Wednesday, April 14, 2010

cite minggu lepas..

salam.

ada dua perkara yang agak touching, konon2nya, yang saja2 nak dikongsikan tentang minggu lepas. selebihnya, hidup is as usual2 je..
hari isnin lepas, sampai hari jumaat, pertandingan bolasepak b-15 tahun antara sekolah peringkat daerah bermula. sebagai manager n coach, gua targetkan team ke peringkat semi, memandangkan defenders hampir semenya main dengan team b-18 hari tu. jadi, ada experience la konon2nya.
first game, lawan smk ambrose, menang 5-3, tapi keeper cap ayam jugak. terpaksa la game2 seterusnya suruh stopper main keeper, sebab memang stopper gua tu pun keeper first choice. second game lawan smk acs menang 2-0, dan layak ke suku akhir. game memang control habis. walaupun players gua kecik2 je, tapi disiplin dan semangat tinggi, beb. memang acs tak lepas langsung. gua ajar diorang main patience game. masuk suku akhir lawan smk changkat beruas, menang 2-0 jugak, dan tercapai la target masuk semi. alhamdulillah.
semi lawan smk batu sepuluh, memang kudrat lawan kudrat. jenuh gua sebagai coach jerit kt tepi padang, dan nak jadi rezeki, masa kedudukan 1-1, tinggal lagi 5 minit, left winger gua gentel bola dari tepi line, gelecek dua orang defender, dan dengan angle yang sempit, dia berjaya menjaringkan gol kemenangan. peh! masuk final, beb, gua cakap lu! setelah lima tahun tak main final, tahun ni dapat merasa main final, dan jumpa team favourite, smk manjung, dan main kt stadium manjung. game even je, walaupun manjung punya pattern game lagi cantik la. tapi tah macam mana keeper gua yang bagus sebelum2 ni, melepaskan gol2 mudah je. standard gol kategori bangang la, senang cite. first half je dh ketinggalan 0-3. masa half-time, gua beta kaw2 punya players gua. second half team gua main lagi semangat, tapi setakat tu je la, dan kedudukan kekal 0-3 sampai akhir game. syukur la, alhamdulillah, walaupun kalah, tetap menang, tapi dalam ertikata berbeza la, kan.. tak sia2 la kulit gua tanned (sebab berlatih dengan players mula jam 4 ptg), dan suara gua serak2 ala ramli sarip (sebab jerit tak sudah2 masa game), kan.. : )
hari isnin yang sama selepas game lawan ambrose, gua pegi klinik gigi. klinik gigi wong, namanya. kali terakhir gua pegi klinik tu rupa2nya adalah pada tahun 1999. peh! punya la lama, tapi begitu la rekod pada kad daftar gua. ha! jangan lu sangka gua tak pernah pegi check gigi, ek.. tahun lepas gua ada pegi jugak, tapi klinik lain. tapi klinik tu doktor dia berlagak, dan membebel tak henti2. dia ingat gua pegi klinik KERAjaan kot. gua bayar la lu punya service! tu yang pegi klinik wong tu..
pegi klinik gigi tu sebab gigi geraham gua yang atas sebelah kanan hujung sekali pecah separuh. jadi, bila makan je makanan sangkut. sikit2 nak kena berus, mana tahan, beb! gua ingat boleh la tampal, tapi doktor tu cakap tak leh, mesti nak cabut. cabut? tu yang seriau tu.. bukan apa, fobia tang kena injection kt gusi tu.. tapi rupa2nya tak payah inject, main spray je. mula2 gua ingat apahal la dia spray kt gusi gua. sejuk je rasa. rupa2nya tu la yang bagi kebas. mula2 tak perasan apa2, sebab mulut ternganga dan mata tutup je. dalam hati selawat tak henti2 dan minta Allah jauhkan rasa sakit. tapi tiba2 gua rasa kepala gua goyang2 n gegar sikit. laa! doktor tu tengah menarik gigi geraham gua rupanya. ada la seminit dua, gigi tu pun habis la hayatnya. tapi doktor tu kena jahit sikit kt gusi sebab darah tak berhenti. yang penting, tak sakit langsung.
peh! akhirnya, selesai la masalah gigi gua tu.. tak payah inject rupa2nya, ek..

d moral of the story: tentang bola tu, Dia bagi kita lebih dari yang kita minta. ha! apa cite?
dan tentang cabut gigi tu, jangan la gelabah tak tentu pasal. bawak bertenang dan minta kt Dia sungguh2, nescaya Dia bagi cash, gua cakap lu..

No comments:

 

Bali Accommodation