Wednesday, July 28, 2010
a groovy kind of love
kenang-kenangan
doa
Monday, July 26, 2010
hakikat titik
HAKEKAT TITIK
Oleh Mas KumitirApabila,
Ma’rifat adalah penyaksian akan Allah,
Hakekat adalah ikhlas,
syukur dan sabar sebelum penyaksian Allah,
Tarekat adalah jalan pengosongan sebelum hakekat,
Syari’at adalah dalil kehidupan dalam menghormati eksistensi-eksistensi lain.
Maka,
Syari’at adalah bagaimana mewujudkan penyaksian akan Allah,
Tarekat adalah bagaimana dalam kehidupan senantiasa mengingatnya,
Hakekat adalah bagaimana ikhlas,
syukur dan sabar dalam kehidupan,
Ma’rifat adalah implementasi kehidupan dalam penyaksian dan menyaksikan-Nya.
Apabila,
Syari’at adalah bagaimana mewujudkan penyaksian akan Allah,
Tarekat adalah bagaimana dalam kehidupan senantiasa mengingat-Nya,
Hakekat adalah bagaimana ikhlas,
syukur dan sabar dalam kehidupan,
Ma’rifat adalah implementasi kehidupan dalam penyaksian dan menyaksikan-Nya.
Maka,
Ma’rifat adalah penyaksian akan Allah,
Hakekat adalah ikhlas,
syukur dan sabar sebelum penyaksian Allah,
Tarekat adalah jalan pengosongan sebelum hakekat,
Syari’at adalah dalil kehidupan dalam menghormati eksistensi-eksistensi lain.
Apabila dan Maka,
Bersatu dalam Titik,
Titik itu adalah Allah,
Syari’at-Tarekat berawal dari Titik,
Hakekat-Ma’rifat berakhir di Titik.
Billahu,
Fillahu,
Bi Idznillahu,
Minallahu,
Allahu,
Titik.
alang alang kumitir 21 november 2008
HAKEKAT TITIK
Oleh Mas KumitirApabila,
Ma’rifat adalah penyaksian akan Allah,
Hakekat adalah ikhlas,
syukur dan sabar sebelum penyaksian Allah,
Tarekat adalah jalan pengosongan sebelum hakekat,
Syari’at adalah dalil kehidupan dalam menghormati eksistensi-eksistensi lain.
Maka,
Syari’at adalah bagaimana mewujudkan penyaksian akan Allah,
Tarekat adalah bagaimana dalam kehidupan senantiasa mengingatnya,
Hakekat adalah bagaimana ikhlas,
syukur dan sabar dalam kehidupan,
Ma’rifat adalah implementasi kehidupan dalam penyaksian dan menyaksikan-Nya.
Apabila,
Syari’at adalah bagaimana mewujudkan penyaksian akan Allah,
Tarekat adalah bagaimana dalam kehidupan senantiasa mengingat-Nya,
Hakekat adalah bagaimana ikhlas,
syukur dan sabar dalam kehidupan,
Ma’rifat adalah implementasi kehidupan dalam penyaksian dan menyaksikan-Nya.
Maka,
Ma’rifat adalah penyaksian akan Allah,
Hakekat adalah ikhlas,
syukur dan sabar sebelum penyaksian Allah,
Tarekat adalah jalan pengosongan sebelum hakekat,
Syari’at adalah dalil kehidupan dalam menghormati eksistensi-eksistensi lain.
Apabila dan Maka,
Bersatu dalam Titik,
Titik itu adalah Allah,
Syari’at-Tarekat berawal dari Titik,
Hakekat-Ma’rifat berakhir di Titik.
Billahu,
Fillahu,
Bi Idznillahu,
Minallahu,
Allahu,
Titik.
alang alang kumitir 21 november 2008
Saturday, July 24, 2010
lean on me + bowling time!
Thursday, July 22, 2010
jalan ke syurga
Adalah
BElok Kanan
Wednesday, July 21, 2010
hujan
Tuesday, July 20, 2010
musim-musim merindu
kenapa
aku masih merindu
tatkala kau makin menjauh
musim yang berlalu
telah lama membeku
meninggalkan kenangan
tersangkut di celah daunan
kenapa
aku terus merindu
walhal ku tahu
kau tetapkan pergi
dan takkan ku miliki
oh sukma
duga dunia
berpaut bertaut
usahlah melara
janji dibawa mati
rindu menjadi pilu
langsung
buih buih harapan
menjadi lenyap
dan senyap
kala menanti isya' - guala!-
Monday, July 19, 2010
ruh al-Qudsi
ketahuilah,
alam maqrifat adalah alam lahut,
negeri asal diciptakan ruh al-Qudsi.
yang dimaksudkan ruh al-Qudsi adalah
hakikat manusia yang disimpan di lubuk hati.
keadaannya akan diketahui dengan taubat, talqin
dan mudawamah kalimah la ilaha ilallah.
wallahualam.
Friday, July 16, 2010
serabut!
orang politik BN & PR
mengata dan bercakar - serabut!
perhimpunan pagi kt sekolah
cikgu berucap pelajar nyembang
gelisah terketar-ketar - serabut!
pagi-pagi pegi keje
mat moto menciluk
drebar kete lembab terhegeh - serabut!
balik rumah mat kontrak
tengah bertukang
habis seme lintang pukang - serabut!
singgah billion beli belah
orang ramai berpusu-pusu
habis seme jadi lesu - serabut!
dunia dan seisinya
kemana saja dituju
yang banyak bertemu - serabut!
nak je jadi burung helang
terbang tinggi tanpa peduli
muga boleh hilang - serabut!
perhimpunan pagi jumaat 160710 8.15am
Thursday, July 15, 2010
traffic lights lumut-ipoh
dulu, jalan lumut ipoh ni sehala satu lorong je. tapi sekarang ni, dh upgrade dh. dua lorong sehala, beb. tapi bila dh buat dua lorong ni, tu dia, traffic light, jangan cite la, berlambak sampai tak terkira..
izinNya
hanya Mu
Saturday, July 10, 2010
yang berlalu itu
papa lisa
Friday, July 9, 2010
isra'mi'raj
Thursday, July 8, 2010
kematian di limau kasturi
salam.
Masa tu tahun 1990, kt limau kasturi. Hang tau ka, kt mana limau kasturi ni? Ulu Kelantan, beb! Tempat gua mula2 ngaja.. Member gua, azman @ jeme, anak poksu mat diah, pemain bola bahagian pertahanan pasukan limau kasturi @ supe sekala, berumur 17 tahun masa tu, meninggal dunia, bila motor yang dia naik dengan aziz, berlanggar dengan lori bawak batu.
Masa tu bulan puasa hari ke berapa gua tak ingat dah. Tapi hari tu, hari yang pertama dia nak mula bekerja sebagai kelindan mesin mencari kayu balak. Pagi tu, gua ingat lagi, dia bagitau yang dia nak pegi dh, dan “lama lah lagi kita boleh jumpo pulok,” kata jeme.
Lebih kurang 3 jam selepas dia pergi dengan aziz, kami mendapat berita tentang kemalangan itu. Aziz meninggal di tempat kejadian. Mayatnya teruk kerana diheret oleh lori terjun ke dalam gaung. Tengkorak dia berkecai dan pecah habis. Kaki tangan patah riuk. Kepala dia seumpama sarung @ topeng muka je.. orang2 tua tak bagi budak2 dan orang perempuan dan sape2 yg lemah semangat tenguk jenazah dia kerana begitu mengerikan. Tapi gua tenguk jugak.. jeme pulak meninggal setelah tiba di hospital usm kubang kerian.
Kami menunggu jenazah jeme di tepi tebing sungai dari waktu selepas berbuka sampailah ke dinihari. Jalan masuk ke limau kasturi pada ketika itu hanyalah jalan tanah merah sejauh 16 kilometer daripada simpang jalan gua musang kuala krai. Jalan tanah merah ni kalau musim kemarau debu sampai 4, 5 inci tebalnya, dan kalau musim hujan pulak jangan cite la selutnya.. Akhirnya pada jam 4 pagi barulah jenazah dia tiba.
Setelah dibawa balik jenazah jeme, pemeriksaan awal mendapati hanya pehanya patah dan belakang kepalanya pecah.
Selepas sahur dan tido sebentar, pada jam 8, gua pun pegi ke rumah poksu mat diah. Dinding rumahnya dibuat dari buluh je, dan takde bilik pun. Kira2nya begitu daif sekali.. Betul2 kt tepi sungai nenggiri. Orang2 tua yang ada kt situ meminta gua membantu mandikan jenazah. Jadi gua pun akur la, sebagai seorang kawan dan qariah di kampong tu. Masa mandikan jenazah, gua diminta panggukan kepala dan bersihkan kepalanya. Masa tu la baru terjumpa bahagian kepalanya yang pecah di sebelah belakang.
Setelah selesai mandi, kapan, dan solat, jenazah pun dibawa untuk disimpan di tanah perkuburan. Selama gua dok kt limau, tak pernah pulak gua tenguk kubur. Rupa2nya, nak pegi ke kubur mesti mudik ke hulu melalui sungai. Jadi, kitorang pun pegi beramai2 menaiki 7 @ 8 buah perahu mudik ke hulu. Memang keadaan sunyi dan hening. Hanya terdengar enjin perahu je. Gua berasa pada ketika tu macam konvoi mafia je.. Setelah 20 minit berlalu, kitorang pun sampai, dan rupa2nya tanah perkuburan adalah tempat yang dikelilingi pokok durian. Gua tanya jugak sape punya durian ni. Depa jawab, “hok wakaf.”
Setelah jenazah dimasukkan ke dalam liang, talkin dan doa dibacakan, dua batang ranting dipatahkan dan ditanam sebagai nesan. kami pun bersurai selepas tu.
Sememangnya, itulah pengalaman menguruskan kematian yang tak pernah gua hadapi selama ini.
Doa n al-fatihah untuk mullah jeme dan aziz.
Wednesday, July 7, 2010
solat berjemaah
Salam.
Solat berjemaah. Adakah itu yang kita lakukan saban hari? Sepatutnya, sewajibnya, begitulah.
Namun, apakah pengertian solat berjemaah? Pada hukum syarak, bila mana kita bersolat dengan adanya imam di depan kita, dan kita mengikut imam itu, maka solat berjemaah la kita dikatakan. Dan ngikut hukum syarak lagi, pahala solat berjemaah 27 kali ganda lebih dari solat bersendirian.
Itu adalah sepertimana diajar oleh ustaz2 dan orang alim: yakni berjemaah memberi ganjaran yang lebih.
Tetapi dari sudut yang berbeza, solat berjemaah mempunyai pengertian yang lain. Yang dikatakan solat berjemaah ni apabila semua anggota zahir dan batin, sama2 bersatu melaksanakan perintah solat, yakni mata, telinga, mulut, tangan, kaki, semuanya bersatu mendirikan solat. Tapi mana imamnya? Kerana pastinya dalam solat berjemaah ada imam, kan.
Jawabnya, imam bagi solat berjemaah yang begini adalah hati. Jika hati betul tujuan dan halanya, maka seluruh anggota adalah betul dan selari seperti hati jua adanya.
Jadi, bagi melaksanakan solat berjemaah, pastikan kita benar2 faham dan hayati makna berjemaah zahir dan batin ini, insyaAllah.
Wallahualam.
Tuesday, July 6, 2010
to get straight A's..
salam.
rahsia si tambi
Salam.
Keliling rumah gua, kt luar pagar, ada gua tanam beberapa pokok buah2an: mempelam, kuini, rambutan, longan, kedondong, kelapa, pisang. Jadi musim kali ni yakni sekarang ni pokok kuini dan mempelam gua berbuah agak lebat. Baru jugak gua tanam, 4 tahun lepas kot. Nak cakap banyak sangat pun tak jugak tapi puas la makan dan bagi jiran2 dekat sini dan kaum kerabat. Lu orang biasa makan kuini? Bau dia menusuk lubang hidung, beb, itu yang tak tahan. Senang cite, kalau ada kuini kt dalam rumah, memang tak leh nak cover line la.. buah kalau masak kt pokok, bukan diperam, memang harum dan manis teramat.
Masalahnya, ulat kt dalam buah tu boleh tahan banyak jugak, beb. Gua pun takde ikhtiar apa2 pun untuk selesaikan masalah ulat ni sekadar berserah pada Tuhan je..
Satu hari member gua @ pomen kapcai gua, tambi, datang singgah sebab gua cal dia suruh check moto gua. Tambi pun datang dengan membawa beberapa biji mempelam sebagai tanda persahabatan.. cewah! Malam tu gua kupas la mempelam yang si tambi bagi tu. Peh! Kesemua 6 biji yang dibaginya takde ulat pun. Hmm..
Beberapa hari lepas tu masa gua pegi kg koh gua singgah kt kedai si tambi keje. Gua pun tanya la kt dia macam mana buah yg dia bagi hari tu elok je isinya, takde ulat pun.. mempelam dan kuini gua boleh tahan jugak ulatnya.
Si tambi pun cite la: ‘cikgu, itu jam masa bunga, itu pokok punya tepi kasi korek dan kasi tanam garam. Kasi bikin empat corner. Guarantee tada itu ulat punya.’ ‘tanam garam je kt penjuru?’ gua tanya. ‘ya, cikgu.’ Jawab si tambi. Kisahnya..
Betul ke cakap si tambi ni? Nanti gua try. Tapi sekarang ni takleh la nk buat mcm gitu sebab dh berbuah pun, dan buah pun nak habis dh. Maybe next season gua bikin macam tu kot.
Kalau gua ingat la.. insyaAllah.
Monday, July 5, 2010
what's ur problemo, huh?
Salam.
Baru balik dari pj semalam. Menziarahi kedua ibubapa tercinta. Dapat juga berjumpa dengan abang bah, yang datang bertanggak kt rumah parents for a few days dari batu pahat. She’s my cousin, and I suppose u must be wondering why I refer to her as ‘abang’, kan? Well, it’s normal for johorean to refer to women who are related and older as abang.
Got there Saturday evening and came back Sunday morning after breakfast. Cepat sangat, ek.. nak buat cam mana, cikgu sibuk, beb. Keje berlambak lg kt rumah tu..
Anyway, the story I want to story here is the attitude of Malaysians, tak kira la cina ke, melayu ke, india ke.. on the way balik di lebuhraya plus, nak exit ikut tapah, gua berhenti jap kt ladang bikam resting area. Masa gua tunggu nak masuk toilet tu, gua tenguk seorang mamat melayu ni dok sebelah tong sampah sambil merokok dan pegang tisu. Pastu dengan ceren je mamat ni buang tisu kt atas lantai tanpa ada rasa bersalah pun. Peh! Gua stare la jugak mamat sorang tu tapi dia buat bangang je. Pastu bila seorang mamat cina ni keluar dari cubicle, gua pun masuk la. Adoyai! Mamat tu biarkan je hos air kt atas lantai. Padahal terang2 dah tulis, “sila sangkutkan kembali setelah digunakan”. Gua dalam hati berkata, ‘samada mamat ni jenis bengong tahap maksimum ataupun dia tak sekolah dulu kot..’
Gua pun continue driving. Lbh krg dua kilometer dari simpang rumah gua, ada sorang drebar kete Honda ni tak semena-mena keluar dari simpang dan masuk ke depan kete gua di jalan utama ni. Dah la keluar seolah2 atuk dia punya jalan, pastu bawak slow pulak lagi! Bila trafik clear depan gua, gua pun overtake mamat tu. Tenguk2 dia tengah cakap telefon, sial! Dh la ckp kt hp, bawak slow, pastu dok tengah2 jalan, langsung tak nak bg side. Kalau gua bawak lori 10 tan @ treler, harus gua shadow mamat tu masa dia keluar simpang tadi. Bukan apa, bagi dia terencat sikit..
Memang gua geram jugak tapi gua nak jadi golongan sabirun, jd mesti la bawak bertenang. Tak gitu? Ahak! : )
D moral of the story: kalau tak reti nak jadi orang dan hidup ada sikit sivik dan bermoral, baik jadi burung je..
-end of story-