Tuesday, October 6, 2009

Layan kitab..



salam.

ni kitab yg gua dok baca at the moment. Kaum-Kaum Yang Pupus oleh Harun Yahya. baru beli pagi sabtu lepas kt mamat niaga kitab di pekan sabtu. kiranya mencelikkan minda la jugak, kitab ni. info yang dipamirkan siap dgn dalil al-Quran dan perbandingan dgn kitab2 agama lain. kiranya sandarannya kemas la, senang cakap. buku ni translation dari versi bhs inggeris, Perished Nations. ada sembilan bab semuanya, dari kisah banjir besar Nabi Nuh, Kehidupan Nabi Ibrahim, Kaum Lut, Kaum 'Ad dan Uber, Kaum Thamud, Firaun yg dilemaskan, Kaum Saba', Nabi Sulaiman, dan diakhiri dengan Ashabul Kahfi. kalau lu orang zoom in pada gambar tu bawah sebelah kanan, boleh tenguk cap mohor Rasulullah. racun, beb!

sebelum ni layan kitab Ayatullah Ruhullah Khomeini, Rahsia Solat. racun kitab tu! begitu halus dan indah bahasanya. terjemahan Indonesia.

layan kitab ni menghidupkan jiwa juga, iyela, bila baca teringat je kt Dia, kan.. nampak Dia saja.

tapi gua layan belaka sebenarnya. semua genre layan.. john grisham, stephen king, fatimah busu, pak sako, lat, buku bola, bahan sejarah, ensiklopedia, semuanya gua layan. kadang2 sampai tak terlayan.. : )

yang penting membaca memperkayakan kita dengan ilmu, pengalaman, imaginasi, angan-angan dan pelbagai perkara yang tak mampu kita kecapi dalam hidup ini. itu sebab kadang2 gua tenguk membaca ni sebagai satu escapism. bila kita mampu baca serta menghayati bahan bacaan itu, kita sebenarnya berada di sebuah planet yang berbeza. itu sebab setengah-setengah orang kalau dah membaca tak nak berhenti. sebab? begitu khusyuk dan menjiwai hinggakan tak nak berpisah dengan alam serta kehidupan yang dilayan dalam bacaan itu..


apapun, layan..

No comments:

 

Bali Accommodation