Thursday, May 9, 2013

munculnya tanduk syaitan



Salam.
Mekah. 
Tiada tempat lain yang ingin ditujui oleh umat Islam melainkan Mekah.
Di situlah bermulanya Islam dan perkembangannya. Di  situ juga terletaknya Kaabah yang telah wujud tersergam sejak beribu tahun yang lalu. Mekah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion umat Islam tidak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap kiblat di Kota Mekah untuk solat.  Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seorang Islam akan mengerjakan ibadat haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di tempat tersebut. 
Dari sejarah zaman Nabi Ibrahim mendirikan Kaabah hinggalah ke zaman tentera bergajah Abrahah cuba menyerang Mekah untuk memusnahkan Kaabah, Mekah memang benar2 tanah haram.
Lantaran itu, bila mana sekarang ini pembangunan yang melampau sedang pesat di sekeliling Masjidilharam, kegusaran pasti melanda umat Islam yang cintakan Mekah dan kesuciannya.
Sahabat saya baru saja pulang dari mengerjakan umrah baru2 ini dan dia mengisahkan pada saya akan ‘keracunan’ yang sedang melanda Mekah kini. Tiada lagi kubur para sahabat Rasulullah. Digantikan dengan kompleks membeli belah.  Rumah isteri Rasulullah,khadijah, dirobohkan dan dibina tandas2 awam. Rumah di mana Rasulullah dilahirkan, yang mana sekarang ini digunakan sebagai perpustakaan, juga dalam pertimbangan untuk diruntuhkan. Bukit yang tersergam mengelilingi Mekah diratakan, semata2 untuk mendirikan bangunan2 baru atas nama pembangunan.   Kubu empayar zaman Othmaniah seperti di sisi telah dirobohkan untuk membina hotel mewah. Di tepi Masjidilharam telah terbina menara jam terbesar di dunia. ia juga dikenali sebagai Big Ben Mecca, dan konon2nya sepatut menjadi kebanggaan orang Islam tetapi hakikatnya ia memesongkan tujuan dan niat seseorang semasa bertawaf. Sekarang ini bila orang bertawaf mereka lebih kagum akan Big Ben Mecca daripada Kaabah. Rumah2 lama dan hotel2 sekitar Masjidilharam diruntuhkan untuk memberi laluan kepada hotel2 mewah dan kompleks membeli belah.  Seolah-olah kita berada di Eropah atau Amerika Syarikat. Mekah yang sepatutnya menjadi kota suci dan lambang keagungan Islam kini berubah menjadi kota metropolis. keracunan telah tiba. Dajjal perlahan2 secara halus menanam jarumnya. Apa tidaknya, sekitar Masjidilharam kini ada Starbucks, Haggen Dazs,Burger King, Paris Hilton boutique dan pelbagai lagi keracunan.
Dulu tanah arab kering kontang berpasir, sekarang ini penuh dengan kehijauan hinggakan di Jeddah dah ada Taman Tulip. Sebelum sahabat saya balik dari sana, hujan lebat 2, 3 hari siap dengan kilat sabung menyabung lagi. Dia sempat berjumpa dengan seorang sayyid yang memesan padanya, balik Malaysia nanti bacalah hadith Rasulullah tentang Najd.
diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, al-Tirmidzi bahawa Baginda SAW bersabda : “Ya Allah berkatilah negeri Syams kami, Ya Allah berkatilah negeri Yaman kami. Para sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah : (Bagaimana) dengan negeri Najd kami? Baginda SAW lalu bersabda : Ya Allah berkatilah negeri Syams kami, Ya Allah berkatilah negeri Yaman kami. Dan baginda bersabda pada kali yang ketiga : “Disana (Najad) berlakunya gempa bumi (kegoncangan) timbulnya pelbagai fitnah, dan disana juga munculnya tanduk syaitan.”

Semuga Allah melindungi kita dan memelihara kita dan menuntun kita pada jalan yang benar.

No comments:

 

Bali Accommodation