salam.
bab yang pertama pada menyatakan perbuatan syariat.
ketahui bahwa yang dinamakan syariat itu sabda Nabi menyuruh kita berbuat baik, melarang berbuat jahat. seperti sabda Nabi:
Yang syariat itu kata2 aku.
adapun kata Nabi daripada Allah jua. seperti dalil al-Quran bukan daripada kehendak hatinya berkata. adapun Nabi mengatakan bahwa Allah esa tiada dua, tiada sebagaiNya, tiada bertimbal, tiada sekutu dan sebangsa, dan tiada serupa, dan tiada berjihat dan tiada bertempat. seperti firman Allah:
tiada sebagaiNya suatu pun. 42:11
Maha Suci Allah tiada dapat diperikan. 6:100
adapun perkara syariat itu shahadat, solat fardhu, memberi zakat, puasa fardhu, jika ada berzawadah pergi naik haji.
adapun syariat tiga perkara: suatu syariat barang dilihat tiada dilarang, suatu syariat yang disuruhnya, suatu syariat yang diperbuat Nabi. seperkara lagi kita membawa iman akan Nabi bahwa ia pesuruh Allah. barang katanya sungguh, barang perbuatannya benar.
barang siapa iqtikad tiada sungguh atau tiada benar perbuatannya, kafir! kerana Nabi dijadikan Allah lebih daripada sekalian makhluq. apabila ia lebih dari makhluq sekalian, barang perbuatannya benar, barang katanya sungguh. barang siapa akan Allah, nescaya dituntut perbuatan Nabi, maka sempurna berahi dan sempurna ma'rifat kerana ia sempurna berahi dan sempurna memakai suluk. barangsiapa tiada mengikut fi'ilnya, naqis (kekurangan) dan sesat hukumnya, kerana syariat dan tariqat dan haqiqat pakaian Nabi. apabila kita tinggalkan satu dari tiga ini, naqis hukumnya. jika haqiqat tiada dengan syariat, binasa.
adapun barangsiapa mengerjakan solat, puasa, makan halal, tinggalkan haram, berkata benar, tiada laba, tiada dengki, tiada minum tuak, tiada mengumpat orang, tiada mengadu-ngadu, tiada zina, tiada uyub, tiada riya', tiada takabur - banyak lagi misalnya - ia itu memakai syariat. keran perbuatan itu perbuatan Muhammad Rasulullah yogya kita turut supaya dapat kita kedalam tariqat, kerana tariqat tiada lain dari syariat.
seperti firman Allah: barang yang diberikan Rasulullah kepada kamu ambil daripadanya. 59:7
adapun perkara syariat banyak, mana dapat sekalian disebut? dalam kitab ini isyarat mukthasar jua. barangsiapa berahi akan Allah, yogya dicari dengan budi pula.
wallahualam.
Thursday, November 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment