Tuhan jadikan syurga dan neraka.
Kami penduduk neraka. Kami dari
neraka nak complaint kenapa syurga kecoh sangat. Sedangkan di syurga banyak tok
guru, alim ulama, ustaz dan sebagainya. Sedangkan kami penduduk neraka aman
damai. Mungkin kalau ada alim ulama, tok guru dan ustaz di neraka, neraka pun
jadi kecoh.
Buktinya sekarang syurga kecoh.
Tetapi neraka aman damai.
Nyatanya, negeri penduduk yang akan
pergi ke syurga di dunia pun dah kecoh. Itu belum sampai syurga apatah lagi
kalau dah sampai tentu berperang besar di syurga. Itu bukti nyatanya.
Manakala negara-negara Amerika,
Australia, Perancis, England dan lain-lain lagi penduduknya bakal pergi neraka
tetapi negerinya aman damai di dunia. Itulah buktinya neraka aman damai.
Tidaklah sepertinya syurga negara-negara Iraq, Syria, Mesir, Palestin, Lebanon
dan hampir nak kena pada Malaysia, negaranya kecoh. Begitulah kalau dah sampai
syurga nanti, tentulah bukan kecoh lagi, berperang besar, bertempiaran lagi
bidadari syurga.
Kami semua penduduk neraka, kami dah
aman damai kat neraka. Kami tidak suka peperangan.
Zaman pari-pari dan mambang sudah
berlalu. Begitulah juga zaman para Wali Songo dan ulama sudah berlalu lebih
kurang 1,400 tahun lalu.
Hari ini zaman Islam berperang sesama
sendiri. Dalam semua sejarah, ulama daripada semua agama, belum ada bukti ulama
berjaya mentadbir negara.
Kalau pun berjaya akhirnya akan
musnah sebab tidak mengikuti peredaran zaman. Sedangkan zaman Nabi SAW pun
masih berperang. Adakah kita nak mengikut contoh orang yang suka berperang?
Macam saya, Kapal Besi tak suka berperang,
agaknya ramai juga yang macam saya tak suka pada peperangan. Kami rindukan
kedamaian.
Bila agaknya Malaysia boleh damai
sesama Islam?
Sesetengah pendapat jihad kerana
agama tapi kalau nak berjihad kena menggunakan akal dan berfikir, jangan membuta
tuli. Sedangkan orang Islam berjihad pakai pedang dan naik kuda.
Itulah sejatinya jihad. Macam mana
kita nak berjihad sedangkan orang-orang yang bukan Islam menggunakan teknologi
moden seperti peluru berpandu dan banyak lagi kemajuan teknologi peperangan.
Buktinya yang nyata.
Palestin itu berjihad. Negaranya
hancur lebur. Nak menyalahkan siapa? Kalau diikutkan jihad, itulah jadinya.
Untuk berjihad kita menggunakan akal
dan fikiran. Bukankah itu sudah berlalu 1,400 tahun dulu, kenapa nak dibuat
contoh sekarang.
Palestin menjadi hancur lebur. Itukah
takdir Allah?
Mahukah kita di Malaysia
menjadikan seperti Palestin.
Katanya “Parti tanpa ulama buta,
ulama tanpa profesional itu tempang”
Kita mesti ingat, parti bukan agama
dan agama bukan parti. Begitu juga budaya bukan agama dan agama bukan
kebudayaan.
Orang ramai tidak dapat membezakan
antara agama dan parti politik. Agama dan parti politik umpama minyak dengan
air tak boleh bercampur, kalau pun boleh bercampur tak boleh bersatu. Itulah
nyatanya.
Janganlah kita jadi orang buta
memimpin orang buta.
Negara-negara bukan Islam yang tanpa
ulama kenapa negerinya maju, bersatu dan aman damai? Sedangkan Palestin, Iraq,
Mesir, Syria ulamanya berlambak-lambak tak terkira. Tapi negerinya makin
kelam-kabut. Itu buktinya.
Negara-negara seperti di
Amerika, Perancis, England, Australia dan sebagainya aman serta memakmurkan
dunia.
Negara-negara yang disebut tadi tidak
ada ulama pun kenapa tak huru-hara. Sebab ulama tidak masuk campur pentadbiran.
Sebagai contoh negara China memiliki
berjuta-juta umat Islam, kenapa damai? Sebab agama dan politik tidak bercampur,
kerana orang China menggunakan akal dan fikiran. Pemerintah tidak mengganggu
agama dan agama pun tak mengganggu pemerintah. Itu sebab ia aman damai.
Saya pun rasa iri hati kenapa negara
yang tiada alim ulama negerinya aman damai. Siapa yang tak mahu kedamaian?
Sebagai alim ulama mesti tahu apa itu
amarah, alu’ama, supiah, mud’mainah.
Apa itu mud’mainah?
Sepatutnya alim ulama mesti tahu
perkara yang disebut tadi. Bukankah alim ulama menjadi contoh kepada umat lain.
Yang dikatakan tok guru dan ulama itu lain, mestilah tingkah lakunya berbeza
termasuk kata-kata dan tutur bahasa, pendengaran dan penglihatannya.
Kerana ia menjadi contoh dan ikutan
pada seluruh umat Islam. Kalau sudah alim ulama sendiri macam lanun, macam mana
kita nak ikut perangai seperti itu.
Tapi tak tahulah kalau orang lain
yang suka cara lanun, cara gengster, macam Osama Bin Ladin. Itulah kalau saya,
Kapal Besi memanglah tak suka. Sebab saya suka aman damai. Tok guru, tuan guru
mursyid, ulama atau ustaz atau apa sajalah gelarannya, saya tetap suka
kedamaian. Bukankah dalam Islam mestilah bermula dengan :
“Bissmillahi’rrohmaa’nirrohim”
bererti kasih sayang iaitu aman damai.
Kenapa kita mesti berpecah belah dan
tidak aman. Cuba lihat agama lain seperti Hindu, Buddha dan Kristian. Tidak ada
yang kecoh.
Saya terasa sangat malu kenapa Islam
sahaja seperti itu.
Alim ulama dan tok guru sekarang
diakui tinggi ilmu agamanya tapi sayang tidak faham apa itu alu’ama, amarah,
supiah dan mud’mainah.
Seseorang alim ulama dan tok guru
mesti tahu dan memahami perangai yang dinyatakan, barulah boleh disebut alim
ulama.
Kalau masih kurang faham, saya
nasihatkan carilah guru yang memahami. Selepas itu barulah layak digelar ulama.
Kalau tidak, eloklah berhenti memakai gelaran tersebut.
Kami semua berharap dan
mengalu-alukan supaya ulama dapat menjadi contoh dan membimbing kepada
semua.
Saya, Kapal Besi dan ramai lagi
rindukan kedamaian.
Orang-orang yang dibingungkan akan
tertarik pada pandangan iblis dan pandangan athies.
Dalam keadaan yang terpedaya seperti
ini harapan-harapan mereka untuk mencapai kebebasan, kegiatan mereka untuk
membuahkan hasil atau pahala dan perkembangan pengetahuan mereka semua akan
dikalahkan. – 13 Jun, 2015.
No comments:
Post a Comment