Thursday, June 23, 2011

solat -tarek n daim

Salam.

Syekh Siti Jenar mengajarkan dua macam bentuk solat, yang disebut solat tarek dan solat daim. Solat tarek adalah solatthariqah, diatas sedikit dari syari'at. Solat tarek diperuntukkan bagi orang yang belum mampu untuk sampai pada tingkatan Manunggaling Kawula Gusti, sedang solat daim merupakan solat yang tiada putus sebagai kesan dari kemanunggalannya.Sehingga solat daim merupakan hasil dari pengalaman batin atau pengalaman spiritual. Ketika seseorang belum sanggup melakukan hal itu, kerana masih adanya hijab batin, maka yang harus dilakukan adalah solat tarek. Solat tarek masih terbatas dengan adanya lima waktu solat, sedang solat daim adalah solat yang tidak putus sepanjang hayat, teraplikasi dalam keseluruhan tindakan seharian (penambahan, mungkin kesannya adalah berbentuk suci hati, suci ucap, suci fikiran); pemaduan hati, nalar,dan tindakan ragawi.

Kata "tarek" berasal dari kata Arab "tarki" atau "tarakki" yang mempunyai erti pemisahan. Namun maksud lebih mendalam adalah terpisahnya jiwa dari dunia, yang disusuli dengan tanazzul(manjing)-nya al-Illahiyah dalam jiwa. Solat tarek yang dimaksudkan di sini adalah solat yang dilakukan untuk dapat melepaskan diri dari alam kematian dunia, menuju kemanunggalan. Sehingga menurut Syekh Siti Jenar, solat yang hanya sekadar melaksanakan perintah syari'at adalah tindakan pembohongan, dan merupakan kedurjanaan budi.

kisahnya..

No comments:

 

Bali Accommodation