Friday, March 26, 2010

cite solat

salam.

Baqir al-Ulum meriwayatkan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda:
"saat seorang hamba bangkit melaksanakan solat, Allah Taala menatapnya, hingga dia selesai dari solatnya. dan rahmat menaunginya dari atas kepala hingga ke ufuk langit, para malaikat mengitarinya dari sekeliling dirinya sampai ufuk langit. Allah menguasakannya kepada malaikat yang berdiri di arah kepalanya dan berkata, 'hai orang yang bersolat. kalau kamu tahu siapa yang sedang menatap mu saat ini, tentu engkau tidak akan berpaling dan ingin selalu berada di tempat ini untuk selama-lamanya.' "

harus diketahui bahawa pokok semua solat adalah rakaat tunggal, sedangkan rakaat-rakaat lainnya, baik dalam solat fardhu atau sunat, ada demi menyempurnakan rakaat yang satu ini.

dari Syaikh al-Amuli ra dalam Wasa'il nya meriwayatkan hadis dari Uyun al-Akbar dan al-Ilal dengan sanad dari ar-Ridha as:
"asal solat dibuat dua rakaat. pada sebahagiannya ditambah satu rakaat, pada yang lain ditambah dua rakaat, dan pada sebahagian lain tidak ditambah sesuatu pun. kerana asal solat hanya satu rakaat, kerana asal bilangan adalah satu. Allah Azza wa Jalla mengetahui bahawa para hamba tidak akan mampu menunaikan satu rakkat tersebut dengan sempurna dan selesai. maka disertakan padanya satu rakaat lain agar menyempurnakan kekurangan dalam rakaat yang pertama. maka Allah Azza wa Jalla mewajibkan asal solat dua rakaat.
kemudian, Rasulullah saw mengetahui bahawa para hamba tidak akan mampu menunaikan solat dua rakaat ini dengan sempurna sebagaimana diperintahkan, maka pada solat zuhur, asar dan isya', ditambahkanlah dua rakaat untuk menyempurnakan dua rakaat yang pertama...."

wallahualam.

No comments:

 

Bali Accommodation