Wednesday, April 19, 2023

Once upon a story - 5 - balik raya

 

Tahun kedua gua ngajo kt Limau Kasturi, 1990, hari raya pun bakal menjelang. Hari last skola tu, gua pun naik keretapi pkl 10++ pagi dari Limau Kasturi menghala ke Kuala Lipis. Keretapi tu diorang panggil kereto ike sebab bawak lauk pauk: sayur ikan ayam dan macam2 makanan lain. Sementara nk nyampai kt Lipis tu lebih kurang dekat tiga jam jgk laa. Bila kt Lipis terus gua cargas pegi bus station. Tenguk2 tiket bas balik KL dh habis, beb.. pehh!

Yang ada tiket ke Raub je. Terus gua pun sambar tiket tu dan sesampai di Raub terus beli tiket ke KL. Bas ekspress Raub ke KL ni pun boleh tahan jugak la laju nya. Zaman tu bas tu berhenti kt stesen bas pekeliling. Lu orang tau tak kt mana? Entah ada lg ke tidak stesen bas ni. Bila sampai Pekeliling je gua tenguk jam dh pukul enam, nak masuk time buka dh ni. Gua pun apalagi sepantas kilat cepat2 jalan sampai kt Chow Kit dan tunggu bas mini.

Dalam perjalanan ke area rumah parents gua kt SS3, masa tu bas mini tu baru nak lalu Trebor @ Jalan 222, azan pun berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka puasa bagi kawasan sekitarnya. Adusss, gua pun silap la tadi tak dan nak beli air dulu. Ingatkan sempat le sampai sebelum buka. Mujur la pada gua ada ceklat @ gula2 hudson. Gua pun kulum ceklat tu sambil doa berbuka, n pastu hisap dunhill sebatang sebagai kenang2an sementara nak nyampai rumah.

Sabo je laaa..

Tuesday, April 11, 2023

Jom balikkk


 

Sunday, April 9, 2023

Once upon a story - 4 - Are you temperamental?

 


 Masa tu gua baru masuk maktab, MPIK, maktab perguruan ilmu khas. Kat Jalan Tenteram, Cheras. Tahun ’86.

Memang gua pun berasa gua ada ilmu khas, itu sebab boleh masuk maktab ni. Apakah ilmu khas gua? Gua amik spm tiga kali,beb, tu lah gua punya ilmu khas hahaa

Gua sebenonya xnak masuk maktab jadi cikgu asalnya, kerana gua tengok cikgu ni seme macam belia je dressing, nerd semacam jee, tapi dh mak gua paksa jgk, jadi gua layankan jugak la (dan sebenonya memang betul firasat n doa seorang ibu itu, kerna hari ni gua dah jadi cikgu lebih 34 tahun, beb! Dan gua rasa sangat bersyukur atas kurniaan n rezeki ini. Alhamdulillah terimakasih Mak!)

Minggu2 pertama kuliah kt maktab tu dua jumaat pertama gua mesti ponteng, terus balik rumah kt PJ. Masuk minggu ketiga satu pagi tu gua terserempak dengan pensyarah Bahasa Inggeris gua, *Mrs Quah. Terus dia tanya gua, “NK Chai, why didn’t you attend my class on Friday? Are you temperamental?”

Terkedu gua, beb, x tau nak jawab apa. Bukan sebab tak tau nak jawab apa2, tapi tak faham maksud temperamental masa tu. Gua ingat sebab gua budak PJ mesti English gua hebat (dan memang boleh tahan hebat pun ehem ehem hahaaa) tapi bila Mrs Quah tanya macam tu, terus tewas gua , adusss.

Pastu dia pun explain la maksud perkataan tu, dan sejak hari tu gua takde dah ponteng kelas, hanya jarang2 sekali je ahaks.

 

*thanksss Mrs Quah!

Jemputan

 Cemburu

Aku melihat mayat itu

Terbujur kaku Keras beku

Wajah seakan Tersenyum

Puas

Kerna dapat jemputan

 

Aku?

Entah bila Akan sampai

Jemputan

 

Kain kapan Papan keranda

Sudah ditempah

Liang sudah digali

Cuma tunggu hari

Kerna badan sudah

berbau tanah

 

janji pasti

tiba nanti

 

nkc  april ini '23

 

Sunday, April 2, 2023

Thankssss



 

Saturday, March 25, 2023

Once upon a story - 3 - supe sekala

Time gua dok limau kasturi dulu, gua rajin layan bola, takraw n berlari, selain main sungai la, kan. Utk team bola kampong tu, gua mesti dok dalam first eleven atau first seven la, control midfield.

Kalau main sebelas sebelah, biasanya main liga Gua Musang. Tapi kalu tujuh sebelah ni, standardnya main liga dalam kumpulan n terus ke knockout stage. Memang seronok sebab macam2 pengalaman dapat dan macam2 kampung kitorang pegi. Kadang2 selain daripada wang tunai, piala n medal tu, ada juga penganjur sediakan hadiah kambing n biri2.

Tapi yang gua tertanya2 pada mulanya setiap kali nak main, bila dipanggil pasukan kitorang main, mesti emcee panggil pasukan kitorang ‘supe sekala.’

Jenuh jugak gua pikio amende yang supe sekala nya. Adakah adik beradik dengan superman gitu2?

Dan setelah gua mahir kecek kelate, barulah ambo tau maksudnyo.

Sabo je la yop!

 

The enD

#original


Tuesday, March 21, 2023

Once upon a story - 2 - kelas lukisan

Masa tu kitorang form three skola BB kat pj, tahun ’80 rasanya gua kelas 3 Red kot, tapi tak kisah la, kn. Time kelas lukisan, cikgu kitorang, Mr Filmer, lelaki serani yang separuh abad tu, tinggi, kurus, berkaca mata , smartly dressed, dan rambut berminyak  n bersisir rapi, memberi kami semua tugasan melukis.

Tengah2 kitorang melukis n mewarna tu, dia pun round tenguk hasil keje pelajar dia seme. Sambil2 dia round, dia pun comment, “macam cowdung.”

Kitorang yang tak berapa nak paham masa tu senyum je la, ingatkn dia puji kononnya.

Rupa2nya harammmmm



 

The enD

#original


 

Bali Accommodation