Saturday, April 20, 2013

khusyuk dalam solat


Adapun erti sembahyang yang sebenar-benar yang menyembah itu ialah Hamba. Yang disembah itu Tuhan. Yang menyembah itu Fana’, Yang disembah itu Baqa’. Yang Hamba itu pulang kepada Ad’domnya*1. Maka kekallah Tuhan semata-mata pada Syuhud*2 kita.
Yang menyembah pun Ia, yang disembah pun Ia, Yang memuji pun Ia, Yang dipuji pun Ia. Kerana Allah Ta’ala memuji dirinya melalui atas lidah-lidah hamba-hambanya itu. Maka ialah Tuhannya.
Maka yang hamba itu tentulah Fana’ sehabis-habisnya. Sabit ditilik sekelian dirinya habis terpulang kepada Allah Ta’ala sekeliannya. Kudrat Iradat sekelian itu daripada Allah Ta’ala semata-mata. Maka tentulah Fana’ dirinya. Maka hanyalah Zat Allah semata-mata yang nyata kekalnya hingga kepada Salam. Inilah yang kita Syuhud.
Inilah yang sebenar-benar sembahyang. Wallahua’lam.

Zaker Zain

No comments:

 

Bali Accommodation