salam.
hari ni mood @ perasaan berubah2 secara kontras yang agak ketara.
pagi tadi sukan olahraga sekolah kt stadium tldm. sebelum mula acara, hari hujan, agak lebat, menyebabkan hawa sejuk dan menyegarkan. memang seronok sangat la hari sukan macam ni. gua pulak bertugas sebagai ketua pelepas peserta. semuanya berjalan lancar: dengan opening yang colourful oleh kontinjen perbarisan, perasmian yang ringkas, acara berjalan seperti dalam jadual, kiranya semuanya line clear @ smooth sailing. gua punya keje bagi taklimat kt peserta sebelum semua acara larian je. takde la susah beno, tapi technical aspect mesti tau la, beb!
tengahari zohor baru sampai rumah. lepak la jugak badan. pas solat n lunch, terus bermalas2an sampai asar. petang cargas macam biasa la.. dekat waktu maghrib gua pun masuk rumah, tenguk kt handphone miscal dari kaum dekat 10kali.. ada satu voice message masuk, gua dial 1313 terus dengar message dari mashor bahawa mye, member yg gua jenguk minggu lepas, dah meninggal. innalillah wainailaihirajiun. ngam2 seminggu lepas gua tenguk dia, 445 ptg sabtu lepas, dan tadi dia meninggal 445 ptg jugak lbh krg.
terkedu jugak jap.. ye la, baru je jumpa minggu lepas, minggu ni dh takde. dia tua dari gua 2 tahun. mye memang kamcing dengan gua satu ketika dulu. time cherry boys dulu. the 80s.. peh! lama tu, kan.. mye la yang cite kt gua tentang ketuhanan, mantol sama2, makan tido sama2, main gitar lagu2 sentimental, buat macam2 keje gile. ada satu lagu yang gua ingat sampai hari ni, antara yang mye ajar kt gua, lagu ebiet g ade, 'kamelia iv'. rangkap akhirnya:
di sini di kamar ini
yang ada tinggal gambar mu
ku simpan dekat
dengan tidur ku
dan mimpi ku
kalau di umpamakan, begitu jugaklah mye pada gua.
mye, i'll miss u..
Saturday, March 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
innalillah wainailaihirajiun. Semoga roh nya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh..Amin...
Ader sukan olahraga kat sekolah ke?
Nape tak jemput saya? saya suka lari2 nih.. klu sy bercampur ngan budak2 skolah tu, mesti diorang tak perasan sy dah 25...hehhe..
salam deena.
bila2 kita race, nak? 6km dh la..
amcm? ha!
wslm..
10km bley..6km mesti la bley..Sy on jer.. jom!
Post a Comment