Pagi tadi, setelah beberapa bulan, pergi ziarah Bak n Mak di tanah perkuburan Shah Alam. Sebenarnya dah lama terkenang n teringatkn mereka berdua, tapi tiada kesempatan kerana keracunan dunya tiada hentinya menghambat masa.
Maka pukul 945 pagi bersama missus n Iliya n Nia, kitorang
drive dari Lekio ke Shah Alam. Pukul 1230 tgh barulah sampai. Mulanya ziarah
kubur Mak, bersihkan n cabut rumput liar sambil menyembang cite2 terkini pada
Mak, dan kemudiannya selang 50-60 meter ziarah kubur Bak pulak. Sama macam Mak,
bercerita la pada Bak sambal membersihkan kubur dia. Akhir sekali sebelum
cargas dari situ, kitorang mendoakan agar Allah menerangkan dan melapangkan
kubur Bak n Mak, dan jadikanlah kubur mereka sebagai taman2 syurga. inshaAllah
ameen.
Dan macam biasa kitorang lunch kt kodai nogori Sembilan di bt
3. Lepas tu terus balik rumah Pj. Al takde masa kitorang sampai. Pukul 3 jugak
la baru dia balik. Lepak n nyembang dengan dia sampai 4++, dan memandangkan
jauh lagi perjalanan pulang, kitorang pun cargas la. Sempat jugak jumpa Hakam, kaum
gua dari zaman 70an lagi, walaupun hanya sekadar sebatang rokok je. Dah setahun
lebih tak jumpa, padahal dulu2 tiap kali balik Pj je mesti lepak dengan dia. Tapi
tu la, sejak Bak n Mak takde ni, kitorang pun jarang balik Pj dah. Tu yang lama
tak jumpa.
Akhirnya setelah singgah amik nasi goreng kambing kat
Jazeman otw blk tadi, sampailah kt rumah pukul 720. Lewat la sikit maghrib hari
ni. Apapun Alhamdulillah.
terubat lah rindu, walaupun hanya untuk sekadar waktu.
alfatihah untuk Bak n Mak -
No comments:
Post a Comment