yang besar, dikecil
yang kecil, besar.
memang kebenaran
sedang bertengkar.
yang badutan
kasar,
yang mangsa, sabar.
tapi keadilan pasti menggegar.
tangan terlindung
makin berkasar’
kali ke berapa
Guan Eng digempar?
tapi alam membentuk hemahnya,
dalam bahaya pun pedas lidahnya.
dirinya bersedia mati berdiri
daripada hidup melutut kaki.
A Samad Said 1 Julai 2016
No comments:
Post a Comment