Daripada Abdullah bin Umar r.a., Rasulullah s.a.w.
bersabda: Sesungguhnya Islam dimulai sebagai suatu (agama) yang asing dan Islam
akan menyusut lagi (kembali) sebagai (agama) yang asing sama seperti waktu
awal, dan Islam akan terpusat diantara dua masjid (Mekah dan Madinah) sama
seperti ular yang merayap kembali ke lubangnya (sarangnya).
Agama Islam pada awalnya adalah asing, hanya Nabi
Muhammad s.a.w. seorang sahaja, hinggalah ianya tersebar ke serata dunia. Ia
bermula daripada kota suci Mekah dan Madinah dan akhirnya ia kembali ke sana
juga.
Islam juga akan menjadi kembali menjadi asing dan
pada masa ini orang yang menjaga agama Islam akan kelihatan asing (pelik).
Namun mereka yang pelik inilah yang berbahagia.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w.
bersabda: Islam mula tersebar dalam
keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali dagang (asing). Maka berbahagialah
(beruntunglah) orang yang bersama Islam ketika ianya dagang (asing)”. (Hadith
riwayat Muslim)
Pada masa itu juga Islam hanya tinggal nama dan
ulama pada zaman itu adalah yang paling jahat kerana mereka telah tergelincir
hingga sanggup menjual agamanya untuk mendapatkan habuan dunia.
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah
bersabda Rasulullah saw.; “Sudah
hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali
hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya
tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada
hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong
(naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini
akan kembali“. (Riwayat Baihaqi)
No comments:
Post a Comment