Friday, July 9, 2010

isra'mi'raj

salam.

dikatakan bila mana Rasulullah saw bergerak dari Masjidilharam ke Masjidilaqsa dan terus diangkat melepasi langit yang tujuh untuk bertemu Allah swt di Sidratul Muntaha. itulah dia isra'mi'raj.

dikatakan lagi Jibrail as mengiringi Rasulullah saw setakat langit yang ketujuh. lalu Rasulullah saw bertanya kenapa begitu, kenapa tidak terus ke Sidratul Muntaha. lalu Jibrail as menjawab bahawa jika hanya sejengkal saja dia melepasi langit ketujuh nescaya hangus terbakar dirinya.
Jibrail as berkata lagi bahawa hanya kekasih Allah yang boleh melepasi had itu.

dikatakan lagi Rasulullah saw meneruskan perjalanan dan bertemu Allah swt lalu Rasulullah berkata,
Segala penghormatan dan keberkahan adalah milik Allah, salawat dan salam juga milik Allah.

lalu dijawab,
Salam sejahtera untukmu wahai seorang Nabi, dan rahmat Allah serta keberkahan-Nya juga dilimpahkan kepadamu.

Rasulullah saw mengusul lagi,
semoga salam sejahtera tetap diberikan kepada kita dan kepada hamba-hamba Allah yang saleh.

Lalu dua kalimah syahadah diucapkan. lalu Rasulullah saw dipanggil mendekat lagi.
Maka jadilah Dia dekat dengan Muhammad sejarak dua ujung busur panah atau lebih dekat lagi. an-Najm: 9

Kemudian Rasulullah saw dipanggil,
wahai Muhammad majulah!

Rasulullah saw bertanya,
wahai Tuhan, apabila tempat di mana itu telah tiada, lalu di mana saya harus meletakkan kaki saya?

Dia menjawab,
letakkanlah kaki pada kaki, sehingga semuanya tahu, bahawa Aku ini bersih dari waktu, tempat dan berbagai alam, dari malam dan siang, dari batas, wilayah dan ukuran. wahai Muhammad, pandanglah!

Rasulullah saw pun memandang....



ngajian nkchai
kitab syajaratul kaun Ibnu Arabi



No comments:

 

Bali Accommodation