salam.
hari jumaat tiba lagi, alhamdulillah.
maknanya, adalah lagi hayat kita dikandung jasad.
tiba pada hari jumaat, penghulu segala hari yang tujuh, dituntut kita lelaki islam yang sempurna akal, sihat tubuh badan, dan cukup umur, mengerjakan solat jumaat.
maka, perkemaskanlah solat jumaat kita yang dua rakaat dan dua khutbah tu.
bacaan fatihah yang tujuh petala tu pastikan khusyuk agar ia menyelinap menembusi bulu, kulit, daging, darah, tulang, lemak, lendir yang juga tujuh petala di badan kita, agar terus menembusi tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan pastikan tujuh gerak solat dari berdiri, rukuk, berdiri, sujud, duduk, sujud dan duduk dihayati, ta'kala tujuh bahagian: dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut, dan kedua ibu jari kaki mencecah bumi semasa sujud, sepertimana tujuh liang dikepala kita: dua di telinga, dua di mata, dua di hidung, satu di mulut senyap hilang ditelan syur, maka kembalilah diri pada keadaan sedia ada kekal selamanya yang menunggang di tubuh adam berbangsa muhammad lengkap dengan hayat, ilmu, kudrat, iradat, sama', basar, qalam.
maka, sempurnakanlah solat.
wallahualam.
Friday, October 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam,
cukup sinonim angka 7 dgn kita ye..
Post a Comment