Friday, February 12, 2010

cuti raya cina, ekonomi lembab & menteri bengong


salam.

gua baru je balik dari bagan datoh, beb! amik anak dara gua yg ngaji kat sana....

dengan cuaca panas mengerlip, mata kira nak pejam je.. lena lg cantik kot.. pastu trafik pun agak heavy jugak. maklum la, cuti raya cina gamaknya..

tapi ni tak hebat lagi. tunggu la malam kang @ besuk. mesti serabut giler punya la.. nama je cuti raya cina, tapi habis semua kaum nak raya, gua cakap lu.. bukan la raya macam mana, tapi lebih kepada balik kampung dan pegi berjalan dengan famili la kot.. tapi la ni dengan ekonomi lembab, ramai orang bawak bertenang dah, tak tergamak nak overspend dan jalan-jalan sangat..

ekonomi lembab tapi kerajaan kita ni masih lagi dengan sikap denial, sindrom penafian. gua cakap ni sebab gua ada firsthand information. pengetua gua baru balik dari meeting dengan semua pengetua daerah dan pegawai pelajaran daerah. semua sekolah diminta laksanakan langkah penjimatan sebanyak 51 perkara. 51, beb! bukan kecik2 anak, tu.. dah confirm takde kursus punyalah tahun ni.. bagus la jugak sebab gua pun bukan suka sangat kursus2 ni. ye la, satu hala je nyembang, kita dengar je, lama2 terus lena. baik tak yah kursus macam tu. lagi pun dah tua2 ni, malas dah nak layan seme tu. tapi ngajar tetap cargas, beb, sebab minat gua tu..

balik kepada cite ekonomi lembab ni.. kerajaan, terutama menteri2 kabinet takde pun terdengar nak buat potongan gaji @ elaun pun. patutnya, elaun tu potong la 50-60% dulu ke.. nanti ekonomi dah mantap, amik la balik.

ni tidak, depa kira nak poya2 je.. umpamanya bulan lepas, najib pegi negara2 arab, setakat nak amik pingat je, masa yang sama muhyidin pegi UK nak pesan kat rakyat malaysia kat sana jgn overstay. macam la rakyat malaysia tu budak2 bangang tak leh nak memikio gamaknya.. dah la pegi buat pekerjaan yang tak berfaedah, bawak kaum pulak satu kapalterbang, beb. sape punya duit? rakyat yang bayar cukai punya duit la seme tu. bengong punya menteri. diorang ingat kita ni akal tak cukup kot, tak leh nak memikio seme tu..

malas dh nak cite pasal KERA jaan ni, nanti kira nak ngutuk je.. tapi tu la pasal, depa punya super ego jangan cite la, dan mereka dikelilingi oleh pecacai yang kejenya mengampu je, jadi, menteri2 ni semua dok dalam fantasyland. suruh rakyat berjimat, tapi depa seme haram! belasah semacam je.. lu orang tau tak yang timbalan menteri gaji dan elaun bulanan depa berapa sen? 30k tak kurang, beb! celah2 tu, bil api, air, telefon, minyak petrol, drebar, servis kete dan macam2 lagi la, seme free belaka. free di sini bermaksud amik duit mak bapak hang dengan gua sekali la nak memenuhkan tembolok depa ni.. adoyai! dah la! malas sembang. buat sakit hati je, kan.. sabo byk2, k.

selamat!

No comments:

 

Bali Accommodation