salam.
bab yang kedua pada menyatakan perbuatan tariqat.
ketahui bahawa tariqat itu tiada lain dari haqiqat, kerana tariqat permulaan haqiqat, seperti syariat permulaan tariqat.
sabda rasulullah saw: tariqat itu perbuatan ku.
adapun permulaan tariqat itu tawbat, seperti tawbat nasuha dari segala yang madi, kerana firman Allah: hai segala kamu yang beriman, tawbatlah kamu kepada Allah dengan tawbat nasuha, yakni sesudah tawbat jangan kembali lagi. 66:8
lagi firman Allah: bahawa sesungguhnya Allah kasih akan orang yang tawbat, dan kasih akan orang yang menyucikan diri. 2:222
dan tariqat itu tarqul-dunya, yakni tidak menaruh harta dunya banyak, lebih dari dimakan dan diperkain. seperti sabda rasulullah saw: barangsiapa yang menyerah diri pada Allah, padalah.
dan tariqat itu menuntut Allah Ta'ala bersungguh-sungguh dan bersahabat dengan orang yang bermaqrifat, benci pada segala yang dilarang Allah, solat sunat, rawatib, tahajjud, dhuha dan nawafil barang kuasa kita, tasbih dan zikrullah dan tilawah al-Quran dan puasa ayyamu'l-bid, yawmul-ithnayn dan yawmul-khamis dan asyura, rejab, shaaban, zulhijjah, kurang makan minum, kurang berkata-kata, kurang tidur, jauh dari orang dan berpada-pada.
sekalian perbuatan tariqat namanya, tiada lain daripada haqiqat. jangan disangka tariqat kecil, kerana tariqat pakaian Nabi saw.
adapun minta makan, kepada syariat, jikalau ada padanya cukup pagi dan petang, jika pergi meminta, haram hukumnya.
adapun kepada tariqat, jika tiada dapat berdiri solat fardhu, harus pergi meminta, itupun jangan banyak, seqadarmu sekali makan juga. jika lebih dari sekali makan, berikan pada faqir.
adapun kepada haqiqat, jangan minta sekali-kali, kerana rizqi kita tersurat pada Lawh al-Mahfuz.
adapun perkara tariqat Muhammad Rasulullah saw banyak lagi tiada tersurat.
wallahualam.
Monday, December 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam,
bermanafaat kepada aku..
salam aku.
muga-muga manfaat untuk kita, insyaAllah.
Post a Comment