Thursday, December 31, 2009

azam? resolusi?

salam.
oui! apa cite?
malam ni malam new year, beb.. lu orang tak nak g poya2 ke? mana la tau, kan, nak tenguk bunga api ke, tenguk manusia beribu2 kt dataran, berpusu2 kt KL, tak tentu hala tujuan belaka.. mana la tau..
tak pun, malam kang tunggu gerhana, tengah malam depa kata.. boleh buat solat sunat gerhana. mana la tau..
lu orang ada azam tahun baru ke? resolusi tahun baru? ada? kalau ada, bagus la. kalau takde pun, bagus jugak.. bukan apa, tiap2 hujung tahun, pasang azam bukan main, tapi haram!
gua, secara peribadi, takde la azam @ resolusi tahun baru ni.. tak main la azam tahun baru, beb.
gua pasang azam jugak, tapi azam gua bersifat harian. dan azam gua bersifat exclusive antara gua dengan tuhan je, beb. tapi kali ni gua kongsi la sikit apa yg konon2nya exclusive sangat tu.. takde la yang gua azam @ pinta @ doa, melainkan tuhan jadikan gua lebih baik pada hari2 yg mendatang daripada hari2 yang berlalu. tu je.. baik dari segala segi, zahir batin, habluminannas, habluminallah. gitu la kira2nya..
nak minta banyak2 dengan tuhan pun berasa malu jugak, tau. ye la, Dia bagi tak henti2 selama mana kita menghirup udara di alam maya lagi fana ni, tak minta pun Dia bagi jugak, minta pun Dia bagi jugak, tapi part kita nak layankan Dia, boleh dikira, berkala2 dan kurang kesungguhannya. gua cakap gua, bukan lu orang, k..
lagipun tak lama mana nak mati dah, nak minta amende lagi kat tuhan, beb. minta dipermudahkan semasa sakaratulmaut, semasa dihisab, agar beroleh peluang bertemu Nya nanti dalam keadaan wajah kita berseri2. itu je.. insyaAllah.
akhir sekali gua nak minta kat tuhan agar hati gua tak lekat pun pada dunia ni walau sekelumit pun kerana dunia dan seisinya pada hakikat akan menjadi fitnah pada kita jua. tiadalah kehidupan dunia ini melainkan kesenangan yang menipu.
itu je la yang nak gua kongsikan dengan lu orang malam ni. semuga lu orang senang hati selalu, insyaAllah.
selamat!

Monday, December 28, 2009

kesempitan dan kelapangan

salam.

di dalam masa kelapangan hawa nafsu dapat mengambil bahagiannya kerana gembira, sedang dalam masa sempit tidak ada bahagian sama sekali untuk hawa nafsu.

orang arif jika merasa lapang lebih khuatir daripada jika berada dalam kesempitan.

Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan, dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.

terjemah al-hikam

Saturday, December 26, 2009

cari amende, beb?


salam.
apa cite?
brasa lama beno tak menulis. sibuk layan dunia, beb.. racun tak berkesudahan..
ni nak cite sikit. ada sorang kaum tu, dia nak cari tuhan. padahal tuhan dah terlalu nyata, tapi dia tak nampak2 jugak.. tapi itu cite lain la.. jadi mamat ni pun pg la merata, jumpa orang sana sini, tanya itu tanya ini, buka kitab tutup kitab, last2 dia berjumpa dengan satu kaum. dia pun tanya la kat kaum ni, apa cite, nak cari tuhan macam mana, kat mana..
kaum ni dengan ceren je tanya kat mamat tu, "diri lu sendiri lu dah jumpa cari ke?" "mana diri lu, mana lu, cuba lu tunjuk kat gua!" mamat tu pun tunjuk la kat badan dia, tapi kaum ni cakap itu bukan dia, tapi badan dia. mamat tu pun tunjuk la muka dia pulak, tunjuk tepat kat batang hidung, kaum ni cakap lagi itu bukan dia, tapi batang hidung dia. mamat tu cubit2 n tarik2 kulit dia tunjuk itu la dia, tapi kaum ni tetap cakap itu bukan dia, tapi kulit dia saja.. last2 mamat tu pun tanya kat kaum ni, "habis tu mana gua, kalau seme gua tunjuk bukan gua?" kaum ni pun jawab,"tu la pasalnya. diri lu sendiri pun lu tak jumpa cari, apa cite nak cari tuhan pulak ni.."
mamat sorang tu terkedu terus.. kaum ni bukan saja tak jawab soalan original mamat tu, tapi siap tanya pulak soalan maut kat mamat sorang tu.. itu yang terencat terus mamat tu nak jawab. mati akai, bak kata oghang perok.. sabo je la, yop!
so, what's d moral of d story? the lesson here is, lu faham sendiri la. kalau tak faham jugak, memang lu tak faham.
ada reti? : \

Friday, December 25, 2009

: )


happy birthday adek!


kasih itu,

untuk selamanya....


nun kaf 2009

seeing n believing

seeing isn't believing.
believing is seeing.

*happy birthday adek! luv u!

Wednesday, December 23, 2009

if i fell in luv with you

if i fell in luv with you
would you promise to be true
and help me understand
coz i've been in luv before
and i've found that luv was more
than just holding hand
if i give my heart to you
i must be sure
from the very start
that you would luv me
more than hurt
if i trust in you
oh please
don't run and hide
if i luv you too
oh please
don't hurt my heart
coz i couldn't stand
the pain and i
would be sad
if i knew luv
was in vain
so i hope you see
that i
would luv to luv u
the beatles

Tuesday, December 22, 2009

hidup @ hayat @ nyawa..

salam.
hidup perlu tekanan @ stress @ pressure @ deadline.
hidup juga perlu matlamat @ objektif @ sasaran @ target.
hidup juga perlu makan, minum, berkeluarga, berumahtangga, bekerja.
walau bagaimanapun, bukan itu sebab hidup.
bukan.
hidup sebabnya untuk...
menyatakan.
yang di atas tadi itu semuanya hanyalah keperluan @ kehendak agar hidup dijanakan.

jadi, hidup untuk apa? sebab apa?
untuk menyatakan apa?
fikir, jangan tak fikir, tau.

saja la bagi lu orang dan gua berfikir sementara menantikan asar.
emm, dah jumpa jawapan nanti @ rasa2 dah jumpa jawapan nanti, bagitau la.
kongsi2 la, jangan kedekut, k.

selamat!

Monday, December 21, 2009

bz as a b..



salam.

it's already in the wee hour of the morning and i'm still awake. u know why? i'm marking exam scripts and i'm buying time coz the deadline is getting nearer. simply put, i'm up to my nose with chores and responsibilities and commitments and escapism.. layankan saje..
thus the reason for my not being able to pen down stuff here. tak kisah la, kan..
got something to share with you. got it from my niece ages ago. just thought that it's worth sharing. so, enjoy, and ponder over it, k!

life-

grudges are a waste of perfect happiness,
laugh when you can,
apologise when you should,
let go of what you can't change,
love deeply and forgive quickly,
take chances,
give everything,
have no regrets,
life too short to be unhappy,
you have to take the good with the bad,
smile when you are sad,
love what you got,
and always remember,
what you have,
never forget to learn from your mistakes,
but never regret..
izzati

goodnite! :)

Friday, December 18, 2009

apa yang dihajati?

salam.
apa yang diidamkan, dihajati, diingini, diazamkan, sempena tahun baru hijrah, sempena berlanjutnya usia, sempena berkurangnya umur?
tanyalah hati nurani lagi suci.
tanyalah, agar puashati.
dan carilah, carilah, sehingga ketemui.
insyaAllah.

Thursday, December 17, 2009

salam maal hijrah

i said to the man who stood at the gate of the year,
"give me a light that i may tread safely into the unknown,"
and he replied,"go out into the darkness
and put your hand in the hand of God.
that shall be to you better than light
and safer than a known way."
-salam maal hijrah 1431-

congrats!


congrats to the malaysian football team for winning the gold medal in the sea games after a lapse of twenty years. albeit a deflected goal.. : )

Wednesday, December 16, 2009

mimpi-mimpi..

salam.

mimpi. *

semua orang bermimpi,

tapi bukan semua orang boleh mengingati mimpi.

kadang-kala, hanya samar2 yang mampu diingati.

kadang-kala juga, tempat yang dilihat dalam mimpi

seolah pernah dijejaki. kadang-kadang..

namun, pernahkah kamu

melihat diri mu sendiri

di dalam mimpi-mimpi?


*untuk deena :-}


Monday, December 14, 2009

Sharabul-Ashiqin -II

salam.
bab yang kedua pada menyatakan perbuatan tariqat.

ketahui bahawa tariqat itu tiada lain dari haqiqat, kerana tariqat permulaan haqiqat, seperti syariat permulaan tariqat.
sabda rasulullah saw: tariqat itu perbuatan ku.

adapun permulaan tariqat itu tawbat, seperti tawbat nasuha dari segala yang madi, kerana firman Allah: hai segala kamu yang beriman, tawbatlah kamu kepada Allah dengan tawbat nasuha, yakni sesudah tawbat jangan kembali lagi. 66:8

lagi firman Allah: bahawa sesungguhnya Allah kasih akan orang yang tawbat, dan kasih akan orang yang menyucikan diri. 2:222

dan tariqat itu tarqul-dunya, yakni tidak menaruh harta dunya banyak, lebih dari dimakan dan diperkain. seperti sabda rasulullah saw: barangsiapa yang menyerah diri pada Allah, padalah.

dan tariqat itu menuntut Allah Ta'ala bersungguh-sungguh dan bersahabat dengan orang yang bermaqrifat, benci pada segala yang dilarang Allah, solat sunat, rawatib, tahajjud, dhuha dan nawafil barang kuasa kita, tasbih dan zikrullah dan tilawah al-Quran dan puasa ayyamu'l-bid, yawmul-ithnayn dan yawmul-khamis dan asyura, rejab, shaaban, zulhijjah, kurang makan minum, kurang berkata-kata, kurang tidur, jauh dari orang dan berpada-pada.

sekalian perbuatan tariqat namanya, tiada lain daripada haqiqat. jangan disangka tariqat kecil, kerana tariqat pakaian Nabi saw.

adapun minta makan, kepada syariat, jikalau ada padanya cukup pagi dan petang, jika pergi meminta, haram hukumnya.
adapun kepada tariqat, jika tiada dapat berdiri solat fardhu, harus pergi meminta, itupun jangan banyak, seqadarmu sekali makan juga. jika lebih dari sekali makan, berikan pada faqir.
adapun kepada haqiqat, jangan minta sekali-kali, kerana rizqi kita tersurat pada Lawh al-Mahfuz.

adapun perkara tariqat Muhammad Rasulullah saw banyak lagi tiada tersurat.

wallahualam.

Sunday, December 13, 2009

dead poets society

seize your time,
and make your life
extraordinary!
dead poets society

Friday, December 11, 2009

tua dah gua ni..

salam.
just got back from pj. ada knduri kt rumah parents..
pagi td peginya.. i went alone on my bike because my wife had to be at school, so the kids were left at their aunt's place a stone's throw away from my house..
kenduri doa selamat sempena perkahwinan abang gua, untuk kali keduanya.. : )
keluar rumah pkl 7 steng, ikut jalan sabak bernam.. dua kali jugak la berhenti nk mmbetulkan urat. masa masuk federal highway, ikut jalan moto, kt subang jaya, ada roadblock pulak..
gua bawak moto 500cc, bila polis tu tenguk lesen n roadtax, dia sound la kt gua sebab lesen gua B2 je.. tapi mamat yg rupanya macam 'in-charge' tu pun cakap, "kalau budak2 muda memang saya dh saman ni..".
aik! maknanya dia nk ngatakan yg gua dh tua la, gitu?
sabo je la.. : -/ dia tenguk janggut gua putih gamaknya kot..
tapi ada baiknya jugak, sebab gua tak kena saman, beb!
pastu, siap nyembang pulak dgn in-charge tu, kiranya macam berbalas pantun n berkenal-kenalan la, untuk lbh kurang 10 minit.. dia siap pesan gua bawak moto baik2. tu yg tak tahan tu..
saje la cite dgn lu orang.

d moral of the story: bagi sesiapa nk nyimpan janggut, pastikan ia putih! pulak!

Wednesday, December 9, 2009

tika rindu datang menyapa

tika rindu datang menyapa
kasih ku
sungguh jiwa
berasa gundah
cemburu
menusuk celahan
daunan kehidupan
walau seketika
tidak berkata.
rindu ku
pada mu
tetap seperti selalu
yang dulu
sewaktu
mula bertemu
di hujung lara.
hari hari
berlari
berlagu rindu
tetap
ku
kejar.
mengharap
kau menoleh
dan mendakap ku
erat dalam pelukan
kasmaran.
guala! (baru je tadi..)

Tuesday, December 8, 2009

jumpa dah!

salam.

jumpa dah buah sebih gua! alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

pagi td lagi sekali ke ipoh sebab ada meeting lagi. tempat yg sama jugak.. sesampai je kt sana terus pergi ke tempat yg gua parking kete semalam.. hampa. tapi masih bersangka baik. gua pun pegi la jumpa dengan pekerja kt situ. tanya pada diorang, ada tak terjumpa buah sebih masa menyapu. "takde," diorang cakap, tapi nanti diorang tolong tanyakan.

masa tu pukul lapan, meeting lapan steng.. jadi gua pun pegi restroom jap, pastu sambil berasap sambil meninjau2 sekeliling. mana la tau, kan. berat je hati mengatakan buah sebih gua ada berdekatan.

dekat lapan steng gua pun pegi la kt bilik meeting tu. tak sampai lima minit datang seorang pekerja dan panggil gua. "cikgu, ni tasbihnya'" kata dia.

ya Allah, gembira hati ni. memang gua dah pasrah, pasrah yang sesungguhnya.. namun Allah membalas kepasrahan gua dengan mengembalikan buah sebih gua.. syukur!

ni dia gambar buah sebih dan pisau @ dagger yang gua beli hampir lima belas tahun yg lalu dari mamat uzbek tu.. takde hebat mana, kan. sentimental value je lebih, beb!

Monday, December 7, 2009

buah sebih gua tercicio, beb!



salam.
adoyai, cicior buah sebih gua, beb..
cite nya gini.
hari ni, pagi2 lagi gua dh driving g ke ipoh. ada meeting untuk marking paper bi spm..
seperti lazimnya bila gua sendirian, gua tak switch on radio dgr lagu. gua lagi suka dengar lagu yang bermain di dalam dada. jadi, gua pun mengentel buah sebih sambil driving. lbh kurang sejam lbh2 sikit, sampai la kt ipoh. yang gua perasan, gua letakkan kt seat sebelah bila habis main muzik dalam jiwa, tapi masa balik tadi, dekat pukul empat jugak la, time hujan, lbh krg dh drive 10 minit, gua cari buah sebih dah takde!
adoyai!. jenuh gua memikio, mana gamaknya pegi buah sebih gua tadi tu.. takde la hebat mana buah sebih tu nya pun, tapi sentimental value nya tak leh di cari ganti le.. gua beli buah sebih tu bersama dengan dagger @ pisau uzbek semasa pameran antarabangsa islam tahun '95. lama jugak tu, beb.. jadi, kira2nya sayang yg teramat la..
puas dh gua pikio kan pkara ni.. rasanya cicior masa gua keluar dari kete gamaknya.. satu je harapan gua. harap2 caretaker kt tempat tadi gua pergi bila menyapu esuk pagi terjumpa la benda tu.. dan semuga bila gua tanya dia esuk, dengan sukacitanya dia memberi kembali pada gua buah sebih tu. gitu le harapannya.. semuga Allah kabulkan hajat gua ini, insyaAllah.
apa pun, gua pasrah, beb!

if you hope, get ready for disappointment too..
when our heart stops hoping, our mind stops believing..

Sunday, December 6, 2009

rindu pada mu

rindu pada mu
itulah yang ku rasa
di siang sepi
di malam hening
dinihari mencengkam
rindu tak terperi
sepi tak terubat
selagi kau tiada
selagi belum bersua
selagi itu
merintih
dan terus
merintih
pada mu
tanpa
jemu
tanpa
jemu
-ku2gile-
(sebentar tadi..)

sejalur cahaya

sejalur cahaya
o kekasih
cukup sudah
ini gelita
meski
tahu aku
sering kau
ada di sisi
selalu
namun
biarkan jangan
terus aku
merayu
o kekasih
kurnia pada ku
sejalur cahaya
yusuf fansuri 080509

Friday, December 4, 2009

hujan

CIKGU: Arip (Arip! ),kenapa kamu datang lewat hari ini??
ARIP : Hujan lebat cikgu.
CIKGU: Semalam,kenapa awak tak hadir??
ARIP : Hujan,cikgu.
CIKGU: Aik! Hujan juga. Habis, kalau tiap-tiap hari hujan??
ARIP : Banjir, cikgu.
CIKGU: @#%#@&%#@$

kepada kaum yang banjir tu, sabo je la bebanyak..

oghe kito tuuuu..


welcome to klate..

Jejak Kaki Diriku dan Tuhanku


Suatu malam seorang pemuda bermimpi. Dia bermimpi berjalan bersama Tuhan di sepanjang pantai. Ketika memandang ke langit, pemuda tersebut melihat tampilan perjalanan hidupnya. Setiap tampilan ia melihat ada dua pasang jejak kaki di pasir: satu adalah jejaknya, dan jejak lainnya adalah jejak Tuhan.
Ketika saat-saat terakhir kehidupannya tampil di hadapannya, dia melihat kembali jejak kaki yang ada di pasir. Dia menyadari bahwa beberapa bagiaan waktu dalam hidupnya hanya terdapat satu pasang jejak kaki. Dia juga menyadari bahwa hal itu terjadi ketika saat-saat paling buruk dan bermasalah dalam hidupnya.
Hal ini menggangu pikirannya dan ia bertanya kepada Tuhan tentang hal tersebut:
“Tuhan, Engkau mengatakan bahwa ketika aku memutuskan untuk mengikutimu, Kau selalu berjalan bersamaku sepanjang waktu. Tetapi aku menyadari bahwa selama masa dimana hidupku penuh dengan masalah dan penderitaan, di sana hanya terdapat satu jejak kaki. Aku tidak mengerti kenapa ketika saat-saat dimana aku memerlukan Mu Engkau malah meninggalkanku.”
Tuhan menjawab: “Anakku yang aku sayangi, Aku mencintaimu dan Aku tidak pernah meninggalkanmu. Selama masa ujian dan penderitaan, ketika kau hanya melihat sepasang jejak kaki, saat itu Aku memikulmu.”


yang mengenal dirinya mengenal tuhannya

Wednesday, December 2, 2009

sembunyi! sembunyi!



cahaya
yang
sembunyi
rupanya
lebih
bernilai
bagi
seorang
yang
bernama
kekasih


adapted from abuyusof

lalu dijawabnya..

neraka itu bukan tempat orang jahat
neraka itu kampung pulang tauhid
yang salah

ABDULLAHJONES 28 nov '09

happy birthday..

Age is a question of mind over matter.
if you don't mind, it doesn't matter.


yesterday is history, tomorrow is a mystery.
today is a God's gift, that's why we call it the present.
so, happy birthday to gua! : )


Tuesday, December 1, 2009

Doa

Tuhanku
dalam termanggu
aku masih menyebut nama Mu

Biar susah sungguh
mengingat Kau penuh seluruh

cahaya Mu panas suci
tinggal kerdip lilin di kelam sunyi

Tuhan ku
aku hilang bentuk
remuk

Tuhan ku
aku mengembara di negeri asing

Tuhan ku
di pintu Mu aku mengetuk
aku tidak bisa berpaling

-Chairil Anwar
13 November 1943
 

Bali Accommodation