Sunday, April 9, 2023

Once upon a story - 4 - Are you temperamental?

 


 Masa tu gua baru masuk maktab, MPIK, maktab perguruan ilmu khas. Kat Jalan Tenteram, Cheras. Tahun ’86.

Memang gua pun berasa gua ada ilmu khas, itu sebab boleh masuk maktab ni. Apakah ilmu khas gua? Gua amik spm tiga kali,beb, tu lah gua punya ilmu khas hahaa

Gua sebenonya xnak masuk maktab jadi cikgu asalnya, kerana gua tengok cikgu ni seme macam belia je dressing, nerd semacam jee, tapi dh mak gua paksa jgk, jadi gua layankan jugak la (dan sebenonya memang betul firasat n doa seorang ibu itu, kerna hari ni gua dah jadi cikgu lebih 34 tahun, beb! Dan gua rasa sangat bersyukur atas kurniaan n rezeki ini. Alhamdulillah terimakasih Mak!)

Minggu2 pertama kuliah kt maktab tu dua jumaat pertama gua mesti ponteng, terus balik rumah kt PJ. Masuk minggu ketiga satu pagi tu gua terserempak dengan pensyarah Bahasa Inggeris gua, *Mrs Quah. Terus dia tanya gua, “NK Chai, why didn’t you attend my class on Friday? Are you temperamental?”

Terkedu gua, beb, x tau nak jawab apa. Bukan sebab tak tau nak jawab apa2, tapi tak faham maksud temperamental masa tu. Gua ingat sebab gua budak PJ mesti English gua hebat (dan memang boleh tahan hebat pun ehem ehem hahaaa) tapi bila Mrs Quah tanya macam tu, terus tewas gua , adusss.

Pastu dia pun explain la maksud perkataan tu, dan sejak hari tu gua takde dah ponteng kelas, hanya jarang2 sekali je ahaks.

 

*thanksss Mrs Quah!

No comments:

 

Bali Accommodation