Friday, May 17, 2013

life is far too short

rindu itu..


Rindu itu
Adalah
Tanpa kata-kata..



anginawan

Thursday, May 16, 2013

tired?

nikathieyusoff:

wahai hati,bersyukurlah…
wahai hati,berhentilah mengeluh
wahai hati,move on

Tuesday, May 14, 2013

'ini kalilah' bertukar 'lain kalilah'


Saya menceritakan rasa sedih Parti Islam Tidak memenangi Pilihanraya kepada seorang Murabbi.

Dengan tenang beliau menjawab,: "itulah tanda perjuangan Parti Islam itu di landasan yang betul".  Islam tak akan menang jika masih ramai lagi masyarakat jahil. Islam tak akan menang jika ada yang gilakan jadi pemimpin. Islam tidak akan menang jika jentera tidak menghidupkan islam dalam diri, keluarga dan masyarakat. Kita berjuang kerana Allah bukan kerana semangat. Bukan kerana gilakan kuasa. Mari kita muhasabah diri kita. Muhasabah jentera kita. Jika salahudin al ayubi memeriksa solat malam tentera mereka.Adakah jentera kita cukup solat jemaah 5 waktu?

("Kalimah yang popular di ulang ulang; 'ini kali lah' dan  'lain kali lah'.. sedangkan kalimah yang paling afdal di ulang ulang adalah 'laailaha illallah..'-azharjaafar)


Islam akan kembali dagang


Daripada Abdullah bin Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Islam dimulai sebagai suatu (agama) yang asing dan Islam akan menyusut lagi (kembali) sebagai (agama) yang asing sama seperti waktu awal, dan Islam akan terpusat diantara dua masjid (Mekah dan Madinah) sama seperti ular yang merayap kembali ke lubangnya (sarangnya).

Agama Islam pada awalnya adalah asing, hanya Nabi Muhammad s.a.w. seorang sahaja, hinggalah ianya tersebar ke serata dunia. Ia bermula daripada kota suci Mekah dan Madinah dan akhirnya ia kembali ke sana juga.

Islam juga akan menjadi kembali menjadi asing dan pada masa ini orang yang menjaga agama Islam akan kelihatan asing (pelik). Namun mereka yang pelik inilah yang berbahagia.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali dagang (asing). Maka berbahagialah (beruntunglah) orang yang bersama Islam ketika ianya dagang (asing)”. (Hadith riwayat Muslim)

Pada masa itu juga Islam hanya tinggal nama dan ulama pada zaman itu adalah yang paling jahat kerana mereka telah tergelincir hingga sanggup menjual agamanya untuk mendapatkan habuan dunia.

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; “Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali“. (Riwayat Baihaqi)

Friday, May 10, 2013

GST sudah mariii..

Khusus untuk pencinta2 umnongok:
GST yang dirindui sudah mari..





senyap2 je depa laksanakan.. baru dua hari lepas ngundi terus rakyat didahulukan: untuk tanggung umnongok punya modal dalam pru ke 13 yang lalu..

takpe la, pencinta2 tegar umnongok mesti rela serela2nya untuk bayar hutang ptptn, saman AES,  petrol yg pasti akan naik sikit hari nanti, tarif letrik yg memang naik senyap2 dari semasa ke semasa, dan macam2 lagi bayaran untuk menyelamatkan umnongok yg tercinta, kan..
iyekan saje..

Thursday, May 9, 2013

munculnya tanduk syaitan



Salam.
Mekah. 
Tiada tempat lain yang ingin ditujui oleh umat Islam melainkan Mekah.
Di situlah bermulanya Islam dan perkembangannya. Di  situ juga terletaknya Kaabah yang telah wujud tersergam sejak beribu tahun yang lalu. Mekah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion umat Islam tidak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap kiblat di Kota Mekah untuk solat.  Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seorang Islam akan mengerjakan ibadat haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di tempat tersebut. 
Dari sejarah zaman Nabi Ibrahim mendirikan Kaabah hinggalah ke zaman tentera bergajah Abrahah cuba menyerang Mekah untuk memusnahkan Kaabah, Mekah memang benar2 tanah haram.
Lantaran itu, bila mana sekarang ini pembangunan yang melampau sedang pesat di sekeliling Masjidilharam, kegusaran pasti melanda umat Islam yang cintakan Mekah dan kesuciannya.
Sahabat saya baru saja pulang dari mengerjakan umrah baru2 ini dan dia mengisahkan pada saya akan ‘keracunan’ yang sedang melanda Mekah kini. Tiada lagi kubur para sahabat Rasulullah. Digantikan dengan kompleks membeli belah.  Rumah isteri Rasulullah,khadijah, dirobohkan dan dibina tandas2 awam. Rumah di mana Rasulullah dilahirkan, yang mana sekarang ini digunakan sebagai perpustakaan, juga dalam pertimbangan untuk diruntuhkan. Bukit yang tersergam mengelilingi Mekah diratakan, semata2 untuk mendirikan bangunan2 baru atas nama pembangunan.   Kubu empayar zaman Othmaniah seperti di sisi telah dirobohkan untuk membina hotel mewah. Di tepi Masjidilharam telah terbina menara jam terbesar di dunia. ia juga dikenali sebagai Big Ben Mecca, dan konon2nya sepatut menjadi kebanggaan orang Islam tetapi hakikatnya ia memesongkan tujuan dan niat seseorang semasa bertawaf. Sekarang ini bila orang bertawaf mereka lebih kagum akan Big Ben Mecca daripada Kaabah. Rumah2 lama dan hotel2 sekitar Masjidilharam diruntuhkan untuk memberi laluan kepada hotel2 mewah dan kompleks membeli belah.  Seolah-olah kita berada di Eropah atau Amerika Syarikat. Mekah yang sepatutnya menjadi kota suci dan lambang keagungan Islam kini berubah menjadi kota metropolis. keracunan telah tiba. Dajjal perlahan2 secara halus menanam jarumnya. Apa tidaknya, sekitar Masjidilharam kini ada Starbucks, Haggen Dazs,Burger King, Paris Hilton boutique dan pelbagai lagi keracunan.
Dulu tanah arab kering kontang berpasir, sekarang ini penuh dengan kehijauan hinggakan di Jeddah dah ada Taman Tulip. Sebelum sahabat saya balik dari sana, hujan lebat 2, 3 hari siap dengan kilat sabung menyabung lagi. Dia sempat berjumpa dengan seorang sayyid yang memesan padanya, balik Malaysia nanti bacalah hadith Rasulullah tentang Najd.
diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, al-Tirmidzi bahawa Baginda SAW bersabda : “Ya Allah berkatilah negeri Syams kami, Ya Allah berkatilah negeri Yaman kami. Para sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah : (Bagaimana) dengan negeri Najd kami? Baginda SAW lalu bersabda : Ya Allah berkatilah negeri Syams kami, Ya Allah berkatilah negeri Yaman kami. Dan baginda bersabda pada kali yang ketiga : “Disana (Najad) berlakunya gempa bumi (kegoncangan) timbulnya pelbagai fitnah, dan disana juga munculnya tanduk syaitan.”

Semuga Allah melindungi kita dan memelihara kita dan menuntun kita pada jalan yang benar.

 

Bali Accommodation