Sistem
mengarut bebankan guru
Oleh:
Mental Terbeban
Sebelum
ini kerajaan telah menguar-uarkan untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi
mengkaji bebanan tugas guru. Sejak tahun 2010 sehingga 2013, jawatankuasa ini
masih belum mengemukakan apa-apa penyelesaian bagi isu ini. Belum pun kerajaan
mencari jalan penyelesaian untuk bebanan yang disebutkan sebelum ini, timbul
pula bebanan-bebanan baru.
Akhir-akhir
ini, guru-guru dibebani dengan pelbagai lagi kerja perkeranian secara online
dan bukan online. Jika dulu guru hanya perlu mencatat markah pelajar dalam buku
rekod, kini terpaksa menghadap komputer berjam lamanya untuk memasukkan
pelbagai jenis data dalam pelbagai jenis perisian komputer seperti SAPS, SMM,
APDM, SSDM, SSDM-A, SPPPBS, NILAM, dan dan lain-lain lagi. Bayangkan bukan
sahaja segala maklumat pelajar di bawah tanggungjawab kami untuk kami isi,
malahan guru-guru juga telah menjadi pegawai kesihatan di sekolah. Kami jugalah
yang menimbang berat pelajar dan mengira BMI untuk setiap pelajar, menganalisis
dan merekodkannya pada setiap bulan.
Dengan adanya sistem PBS (Pentaksiran
Berasaskan Sekolah) pula, waktu tidur bukan lagi pukul 11 malam, tetapi pernah
sampai pukul tiga pagi saya menghadap komputer. Saya sentiasa tidur lambat
untuk menyediakan dan menanda latihan dalam kapisiti yang begitu banyak setiap
minggu sejak PBS dilaksanakan. Demam kami dibuatnya. Saya tidak mampu
menyiapkan kerja-kerja PBS seperti membina instrument sendiri, meriso kertas,
menanda, menyemak, menyusun dan memasukkan data ke dalam sistem di mana
melibatkan 160 orang pelajar bagi setiap 216 soalan. Masalah paling besar ialah
semasa ingin memasukkan 160 band pelajar ke dalam sistem. (160 X 216 = 34,560
data). Selepas dimasukkan dalam sistem, kami terpaksa menggeledah fail untuk
memasukkan latihan untuk semua pelajar. Jadi bayangkan berapa banyak data dan
masa harus diambil untuk menyiapkannya. Sistem sedia ada pula tidak mesra
pengguna dan kerapkali menghadapi ‘internal error.’
Bukan
sahaja guru-guru merasai keperitan PBS, malahan pelajar apabila ditanya juga
mengatakan, “Ruginya masuk tingkatan satu tahun ini (tahun lepas).” Mereka
menunjukkan reaksi muak apabila nampak sahaja kelibat guru. Setiap guru yang
masuk selepas sedikit penerangan, akan memberikan latihan sehingga ujian yang
mereka hadapi dalam satu hari bertubi-tubi melebihi “input”.
Di
sekolah kami berhempas pulas menyiapkan kerja-kerja ko-kurikulum, mengisi data,
terlibat dalam AJK kecil untuk pelbagai jenis program, menjalankan kelas
tambahan dan lain-lain lagi, di rumah juga kerja terpaksa disambung sampai ke
pagi. Kami bukanlah robot. Dengan pelbagai tugasan ini, bilakah masanya untuk
kami membuat persediaan untuk masuk mengajar dan menjadi pendidik yang efektif?
Bila
ditanya tentang PBS dan keluar di kaca televisyen, segala komentar yang
diberikan nampak positif, tetapi untuk mengetahui hakikat sebenar, turun dan
lihatlah sendiri keadaan guru-guru di sekolah yang makin tertekan. Kami rasa
benar-benar diperbodohkan dengan Dialog: Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang
disiarkan pada 20 Februari 2013 jam 10 malam di TV1 kerana seluruh guru di
Malaysia tahu situasi yang sebenar adalah sebaliknya.
Kami
terfikir-fikir mengapakah kerajaan mengambil sistem PBS yang telah dimansuhkan
oleh banyak negara maju? Mengapa kerajaan tidak mengkaji dengan mendalam sistem
ini? Di negara maju PBS dilaksanakan kerana bilangan pelajar dalam setiap kelas
adalah sedikit, guru dibantu oleh “teacher assistant” tambahan pula silibus pelajaran
juga sangat sedikit dibandingkan dengan Malaysia dan di setiap kelas ada
fasiliti yang lengkap.
Saya
sebagai rakyat Malaysia sedih dengan pembaziran secara besar-besaran dalam
perbelanjaan yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekejap mahu
aplikasi sistem PPSMI, sekejap mahu mansuhkan PPSMI. Ini jugalah yang akan
berlaku pada sistem PBS. Apabila pimpinan sudah bertukar, sistem pun akan
berubah. Bukankah ini pembaziran namanya. Penukaran buku teks sahaja melibatkan
perbelanjaan jutaan ringgit dan ini tidak termasuk kos-kos lain yang lebih
besar seperti kursus untuk guru-guru dan lain-lain lagi.
Kasihanilah
kami. Di manakah janji kerajaan ingin mengkaji bebanan tugas guru-guru kerana
kini bebanan kami bertambah lagi? Kami juga ingin melapangkan masa bersama
anak-anak kalau bukan setiap hari pun, sekurang-kurangnya pada hujung minggu
kami ingin mengenepikan sebentar kerja-kerja yang berlambak dan keluar makan
bersama suami dan anak-anak. Bukankah falsafah pendidikan negara menekankan
“berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat menyumbang terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”. Kami, guru-guru
benar-benar perit dengan apa yang kami terpaksa kami lalui hari ini.
Marilah
kawan-kawan sekalian, untuk PRU kali ini kita bersatu padu tanpa mengira
bangsa, agama, budaya, latar belakang dan fahaman politik menolak sistem
pendidikan sedia ada yang menghempap guru-guru pada hari ini.
Jangan
sudah terhantuk baru terngadah, cukuplah dengan rekod kita menjadi antara warga
paling ramai mengisi ruangan wad jiwa, marilah kita sama-sama berdoa dengan
cara masing-masing agar bebanan yang menghempap di dada kita akan terlepas
dengan kejayaan parti pembangkang.
Sampai
bilakah kita harus membuat begitu banyak kerja perkeranian, kerja pemfailan,
pengisian pelbagai jenis data, penandaan, pengisisan data dan penyusunan
beratus latihan PBS, aktiviti ko-kurikulum, majlis dan aktiviti rasmi sekolah,
kursus, mesyuarat, penandaan buku latihan, kelas tambahan dan bermacam bagai
lagi yang begitu banyak sehingga tidak mampu disenaraikan satu-satu. Kita
dipaksa melakukan segalanya sedangkan kita bukanlah Aladdin dengan Lampu Ajaib.
Kita hanya ada 24 jam sehari. Aladdin pun boleh lari bila tengok senarai tugas
yang dicampakkan atas kepala kita.
Marilah
kita berikan peluang kepada parti pembangkang untuk membuktikan kata-kata
mereka untuk membela nasib guru-guru. Biarlah Menteri-menteri yang cerdik
pandai tahu kita warga pendidik juga mempunyai suara dan ada masanya akan
berasa letih. Marilah kita berganding bahu menyokong parti pembangkang supaya
suatu hari nanti kerajaan pada hari ini akan buka mata kepada keperitan yang
terpaksa kita lalui saban hari.
artikel dari rojakpasembor.blogspot
No comments:
Post a Comment