Thursday, December 31, 2009

azam? resolusi?

salam.
oui! apa cite?
malam ni malam new year, beb.. lu orang tak nak g poya2 ke? mana la tau, kan, nak tenguk bunga api ke, tenguk manusia beribu2 kt dataran, berpusu2 kt KL, tak tentu hala tujuan belaka.. mana la tau..
tak pun, malam kang tunggu gerhana, tengah malam depa kata.. boleh buat solat sunat gerhana. mana la tau..
lu orang ada azam tahun baru ke? resolusi tahun baru? ada? kalau ada, bagus la. kalau takde pun, bagus jugak.. bukan apa, tiap2 hujung tahun, pasang azam bukan main, tapi haram!
gua, secara peribadi, takde la azam @ resolusi tahun baru ni.. tak main la azam tahun baru, beb.
gua pasang azam jugak, tapi azam gua bersifat harian. dan azam gua bersifat exclusive antara gua dengan tuhan je, beb. tapi kali ni gua kongsi la sikit apa yg konon2nya exclusive sangat tu.. takde la yang gua azam @ pinta @ doa, melainkan tuhan jadikan gua lebih baik pada hari2 yg mendatang daripada hari2 yang berlalu. tu je.. baik dari segala segi, zahir batin, habluminannas, habluminallah. gitu la kira2nya..
nak minta banyak2 dengan tuhan pun berasa malu jugak, tau. ye la, Dia bagi tak henti2 selama mana kita menghirup udara di alam maya lagi fana ni, tak minta pun Dia bagi jugak, minta pun Dia bagi jugak, tapi part kita nak layankan Dia, boleh dikira, berkala2 dan kurang kesungguhannya. gua cakap gua, bukan lu orang, k..
lagipun tak lama mana nak mati dah, nak minta amende lagi kat tuhan, beb. minta dipermudahkan semasa sakaratulmaut, semasa dihisab, agar beroleh peluang bertemu Nya nanti dalam keadaan wajah kita berseri2. itu je.. insyaAllah.
akhir sekali gua nak minta kat tuhan agar hati gua tak lekat pun pada dunia ni walau sekelumit pun kerana dunia dan seisinya pada hakikat akan menjadi fitnah pada kita jua. tiadalah kehidupan dunia ini melainkan kesenangan yang menipu.
itu je la yang nak gua kongsikan dengan lu orang malam ni. semuga lu orang senang hati selalu, insyaAllah.
selamat!

No comments:

 

Bali Accommodation