Peludah Anak Merdeka
Pui!
aku peludah anak merdeka
berkahak jijik dari bunga-bunga wangi
bernama mawar melati dan kenanga
yang menjadi penjilat lendir bertaburan
Pui!
aku peludah anak merdeka
berkahak jijik merosak nama
menconteng arang di muka Negara
menconteng dindingan mencatat
Saadah mulut busuk Fatimah juling
di tepian tangga pengawas korup
Pui!
aku peludah anak merdeka
yang menjadi penjilat di tandas
menghirup asap dari dubur
hanya sepuntung berkongsi tiga
pengawas kempunan kecundang jua
pui!
aku peludah anak merdeka
yang menjadi penjilat suka ria
tidak berilmu walau setitik di lautan
walau beribu sudah dibicara
namun kujilat lendir bertaburan
ketika jadual waktu bersenggang
kusemai benih kenanga
kusiram seroja
kubaja melati
muga mereka menjadi penjilat tanah air
yang suci ini
kerana mereka cucu cicit merdeka
Negara ku Malaysia
*dikarang dan disampaikan oleh Cikgu Ahmad Roslan
sempena sambutan hari Malaysia peringkat sekolah semalam..
No comments:
Post a Comment