Tuesday, October 13, 2009

andai ku tahu..

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…

Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…

Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…

Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

UNGU

layan jugak lagu ni.. : )

Saturday, October 10, 2009

telefon tuhan..

salam.
masa gua kecik2 dulu, darjah satu kalau tak silap, tahun '72, gua sekolah kt bukit bintang boys school kt jalan air jernih, petaling jaya. pj masa tu first satellite town in Malaysia. tapi itu cite lain la..
ustaz yg ngajar gua ugama masa tu ialah ustaz kamil. time tu kalau ikut gua punya terkenang + ilusi + imaginasi, ustaz tu memang jenis skema punya la.. pakai spec frame tebal, songkok, baju butang sampai rapat. lembut gaya orangnya masa ngajar tapi time naik angin, pernah dia lempar buku kitorg keluar kelas. siap masuk longkang lagi.. tp itu cite lain la..
yg gua nak cite, ada satu hari tu ustaz bagitau kt kitorg, " sape nak telefon tuhan, boleh." kitorg pun tanya la, "apa nombornya?" "24434", jawab ustaz.
balik sekolah tu terus cari telefon, nak telefon tuhan. masa tu bukan mcm sekarang ni, seme org ada telefon. sampai budak2 sekolah rendah pun ada telefon bimbit. keracunan tu.. tapi itu cite lain la..
last2 jumpa telefon kt bit base polis kt SS3, (masa tu gua duduk kt bit base polis dengan keluarga polis yg lain. mcm dok berek jugak la..) masa anggota polis yg bertugas kt counter pegi ke lain, gua dan kaum pun cepat2 dial nombor yang ustaz bagi td..
haram! apapun tak dapat.. jenuh jugak la try 2, 3 hari. last2 asyik tak dapat je, terus lupa tentang kisah nak telefon tuhan..
lama lepas tu, tak pasti la macam mana, baru la dapat tahu yang nombor 24434 tu rakaat2 dalam waktu solat. adoyai!
sabar je la..
bila dikenang2kan hari ni, kemas kias ustaz kamil tu. tapi terlalu tinggi martabatnya untuk budak2 darjah satu.. iyekan saje.. apapun, salam dan terimakasih untuk ustaz kamil.
layan....

Friday, October 9, 2009

jumaat n solat jumaat n petala2nya..

salam.
hari jumaat tiba lagi, alhamdulillah.
maknanya, adalah lagi hayat kita dikandung jasad.
tiba pada hari jumaat, penghulu segala hari yang tujuh, dituntut kita lelaki islam yang sempurna akal, sihat tubuh badan, dan cukup umur, mengerjakan solat jumaat.
maka, perkemaskanlah solat jumaat kita yang dua rakaat dan dua khutbah tu.
bacaan fatihah yang tujuh petala tu pastikan khusyuk agar ia menyelinap menembusi bulu, kulit, daging, darah, tulang, lemak, lendir yang juga tujuh petala di badan kita, agar terus menembusi tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan pastikan tujuh gerak solat dari berdiri, rukuk, berdiri, sujud, duduk, sujud dan duduk dihayati, ta'kala tujuh bahagian: dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut, dan kedua ibu jari kaki mencecah bumi semasa sujud, sepertimana tujuh liang dikepala kita: dua di telinga, dua di mata, dua di hidung, satu di mulut senyap hilang ditelan syur, maka kembalilah diri pada keadaan sedia ada kekal selamanya yang menunggang di tubuh adam berbangsa muhammad lengkap dengan hayat, ilmu, kudrat, iradat, sama', basar, qalam.

maka, sempurnakanlah solat.

wallahualam.

Tuesday, October 6, 2009

Layan kitab..



salam.

ni kitab yg gua dok baca at the moment. Kaum-Kaum Yang Pupus oleh Harun Yahya. baru beli pagi sabtu lepas kt mamat niaga kitab di pekan sabtu. kiranya mencelikkan minda la jugak, kitab ni. info yang dipamirkan siap dgn dalil al-Quran dan perbandingan dgn kitab2 agama lain. kiranya sandarannya kemas la, senang cakap. buku ni translation dari versi bhs inggeris, Perished Nations. ada sembilan bab semuanya, dari kisah banjir besar Nabi Nuh, Kehidupan Nabi Ibrahim, Kaum Lut, Kaum 'Ad dan Uber, Kaum Thamud, Firaun yg dilemaskan, Kaum Saba', Nabi Sulaiman, dan diakhiri dengan Ashabul Kahfi. kalau lu orang zoom in pada gambar tu bawah sebelah kanan, boleh tenguk cap mohor Rasulullah. racun, beb!

sebelum ni layan kitab Ayatullah Ruhullah Khomeini, Rahsia Solat. racun kitab tu! begitu halus dan indah bahasanya. terjemahan Indonesia.

layan kitab ni menghidupkan jiwa juga, iyela, bila baca teringat je kt Dia, kan.. nampak Dia saja.

tapi gua layan belaka sebenarnya. semua genre layan.. john grisham, stephen king, fatimah busu, pak sako, lat, buku bola, bahan sejarah, ensiklopedia, semuanya gua layan. kadang2 sampai tak terlayan.. : )

yang penting membaca memperkayakan kita dengan ilmu, pengalaman, imaginasi, angan-angan dan pelbagai perkara yang tak mampu kita kecapi dalam hidup ini. itu sebab kadang2 gua tenguk membaca ni sebagai satu escapism. bila kita mampu baca serta menghayati bahan bacaan itu, kita sebenarnya berada di sebuah planet yang berbeza. itu sebab setengah-setengah orang kalau dah membaca tak nak berhenti. sebab? begitu khusyuk dan menjiwai hinggakan tak nak berpisah dengan alam serta kehidupan yang dilayan dalam bacaan itu..


apapun, layan..

Monday, October 5, 2009

kata za'aba..

ilmu alat sangat berguna
idaman orang yang bijaksana
hamparnya luas amat saujana
tepinya ajal sempadannya fana

za'aba

Friday, October 2, 2009

Nia..

salam.
semalam birthday Nia. Hani Dania nama sebenarnya.. Masuk dua tahun.
tapi takde la mak bapak dia buat apa2 yg special pun, kecuali mendoakan kesejahteraan zahir batin dia je. Petang semalam masa cari nasi lemak untuk angah dan along dia yang turut puasa enam, belikan Nia kek. Jangan tak buat apa2 langsung. nanti dia besar, kalau dia tau mak bapak dia tak kisah, kecik hati dia nanti..
jadi, lepas dh buka puasa dan solat, parents n along, angah, alang, achik dia nyanyikan lagu 'happy birthday' untuk dia. siap tiup lilin lagi.. layan.... ambik gambar, rakam video je..
tenguk la petang karang nanti. maybe nak bawak dia beli sesuatu kot.. maybe la..
tapi yang penting sekali, family dia sangat sayangkan dia, walaupun dia masih kecil untuk appreciate perkara yg agak abstrak. but i know she knows that..



i love u, my little sweetheart!


Thursday, October 1, 2009

putikkan sedikit cinta..

Tuhan, tolong putikkan sedikit cinta dalam hati.
untuk aku cambahkan sedikit baja buat teman diri.
Bukan untuk siapa-siapa, tapi untuk Mu.
sebab rasa macam dah lama tak berasa macam tu.
boleh, ya?
adapted from Thumbelina
 

Bali Accommodation