Sunday, June 12, 2011

cuti school la..


Salam.

Jumaat: Sebaik habis je program hari guru masa last day sebelum cuti sekolah, (gua dipilih sebagai tokoh guru 2011, beb.. pakcik pun heran!) gua terus cargas balik. Petang tu tolong kt rumah akak ipar gua sebab esuknya anak sulung dia nak nikah. Ingat nak la menolong tapi takde amende pun kerana dh siap belaka.. tolong makan je la, ek..

Sabtu: Pagi2 lagi gua dh pegi menolong nyusun bangku n meja kt rumah kenduri, balik jap, dan pukul sepuluh sampai la ke petang, dok kt rumah kenduri je.. mujur catering n buffet, takla banyak benda sangat nak buat, hanya melayan sedara mara je @ kulaan, bak kata orang banjar. Ramai kaum kerabat datang, dan memang meriah pun bila sesekali jumpa ni.. dah tua2 macam gini, time kenduri dan kematian je la nak jumpa sedara, beb..

Ahad: Hari ni balik pj sebab malam nanti ada Khan’s gathering, ada yasin, tahlil n doa selamat. Harus ramai datang nanti.. by 4 pm, sampai rumah bos. Malam pas majlis, makan beriyani, dan ayam bakar, dan macam2 dessert, gua cakap lu. Almost everyone attended, except for my brother nazam and my niece, jana.. nak buat macam mana, kan, diorang ada komitmen masing2.. yang penting the show went as planned. Alhamdulillah.. Bak dan Mak punya la happy..

The next day, bawak anak2 n missus ronda2 KL. Parking odyssey gua kat Kelana Jaya LRT station, n boarded LRT to Central Market.. layan, beb.. kt Central Market macam2 nak beli.. Godaan tinggi tapi gua control jiwa.. last2 gua beli jugak patung wayang kulit. Nak pamer kt bilik kt sekolah gua, konon2nya nanti.. pas tu, pegi Masjid India jap, beli dua kitab, dan headed home.. anak2 n missus gua seme dapat panggu masing2 dah, jadi no complaint la.. malam lepak dengan hakam jap, smbil bermantul2an, nyembang cite niaga. Gua nak tumpang dia jual pen digital al-quran. Dapat untung sikit2 jadi la..

Tuesday: Lepas breakfast dengan bak n mak n family, pukul 10 steng, gua n family pegi Cameron. Jalan2 cuti sekolah, beb. Almost 4 hours later, sampai la.. kitorang dok kt equatorial, 2 room apartment facing the valley. Memang picturesque gua cakap lu.. lepas checked in, chill out jap, n petang sikit, usha stalls dekat hotel, n kemudiannya ke Bharaath Tea di tanah rata. Pekena teh tarik n kek, amik gambo, dan terus lepak n ronda2 n dinner kt Tanah Rata.. malam tu mandi menggigil. Sejuknya! Anak2 enjoy bebeno dok kt apartment ni.. The next morning, pas subuh, tunggu sunrise.. memang mengkagumkan! subhanaAllah. Then,took everyone for breakfast n shopping sebelum packing n getting ready to go home. Malasnya nak balik.. : (

Thursday, Sunday, Monday, Tuesday, Wednesday, and Thursday again, tiap2 pagi around 7steng, gua pegi kebun dengan Choco de Lekio gue @ Land Rover.. kebun mandah kt manong, kebun selabak kt teluk intan, kebun sg tiram kt lekio dan kebun jawang kt kuala kangsar.. layan kebun sawit n kelapa pandan.. memang satu escapism layan kebun ni.. mana lagi peluh tak henti, udara segar n nyaman, pastu yang bestnya, tak payah campur orang.. kawan dengan pokok je hari2.. lepas zohor baru gua balik biasanya..

tapi hari rabu tu, gua balik awal sikit sebab nak hantar anak2 tenguk wayang cite kungfu panda2.. layan.. celah2 ke kebun tu, ada la dua kali gua pegi sekolah, usha2 apa yang patut..

Khamis petang gua ngikut peoih dan gaban ke laut.. luga juga perut ni bila dua jam dok kt tengah laut tu, beb.. tau ke luga tu amende? nak termuntah le..

Sepanjang minggu kedua cuti, mak mertua gua ada kt rumah

sini. Missus gua nak jaga. Bagus la tu, kan.. tapi bila gua kenangkan, kesian gua kt mak mertua gua sebab Allah bagi dia hidup cukup cycle, sampai la hari ni dia dah jadi macam budak kecik semula.. segala2 nak dilayankan: mandi, berpakaian, makan minum etc etc.. adakah gua tua nanti macam tu jugak? Hmm..

Sabtu:

Pagi ni hantar mak pegi rumah kak yang, dan pas tu kitorang pegi makan kenduri kt marina island hall. On the way balik, singgah kt tesco sebab ada pameran okid.. missus nak tenguk.. iyekan saja.. anak2 pun minta itu n ini, dan memang segala2nya papa diorang nak bagi pun.. amik semuanya, pakcik kaya! Ha!Ha!

Ahad:

Adoyai! Tiba2 je malas gua pagi ni.. (ye la, esuk nak sekolah, kan.. ) tapi gua tabahkan hati dan pas subuh dan hari dah cerah, gua layan la pokok jap kt depan rumah.. pas breakfast, lepak dengan the children, dan gua kerahkan diorang seme urut gua. Seronoknya, ya Allah.. Rasa gua, gua deserved it sebab seminggu gua membanting tulang di kebun2 mencari rezeki, ehem, ehem.. dan tepat pukul 1245, kitorang pun hantar la iliya balik asrama, tapi via lunch kt Simpang Empat dan rumah kak minah dulu..

Ni dah malam dan gua pun ada keje sekolah yang patut diselesaikan tapi gua memang malas beno.. adoyai! Tunggu esuk je la, ek..

Semuga esuk menjanjikan keceriaan n kecergasan, insyaAllah..

Semuga mood sekolah kembali semula.. ahak!

No comments:

 

Bali Accommodation