Sunday, August 3, 2014

“Berapa Tuhan orang Hindu?”

Memandangkan rakan-rakan yang bertanya adalah Melayu-Islam, maka saya akan berusaha menggunakan sudut Islam untuk membantu menjawab kemusykilan mereka. Secara paling asas, saya akan nyatakan hakikat bahawa agama Hindu diakui sebagai agama tauhid yang pertama di dunia.
Jawapan itu sepatutnya sudah cukup untuk menjawab pertanyaan berkaitan "berapa Tuhan" tetapi selalu juga rakan-rakan kurang faham - entah tidak faham makna "tauhid" dalam konteks agama atau jawapan saya terlalu ringkas dan sukar dicerna.
Maka, biasanya saya akan menjelaskan bahawa makna "tauhid" yang saya maksudkan adalah sama seperti dalam ajaran agama Islam. Saya akan nyatakan konsep "Eka Aneka" yang juga biasanya membuatkan orang terkebil-kebil.
Eka Aneka, Asmaul Husna
Sesungguhnya "Eka Aneka" adalah istilah Sanskrit tetapi sudah diserap masuk dalam Bahasa Malaysia. "Eka" bermakna "satu" atau "tunggal" - atau selalu disebut sebagai "Esa" dalam konteks Islam. Maka, dalam agama Hindu - agama tertua di dunia - Tuhan adalah Eka/Satu/Tunggal.
Istilah "Aneka" pula difahami dalam konteks Bahasa Malaysia sebagai "pelbagai" (dari Bahasa Tamil!) atau "bermacam-macam". Tuhan yang berciri "Eka" (Tunggal/Satu/Esa) juga bersifat "Aneka" iaitu dikenali dengan pelbagai nama mengikut sifat-Nya.

Maknanya, walaupun dikenali dengan pelbagai nama yang berbeza, Tuhan dalam agama Hindu tetap Esa. Mana-mana pihak atau individu yang mengatakan sebaliknya ternyata bukan bercakap mengenai agama Hindu. Sebaliknya mungkin bercakap mengenai suatu ajaran sesat yang dia sendiri cipta bagi menduakan Tuhan.
Berhala Dewa Ganesha dalam pelbagai rupa dan bentuk sangat terkenal di Bali. 12 Ogos, 2013.
Berhala Dewa Ganesha dalam pelbagai rupa dan bentuk sangat terkenal di Bali. 12 Ogos, 2013. -
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/uthaya-sankar/article/berapa-tuhan-orang-hindu#sthash.RYWtytZQ.dpuf

2 comments:

Anonymous said...

Salam Tuan..perlu lebih mengkaji. Ada konsep trymurti iaitu barahma wisynu dan siva. Di sini ada kesamaan dgn konsep trynity dalam kristian. Harap tuan maklum.

ku2 said...

waalaikumussalam wbh anon 1.52

terima kasih atas pencerahan.

 

Bali Accommodation