salam.
tengahari tadi gua dapat cal dari limau kasturi, menyatakan pak muda, seorang tua yg gua kenali sejak tahun '89, meninggal dunia petang semalam..
pak muda ni memang terkenal dengan 'teh separuh' nya.. nak pkena teh separuh, kena pegi kedai pak muda kat hujung deretan kedai di pekan limau kasturi depan jalan keretapi. tempat lain setakat hayat gua ni, tak rajin jumpa lagi la.. kalau gua balik limau, tempat pertama gua singgah mesti kedai pak muda sebab teh separuhnya, dan kaum biasanya lepak kt situ. first day sampai limau, mesti pak muda tanpa ditanya akan hidangkan gua teh separuh, beb. on the house. second day n day-day seterusnya, bayo le, tak reti-reti.. teh separuh ni gelasnya kecil molek, memang exclusive la.. tu yang terkenang. susu yg ada dalam gelas tu satu pertiga, beb. jadi, jangan la kacau sampai habis susunya, nanti tak terlayan manisnya yg teramat. manis leting, kata depa.. last sekali gua pkena teh separuh ni mei tahun lepas..
hashim ali @ mat chok, menantu pak muda, yang juga kaum gua yg paling kamcing kt sana cite, petang semalam lepas asar pak muda pegi kebun getah dia. biasanya 6.45-700 balik la. tapi semalam tunggu sampai 7steng tak sampai2 orang tua tu.. mat chok n kaum lain pegi cari. sesampai kt denai menuju kebun pak muda, diorang jumpa pak muda kt atas tanah, dah habis hayatnya.. sabo je la..
tengahari tadi sebelum zohor jenazahnya telah disimpan.
semuga Allah merahmati rohnya.
Wednesday, February 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Innalillah... bila lagi nak gi Limau?..
salam.
nak pg dalam masa terdekat ni. nak ikut?
Post a Comment