zaman muda2 |
Hj Amin @ Amin Tailor, member gua nyembang2 sekali sekala,
meninggal dunia pagi tadi. Baru hari khamis pergi jumpa dia, hanto baju kurta
yang rentas di dada untuk repair.
Masa jumpa dia hari tu, dia khabo dia demam. Tapi bila gua
salam dengan dia, idak le panas terasa.
“Hj demam ke? Meh try salam dulu.”
“eh, idak panaih pun.. demam urat kot gamaknya”
“Ye la kot cikgu”
“badan haji rasa sakit2 ke? Sendi seme berasa sengal2 ke? Makan
tak lalu, kan.”
“Ya, betui tu cikgu”
“Saya dh pegi klinik dh hari tu, tu ubat dia. Kena rm100”
“Tu bukan ubat demam la haji”
“Pastu?”
“Itu ubat tahan sakit je. Nama pun painkiller. Kalau doctor cakap
tu ubat demam, doctor tu membohong je”
“oh iya ka cikgu, betui jugak, noo”
“Hahahaa betui la, apa yang tak betui nya”
“La ni haji rehat, minum air kosong lebih, mulut pahit tu
makan buah je la”
“nanti kalau esuk saya larat, saya jahit baju cikgu, ya”
“takpe haji, dh sihat esuk2 haji jahit la kt rentas tu. Haji
tampal kain hitam kt bahagian rentas tu, pastu haji jahit la bunga bentuk arrow
ka, bagi meriah sikit orang tenguk hahaa”
“ya, ya cikgu”
Okey la haji, nanti siap haji whatsapp la saya. Terimakasih hj
amin!”
“ya, ya, sama2 cikgu.”
Itulah perbualan terakhir gua dengan hj amin, khamis petang
yang lepas. Pagi tu hj amin ada msg gua, dgn ucapan salam maal hijrah. Layan..
gu pun reply la balik, knnn
Masa gua dapat berita dia meninggal tu, gua otw nk nganto
arief balik asrama kt gopeng. Masa tu gua baru nk sampai sg galah. Adoyai. Petang
pas asar nk kebumi deme khabo. Masa tu jam 3.15. selesai nganto arief, gua pun
pederas la odisi. Ngam2 pkl lima sampai rmh. Gua pun solat n terus cargas pegi
kubur pasir pandak. Bila sampai je kt situ, org ramai tengah kerumun kt tgh2
kubur kt bawah khemah. Gua parking motor n terus lari2 kecil. Sesampai je gua
kt situ, ngam2 ada kaum buka kapan bahagian muka bagi peluang last tengok hj
amin. Kiranya rezeki gua la, beb. Alhamdulillah dapat la menatap hj amin untuk
kali yg terakhir.
Hj amin ni lembut orangnya, dan memang keje sebagai tukang
jahit je dari zaman dia belajo kt itm jalan Othman tahun 70an dulu. Dia pernah
la keje kt Jeddah zaman bujang dulu selama lapan tahun. kumpul duit, dia khabo hahaa. sempat la buat haji tiga kali, n umrah tak tau la banyak mana.
Gua seronok kawan dengan dia sebab dia lembut, cakap lemah
lembut, suka senyum dan tergelak, dan bila gua lepak dengan dia, mesti time dia
tgh jahit la biasanya sambil dengo radio klasik. Layan.. oh, lagi satu sebab
ialah dia dok sorang. Dia pernah kawin, anak enam orang pun, tapi la ni dh
cerai, lama dah, bekas isteri dok dengan anak2 berdekatan situ jugak. Hari2
anak2 dia akan datang jenguk dia kt rumah papan dia kt tepi tong sampah beso kt
batu lapan tuu
Hj amin ni asai orang
sg petani, tp sebab bekas isteri dia org sg tiram lekio, tu yg dia pun dok sini
sudahnya n habis rezeki kt sini jugak lah akhirnya pada umur 63 tahun.
Sebab dia meninggal? Musabab nya adalah asal demam tu, pastu
hari sabtu dia pengsan, elok sat, ahad lembik seme tubuh badan, hanto hospital
masuk ccu. Petang semalam meriah macam biasa je, kata anak dia. Pagi tadi siap
cal anak dia bgtau “abah nk makan biskut. Bawak mai, tau”. Tau2 je pkl
10setengah+- pagi tadi dah sampai janji dia. Peh! Mudah je zahirnya, knn
Berakhirlah riwayat hj amin, sahabat gua for the last ten
years or so. Semuga Allah memberkati n mengasihani sahabat gua ini. Gua akan
merindui saat2 gembira bersama dia pastinya. For now, let me drown in my sorrow
for a bit.
No comments:
Post a Comment