Thursday, July 8, 2010

kematian di limau kasturi








salam.

Masa tu tahun 1990, kt limau kasturi. Hang tau ka, kt mana limau kasturi ni? Ulu Kelantan, beb! Tempat gua mula2 ngaja.. Member gua, azman @ jeme, anak poksu mat diah, pemain bola bahagian pertahanan pasukan limau kasturi @ supe sekala, berumur 17 tahun masa tu, meninggal dunia, bila motor yang dia naik dengan aziz, berlanggar dengan lori bawak batu.

Masa tu bulan puasa hari ke berapa gua tak ingat dah. Tapi hari tu, hari yang pertama dia nak mula bekerja sebagai kelindan mesin mencari kayu balak. Pagi tu, gua ingat lagi, dia bagitau yang dia nak pegi dh, dan “lama lah lagi kita boleh jumpo pulok,” kata jeme.

Lebih kurang 3 jam selepas dia pergi dengan aziz, kami mendapat berita tentang kemalangan itu. Aziz meninggal di tempat kejadian. Mayatnya teruk kerana diheret oleh lori terjun ke dalam gaung. Tengkorak dia berkecai dan pecah habis. Kaki tangan patah riuk. Kepala dia seumpama sarung @ topeng muka je.. orang2 tua tak bagi budak2 dan orang perempuan dan sape2 yg lemah semangat tenguk jenazah dia kerana begitu mengerikan. Tapi gua tenguk jugak.. jeme pulak meninggal setelah tiba di hospital usm kubang kerian.

Kami menunggu jenazah jeme di tepi tebing sungai dari waktu selepas berbuka sampailah ke dinihari. Jalan masuk ke limau kasturi pada ketika itu hanyalah jalan tanah merah sejauh 16 kilometer daripada simpang jalan gua musang kuala krai. Jalan tanah merah ni kalau musim kemarau debu sampai 4, 5 inci tebalnya, dan kalau musim hujan pulak jangan cite la selutnya.. Akhirnya pada jam 4 pagi barulah jenazah dia tiba.

Setelah dibawa balik jenazah jeme, pemeriksaan awal mendapati hanya pehanya patah dan belakang kepalanya pecah.

Selepas sahur dan tido sebentar, pada jam 8, gua pun pegi ke rumah poksu mat diah. Dinding rumahnya dibuat dari buluh je, dan takde bilik pun. Kira2nya begitu daif sekali.. Betul2 kt tepi sungai nenggiri. Orang2 tua yang ada kt situ meminta gua membantu mandikan jenazah. Jadi gua pun akur la, sebagai seorang kawan dan qariah di kampong tu. Masa mandikan jenazah, gua diminta panggukan kepala dan bersihkan kepalanya. Masa tu la baru terjumpa bahagian kepalanya yang pecah di sebelah belakang.

Setelah selesai mandi, kapan, dan solat, jenazah pun dibawa untuk disimpan di tanah perkuburan. Selama gua dok kt limau, tak pernah pulak gua tenguk kubur. Rupa2nya, nak pegi ke kubur mesti mudik ke hulu melalui sungai. Jadi, kitorang pun pegi beramai2 menaiki 7 @ 8 buah perahu mudik ke hulu. Memang keadaan sunyi dan hening. Hanya terdengar enjin perahu je. Gua berasa pada ketika tu macam konvoi mafia je.. Setelah 20 minit berlalu, kitorang pun sampai, dan rupa2nya tanah perkuburan adalah tempat yang dikelilingi pokok durian. Gua tanya jugak sape punya durian ni. Depa jawab, “hok wakaf.”

Setelah jenazah dimasukkan ke dalam liang, talkin dan doa dibacakan, dua batang ranting dipatahkan dan ditanam sebagai nesan. kami pun bersurai selepas tu.

Sememangnya, itulah pengalaman menguruskan kematian yang tak pernah gua hadapi selama ini.

Doa n al-fatihah untuk mullah jeme dan aziz.

No comments:

 

Bali Accommodation