Dalam kebah sebegini
Pelbagai menjelma
Fikiran menerawang
Ke awal usia
Kenang-kenangan lama
Suka duka semua
Menyentuh hati
Dalam kebah sebegini
Segala dirindui
Kawan-kawan yang telah pergi
Memori-memori yang telah sepi
Terpahat kekal
Di dalam hati
Hanya sedetik hidup ini
Walau bertahun-tahun dilewati
Rindu pilu sendu kaku
Dilipat menjadi Satu
Dalam kebah sebegini
kutu
No comments:
Post a Comment