAW.
Bagaimana kita hendak mengeluarkan kebesaran makhluk dan memasukkan kebesaran Allah dalam hati. Semasa sebelum kerasulan Nabi, terdapat 360 berhala di sekeliling Kaabah. Ada tuhan hujan, tuhan cahaya, tuhan tanah dan berbagai macam kesyirikan. Pada zaman ini, manusia bertuhankan duit, pangkat jadi tuhan, harta kekayaan jadi tuhan.. Dalam hati manusia sekarang ada 360 berhala. Manusia yakin pada makhluk
Allah hantar manusia ke dunia ini untuk satu masa yang singkat, tetapi mempunyai satu maksud yang amat besar.
Manusia dijadikan dalam dua unsur, roh dan jasad. Suatu ketika dahulu, sebelum manusia diciptakan, Allah telah kumpulkan semua roh, roh kita, roh ibubapa kita, roh Nabi-nabi, roh manusia yang belum lahir sekarang, yakni semua roh sejak zaman Nabi Adam sehinggalah bayi yang akan lahir sebelum kiamat. Semua dikumpulkan di alam roh dihadapan Allah taala. Lalu Allah bertanya kepada mereka, “ Adakah Aku ini tuhan kamu ?” Lalu semua roh menjawab, “ Bahkan, kami bersaksi ( engkaulah Tuhan kami )”. Perkara ini dinyatakan dalam Alquran. Kenapa semua roh mengakui Allah tuhan yang sebenar ? Kerana mereka berhadapan secara terus dengan Allah tanpa as-sebab. Ini ikrar atau janji yang diucapkan oleh manusia dahulu. Untuk mengetahui atau menguji kebenaran ikrar atau perjanjian ini, maka Allah hantar manusia ke alam dunia. Alam sebab dan akibat.
a. Kebesaran Allah SWT
Dalam buah kelapa ada air, bila potong batangnya kita tak akan jumpa saluran air atau paip yang menyalirkan air ke puncak. ….. ini adalah kuasa Allah semata-mata
Tetek lembu yang diperah maka keluarlah susu yang putih, bila kita ambil pisau dan potong tetek lembu, tiada susu yang keluar tapi yang keluar hanyalah darah yang merah. … ini adalah kuasa Allah semata-mata.
Pada tubuh badan kita sendiri, terdapat rambut di atas kepala, bulu kening, bulu mata, bulu hidung, misai, janggut, bulu dada, bulu ari-ari, di kaki pun ada rambut. Rambut, misai, janggut jika tidak dipotong sentiasa bertambah panjang. Rambut, misai, janggut dipotong 2 minggu sekali. Apa kata bila Allah izinkan bulu mata, bulu hidung dan bulu roma tumbuh memanjang tiada had seperti rambut. Apa akan jadi jika bulu hidung panjang sejengkal, malah bulu mata dan bulu roma panjang sejengkal. Anda akan dikenal sebagai orang utan. Tetapi kehendak Allah taala, hanya bulu tertentu sahaja tumbuh panjang. Inilah kebesaran dan kekuasaan Allah taala.
Kuku kita tumbuh semakin panjang, jika gigi kita juga ikut tumbuh memanjang seperti kuku, apa akan jadi…
bersambung, insyaAllah.

dunia yang tak berkesudahan..
salam.
oui orang kampung! apa cite?
setelah selesai menanda kertas spm minggu lepas, ingatkan boleh la bawak bertenang, life back to usual la konon2.. tapi rupa2nya keje kat sekolah pulak menimbun. adoyai!
hari rabu lepas kiranya 1st day kat sekolah, macam2 keje outstanding diberi pada gua. mana lagi mesyuarat yang sepatut dikendalikan masih belum buat, permintaan paperwork yang berkajang2 nak kena hantar, post mortem lagi.. tengahari tu pulak ada meeting sampai pukul 4. peh! pecah kepala, beb! masa tu gua rasa macam nak start moto dan bla je. buat keje giler.. tapi tak rugged la, kan..
hari ni dah lebih seminggu gua datang sekolah, kira dah ok la jiwa. dah boleh get used to this hectic and demanding lifestyle. biasa la keje cikgu, beb. first couple of months memang bz seadanya. mujur la tahun ni gua taknak buat tuisyen. kalau tak, tua kat atas moto je la, ke hulu ke hilir cari side income konon2nya..
for the past ten years, gua mesti ngaja tuisyen punya. cari makan agar keluarga lebih selesa situasinya. tapi tahun ni malas la. dah tua. dah sampai time untuk gua chill out dan layan masa yang ada untuk diri sendiri, dan family. bukan tak nak buat side income, tapi berpada2 la.. kalau nak kejar duit, sampai bila pun tak cukup, beb. jadi, gua mesti mampu menjadikan diri gua rasa puas, syukur dan redha dengan apa yang Tuhan bagi. bukan tak ikhtiar langsung, tapi belajar redha. belajar merasa puas dengan apa yang ada. kalau berasa nak lebih, kena la cargas, kan. tapi getting back to the whole idea: padan2 la tu. sampai bila nak dikejar dunia ni, kan.
layan....

Sunday, January 17, 2010
monday blues
Saturday, January 16, 2010
mencari calon menantu..
Friday, January 15, 2010
rindu
salam.
perhatilah dalam-dalam,
agar tembus segala alam,
tatkala terbentang isi diidam,
baru puas rindu dan dendam.
kala rindu datang bertalu,
menusuk terus ke dalam qalbu,
ke mana lagi hendak dituju,
kalau tidak pada yang satu.
perhatilah dalam-dalam,
semuga dunia menjadi adam,
kelak jiwa hilang kelam,
timbul terang tiadalah malam.
bila rindu datang bertamu,
teringat hanya pada yang satu,
lalu pasrah mengubat sendu,
menanti hari untuk bertemu.
rindu, rindu, terus merindu,
hati nurani bernyanyi pilu,
namun pasti pertemuan itu,
pasti berlaku, seperti dahulu.
insyaAllah.
guala! nkchai 15th jan 2010 1051 pm
perhatilah dalam-dalam,
agar tembus segala alam,
tatkala terbentang isi diidam,
baru puas rindu dan dendam.
kala rindu datang bertalu,
menusuk terus ke dalam qalbu,
ke mana lagi hendak dituju,
kalau tidak pada yang satu.
perhatilah dalam-dalam,
semuga dunia menjadi adam,
kelak jiwa hilang kelam,
timbul terang tiadalah malam.
bila rindu datang bertamu,
teringat hanya pada yang satu,
lalu pasrah mengubat sendu,
menanti hari untuk bertemu.
rindu, rindu, terus merindu,
hati nurani bernyanyi pilu,
namun pasti pertemuan itu,
pasti berlaku, seperti dahulu.
insyaAllah.
guala! nkchai 15th jan 2010 1051 pm
cite orang kaya2
Pak Lah & DrM in helicopter looking down at KL, Pak Lah said ‘if I throw 2 RM100 notes down, 2 lucky peoples will be happy’. Dr M said ‘if I throw 200 RM1 notes, 200 peoples will be happy’. Pilot added ‘if I throw both of u down, 27 million peoples will be happy!’
Thursday, January 14, 2010
Bercengkerama Dengan Anak-Anak
salam.
Kita harus membuat hati anak-anak kita benar-benar suci. Kemanapun mereka pergi bermain, dimanapun mereka berada kita harus memastikan bahwa mereka tumbuh dengan hati yang suci. Pelajaran yang kita ajarkan kepada mereka, cara yang kita sampaikan bergantung pada apa yang kita lakukan karena mereka meniru tingkah laku kita. Mereka mencoba meniru kata-kata yang kita ucapkan layaknya burung beo, mereka mencoba melakukan apa yang kita lakukan. Jika kita marah, seorang anak akan mengekspresikan kemarahannya melalui caranya sendiri. Anak-anak belajar dari apa yang kita ajarkan kepada mereka dan setelah mereka dewasa mereka akan mengajarkannya kepada anaknya, begitulah seterusnya. Kita adalah guru, kita adalah guru bagi kehidupan anak kita sejak ia lahir hingga akhir waktu. Apapun yang kita ajarkan pada anak-anak itulah yang akan ia ajarkan kepada orang lain, anak-anak meniru apa yang ia lihat. Jika kita bisa menghadirkan perkataan yang baik, perkataan yang membangun, perkataan yang indah, perkataan yang dipenuhi oleh belas kasih, perkataan yang dipenuhi oleh kearifan kepada anak-anak, mereka akan tumbuh di jalan kebenaran. Dan jika kita ingin melakukan hal ini, kita sendiri harus bertransformasi terlebih dahulu. Ini adalah pelajaran yang terbaik bagi seorang anak.
Sheikh Bawa Muhaiyadeen
message from the Prophet
"This is a message from Muhammad ibn Abdullah, as a covenant to those who adopt Christianity, near and far, we are with them. Verily I, the servants, the helpers, and my followers defend them, because Christians are my citizens; and by God! I hold out against anything that displeases them. No compulsion is to be on them. Neither are their judges to be removed from their jobs nor their monks from their monasteries. No one is to destroy a house of their religion, to damage it, or to carry anything from it to the Muslims' houses. Should anyone take any of these, he would spoil God's covenant and disobey His Prophet. Verily, they are my allies and have my secure charter against all that they hate. No one is to force them to travel or to oblige them to fight. The Muslims are to fight for them. If a female Christian is married to a Muslim, it is not to take place without her approval. She is not to be prevented from visiting her church to pray. Their churches are to be respected. They are neither to be prevented from repairing them nor the sacredness of their covenants. No one of the nation (Muslims) is to disobey the covenant till the Last Day (end of the world)."
Monday, January 11, 2010
happy day @ sad day
salam.
apa cite, beb?
kelmarin hari sabtu seperti dirancang, gua berjaya menghabiskan marking answer script english language spm paper 2.. alhamdulillah! kiranya sabtu macam2 keje jugak success. pagi tu mesin rumput, pas lunch menanda skrip. petang basuh kete. malam pas maghrib pulun lagi tanda skrip dan akhirnya by 10pm, completed everything... peh! lega rasanya. jadi malam tu dapatlah gua enjoy movie 'bourne identity' kalau tak silap la, dengan kepala yang lapang..
the next day, semalam la, ahad pagi, bawak missus and the children for a swim and picnic at teluk batik. janji dengan anak2 nak bawak diorang mandi laut sejak disember lagi tapi tak berkesempatan. akhirnya semalam tertunai la janji. pukul 8suku sampai 9steng anak2 semenya termasuk yours truly berendam dalam laut, buat sandcastle, kutip seashells, makan sandwiches n minum teh.. lepas shower dan tukar baju, bawak diorang pegi breakfast kat old town white coffee pulak.. the rest of the day bermalas2an je selepas lama tak dan nak buat gitu..
pagi ni seme orang ikut gua pegi bagan datoh sebab iliya @ kak long, my eldest daughter, mendaftar diri sebagai pelajar di sekolah menengah sains bagan datoh. fizikal sekolah tu dan kemudahan yang ada memang racun, sebab baru buka mei lalu.. dari pukul 10 hingga la pukul 4 petang tadi, dok melayankan dia. ye la, borang yang nak dilengkapkan je tak kurang 12 helai tak termasuk salinan, pastu nak beratur bayar yuran dan ambik kunci locker, ambik barang2 kat koperasi, tolong dia simpan barang2 kat locker dia..
akhirnya, pukul 4, after hugs n kisses, and tears rolling down the cheeks, we said our goodbyes. personally i felt really sad to leave her, and i miss her right now, coz i love her so much, but it's for her own good, sebenarnya.. kalau boleh gua nak tengok anak2 gua keliling gua setiap hari, especially petang2 bila lepak kat luar rumah ramai2, tengok diorang main2, minum sama2, pastu time dinner makan sama2.. tapi malam ni dah tak cukup korum.. hmm.. : (
life has to go on. i hope she is okay over there. i hope they keep her occupied so that she won't be feeling homesick. i hope she remains steadfast and strong, and insyaAllah becomes a better person, zahir n batin.
i know that i love and adore my children so much, more than words can ever explain. and now that iliya is not here with me, it makes me think of her a great deal. bak kata orang putih, absence makes the heart grow fonder. tu la dia! as at this moment, she's in my thot n prayer..
wishing for sunday to arrive soon so that we'll get to meet again.. insyaAllah.

Thursday, January 7, 2010
kata jiwa..
sepi itu lebih baik dari keriuhan,
sepi itu lebih baik dari keriuhan.
kata jiwa....
maka jiwa pun berlagu,
maka jiwa pun mendayu,
sekadar di dalam qalbu,
santapan rohani terus di rindu.
kata jiwa..
sepi itu lebih baik dari keriuhan.
kata jiwa....
maka jiwa pun berlagu,
maka jiwa pun mendayu,
sekadar di dalam qalbu,
santapan rohani terus di rindu.
kata jiwa..
Wednesday, January 6, 2010
Sharabul-Ashiqin-iii
salam.
bab ketiga pada menyatakan perbuatan haqiqat.
ketahui bahwa jalan haqiqat itu jalan Muhammad Rasulullah saw kesudah-sudahan jalannya.
seperti hadith:
yang shariat itu kataku,
yang tariqat itu perbuatanku,
yang haqiqat itu pertingkahku.
ketiganya dipakai Nabi. Barangsiapa memakai ketiganya ini maka kamil mukammal namanya.
adapun amal ahlul-haqiqah, dahulu mengenal Allah dengan sempurna kenalnya. jika tiada mengenal Allah dengan sempurna kenal, tiada dapat memakai haqiqat kerana haqiqat perbuatan maqrifat. maka apabila bermaqrifat, dapat mengerjakan haqiqat.
adapun ahlul-haqiqah dua bahagi. sebahagi beranak beristeri berumah bertanaman, tapi tiada hatinya lekat pada segala yang disebut tadi. apabila tiada hatinya lekat pada sekalian itu, tiada hijab padanya. sungguhpun ia beranak beristeri berumah bertanaman, jikalau anak isterinya mati, tiada ia berchinta. jikalau rumah dan tanamannya tertunu tiada ia berduka, jikalau kerajaan Sulaiman dan kerajaan Iskandar diberi Allah akan dia tiada ia suka, kerana hina dan mulia sama padanya, kaya miskin sama padanya, sakit dan nyaman sama padanya- tiada ia melihat dirinya, melainkan Allah Taala juga dilihatnya, kerana pada ahlul-haqiqah wujud sekalian alam wujud Allah.
adapun ahlul-haqiqah sebahagi lagi daim menyembah Allah, dan berahi akan Allah, dan mengenal Allah tunggal-tunggal, dan kenal dirinya, dan meniadakan dirinya dan mengesakan dirinya, dan berkata pada dirinya dan fana dalam dirinya dan baqa dalam dirinya dan benci akan zahir dirinya dan kasih akan batin dirinya, dan menchela dirinya dan memuji dirinya.
seperkara lagi, tatakala ia memandang di luar dirinya, barang dilihatnya dirinya jua, kerana pada ahlul-haqiqah alam dengan dirinya esa juga, tiada dua-tiga. apabila alam dengan dirinya esa, neschaya barang dilihatnya dirinya juga dilihatnya.
seperti sabda Rasulullah saw:
ku lihat Tuhanku dengan mata rahmat Tuhanku.
ku lihat Tuhanku dengan Tuhanku.
firman Allah Taala:
barang kemana kamu hadap wajah kamu disitu ada Allah. 2:115
kearana itu maka kata ahlul-haqiqah sekalian makhluk diri kita juga, sekalian manusia saudara kita, Islam kafir, kekasih seteru, bisa tawar, syurga neraka, murka ampun, baik jahat, kaya miskin, puji chela, kenyang lapar, kecil besar, mati hidup, sakit nyaman, benar salah,- sekalian sama padanya, kerana bersandarkan firman Allah, barang kemana kamu hadap wajah kamu disitu ada Allah. nescaya dipandangnya, wajhu'Llah juga dilihatnya.
wallahualam.

Sunday, January 3, 2010
busier than d bee..
salam.
besuk sekolah, beb! adoyai!
personally, i dont feel like going to school. not yet. i dont feel i have had a holiday. why? well, for one, i'm still in the midst of marking exam scripts, since the 7th of dec and it will only end on the 12th this month. with the school holidays being shorten, six weeks to be exact, it has been a hectic time for me this holiday..
last week i bought school's stuffs for my children; shoes, uniform, bags, stationery, water bottle..
a couple of days ago pun i went to buy things for my eldest who's going to boarding school next monday. for her alone, it touches around 1k. that's a lot of money, especially for people like me who are the 'makan gaji' type.. still there are a few more items to buy later. layan..
tomorrow being the first day of school here, it is definitely going to be a long and busy day for me. i dont know what post has been given to me this time around because i didnt go for the meeting last week. tomorrow i'll know. and tomorrow also i have to go to my other children's school to pay for the school fees, get the exercise books for arief, my fourth child who will be in standard one. for my eldest, i have to go to her former school to get documents, bla, bla, bla.. her medical checkup pun tak pergi lagi.. many forms and documents to be photostat for her too.. on tuesday i have to go to ipoh for the review meeting, and it will go on till saturday. letih, beb!
al in all, i guess by the middle of this month i will be able to get my life in order as usual, in a more relaxed pace, which will be a real contrast to what i'm facing at the moment. got to get some breathing space, i tell you.. am i complaining? hmm, from a perspective, yes, but actually, no lah! i'm just stating what i am undergoing currently. tu je..
okay la , got to go. almost time for isya'. and later, exam scripts are waiting for me. again.

Friday, January 1, 2010
Christian the Lion
salam.
hari tu gua baca reader's digest january 2010 issue, ada satu article bertajuk "lion in my living room", gitu2 la tajuknya.. citenya tentang 2 orang mamat aussie yang pergi ke england n tinggal di sana di penghujung 1960'an dan membeli n membela seekor anak singa selama setahun. kemudian mereka terpaksa melepaskan anak singa tu ke hutan di tanzania. setahun selepas itu, mamat 2 orang ni pergi ke tanzania dan mencari singa tu semula. rezeki mereka, maka mereka pun bertemulah dengan singa yang diberi nama'christian' itu. yang mahalnya, selepas setahun tinggal dalam wilderness, christian masih boleh kenal tuannya, dan begitu manja sekali..
gini la, kalau lu orang baca article tu, n lu orang tengok video clip di youtube, mesti menusuk kalbu, beb. ni kat bawah gua bagi link. lu layan sendiri la, k. nak puashati, beli reader digest n baca sendiri, k.
http://www.youtube.com/watch?v=btuxO-C2IzE
the moral here is that, an animal like christian could still remember his friends and treasure their friendship, eventhough after being separated for some time. lu orang apa cite? dengan kawan2, dengan famili sendiri? apa cite? sendiri mau ingat la, beb! ciao! : )
love knows no limit....

Subscribe to:
Posts (Atom)