Tuesday, August 24, 2010

sengsara urutan kung-fu


salam.

sebulan dua ni badan gua sakit2, sengal2, tapi masih lagi tahap boleh dilayankan la.. fitness masih maintain, beb, paling koman main bola waktu pj dengan budak2 kt sekolah. tapi dh tua gamaknya, tu yang sengal2 je ni.. depa kata kita mesti nk amik supplement: agar boleh cargas dan tak lesu. jadi gua pun ada la jugak makan omega 3 sekali-sekala. memang ok, gua cakap lu, bila makan je belah malam, the next day mesti cargas! tapi gua makan jarang2, bila berasa lesu je la.. celah2 tu gua minum jugak air akar kayu. air amende gua tak pasti, kaum bagi, tapi memang kelat giler.. kale nya coklat2 hijau. ada kaum gua cakap ketom tu.. iyekan saja. tapi bila minum air tu, memang badan rasa rock steady je @ ala-ala mantul. buat keje pun no hal punya la..
tapi the main problemo adalah badan gua punya sengal tak hilang2. lesu kiranya dh boleh cover la, dengan makan omega 3 @ minum air akar kayu. tapi sengal ni menjadi-jadi pulak.. adoyai!
kebetulan ada kedai refleksologi @sinseh kt pekan kg koh, dekat la jugak dengan rumah gua. kaum gua cite tempat urut tapak kaki terbaek! jadi last saturday gua pegi la dgn missus gua. rezeki kitorang, sampai je sana xde orang. amoi sorang tu urut kaki missus gua, ada brader cina ni urut kaki gua. peh! dia punya urutan n tekanan, memang menusuk sakitnya, terutama kt ibu jari dan tengah tapak kaki. brader tu cite klu sakit sangat maknanya gua ada stress, tido tak cukup, sakit tengkuk n bahu, dan macam2 lagi la. kebetulan gua sakit kt tengkuk lbh kurang 2 minggu dh. jd, dia pun suggest urut badan pulak, tapi hari tu xleh la. di suruh dtg lain kali pulak.
nak jadi cite, semalam balik sekolah, gua ada lapang sikit. gua pun cal kedai cina tu. dia cakap dtg la.
sesampai kt sana, tokei dia ajak gua masuk bilik. jeng! jeng! jeng! bilik tu cahayanya suram je , beb. pastu dalam bilik tu dibahagikan kepada empat bahagian, dipisahkan dengan langsir mcm kt hospital. dia suruh gua baring, meniarap. gua tanya , nk bukak baju n stokin ke, dia bilang xpayah. pada katil @ stretcher @ sofa tu, pada bahagian kepala ada lubang. rupa2nya bila meniarap, muka masuk kt lubang tu. peh! lain macam ni. bila gua baring dengan berpakaian, tokei tu tutup belakang gua dgn selimut. pastu dia pun start ngurut cara tradisi @ refleksologi. harapan gua untuk mendapat belaian mesra hancur berkecai bila brader tokei ni menggunakan genggaman, siku, tapak tangan, dan tah apa2 tah lagi untuk menekan badan gua di setiap sudut. ya Allah, dia punya sakit! gua rasa nak menjerit sangat2, especially bila dia nak pecahkan ketulan2 pada urat @ urat simpul kt belikat gua, pinggang, dan macam2 tempat lagi la.. memang masa tu tuhan je la tahu betapa sakitnya, dan gua hanya dapat berkata dalam hati, "cepat la habis, cepat la habis!" gua memang menjerit pun, tapi soundless la. rasa gua muka gua mesti macam cekadak masa tu, menahan kesakitan yg teramat. the pain was killing me, excruciatingly killing me.. nak suruh tokei tu berhenti, x rugged la, kan.. jadi, nak x nak, tahan jugak. dan selepas 40 minit enduring the massage @ pain @ torture, sesi ngurut pun tamat la. tokei tu siap bahasakan gua jangan minum ais, jangan makan benda goreng, minyak, nanti kolestrol sumbat blood vessel, boleh kena strok. gua dengar tu, terkedu kejap.. balik terus singgah farmasi beli fibre oat untuk serap kolestrol.. konon2nya nak makan nanti la.
masa nk balik tu, rasa longlai tubuh gua, siap dengan sengal yang bertambah2 pulak. terus demam, beb! punya la hebat penangan urutan kung-fu tokei tu.. ni pun masih terasa sengal2 lagi. kalau dikenangkan semalam, memang tobat tak pegi dh. tapi bila difikir2kan, minggu depan gua mesti mau repeat. mau test power! semuga hilang sengal nanti. alah bisa tegal biasa, kan..
layan..

No comments:

 

Bali Accommodation