Thursday, April 29, 2010

kiblat

salam.
ketahuilah oleh mu hai talib, bahawa sanya kiblat solat itu tiga perkara:
kiblat tubuh, kiblat hati, kiblat nyawa.
adapun kiblat tubuh kepada kaabah Allah. maka sekalian islam yang solat itu hendaklah mengadap kaabah, jika tiada mengadap kaabah, tiadalah sah solatnya itu. maka hendaklah dihadapkan dada kita kepada kaabah Allah, yakni sekalian urat dan darah dan ruh mengadap kaabah Allah.
adapun kiblat hati itu kepada Tuhan dan hendaklah kita iktikadkan tiada ia di kiri, tiada ia di kanan, tiada ia di atas, tiada ia di bawah, tiada ia di depan, tiada ia di belakang, tiada ia dapat ditempatkan pada satu tempat tetapi ada ia meliputi sekalian alam. "Ia serta kamu barang mana ada kamu nyatalah Allah." demikianlah iktikadnya hadapkanlah mata hati kita yang nurani lagi suci kepada Allah.
kiblat nyawa itu pada rahsia kerana nyawa itu sentiasa bercahaya dengan tuhannya maka adalah yang dianugerahi oleh Allah Taala iaitu dengan tujuh sifat: hayat, ilmu, kudrat, iradat, samak, basar, kalam; maka hiduplah kita memakai sifatNya belaka.

bersambung, insyaAllah.

wallahualam.

kitab tulistanganje

1 comment:

aku said...

salam ku2,

sungguh bermanfaat..

 

Bali Accommodation