Friday, May 14, 2010

asal usul solat itu-ii

salam.

jika ditanya orang, kenapa zohor dan asar disunyikan bacaannya dan maghrib, isya' dan subuh dinyaringkan bacaannya, maka jawablah oleh kamu zohor terbit dari huruf Alif dan asar terbit dari huruf Lam, dan huruf Alif dan Lam terbit dari huruf idhafi asma Allah kerana Allah itu tiada Dia ta'yin kerana Dia Batin. sebab itulah waktu solat zohor dan asar disunyikan bacaannya.
waktu maghrib, isya' dan subuh terbit dari huruf Ha, Mim, dan Dal. huruf-huruf ini adalah daripada kalimah Muhammad. Muhammad itu pohon segala ta'yin. adapun segala ta'yin itu menyatakan tanda adanya Allah Taala dan ta'yin itulah menyatakan zat dan sifat. itulah sebabnya dinyaringkan waktu yang tiga ini dan disembunyikan setengah ta'yin daripada ta'yin.
maka barangsiapa tahu hakikat yang demikian tahulah dia akan hakikat solat.

wallahualam.

kitabtulistanganje

1 comment:

Anonymous said...

salam. trasa kerdil di mata Allah SWT. setiap kejadian drpd sekecil zarah hinggalah sebesar2 kejadian ada sebabnya.. itulah solat lima waktu yg Allah tlh amntkn kpd umat Nabi Muhammad s.a.w..

 

Bali Accommodation