Wednesday, July 7, 2010

solat berjemaah



Salam.

Solat berjemaah. Adakah itu yang kita lakukan saban hari? Sepatutnya, sewajibnya, begitulah.

Namun, apakah pengertian solat berjemaah? Pada hukum syarak, bila mana kita bersolat dengan adanya imam di depan kita, dan kita mengikut imam itu, maka solat berjemaah la kita dikatakan. Dan ngikut hukum syarak lagi, pahala solat berjemaah 27 kali ganda lebih dari solat bersendirian.

Itu adalah sepertimana diajar oleh ustaz2 dan orang alim: yakni berjemaah memberi ganjaran yang lebih.

Tetapi dari sudut yang berbeza, solat berjemaah mempunyai pengertian yang lain. Yang dikatakan solat berjemaah ni apabila semua anggota zahir dan batin, sama2 bersatu melaksanakan perintah solat, yakni mata, telinga, mulut, tangan, kaki, semuanya bersatu mendirikan solat. Tapi mana imamnya? Kerana pastinya dalam solat berjemaah ada imam, kan.

Jawabnya, imam bagi solat berjemaah yang begini adalah hati. Jika hati betul tujuan dan halanya, maka seluruh anggota adalah betul dan selari seperti hati jua adanya.

Jadi, bagi melaksanakan solat berjemaah, pastikan kita benar2 faham dan hayati makna berjemaah zahir dan batin ini, insyaAllah.

Wallahualam.

No comments:

 

Bali Accommodation