Monday, November 30, 2009

pohon apa, ye?

salam.

gua nak tanya satu soalan. kalau lu boleh jawab, kira champion la..
namakan pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun,
setiap daun ada 5 buah, 3 di bawah teduhan mentari dan 2 di bawah sinaran mentari.

amacam, tau tak?

tau tak?

tak tau cakap je la.. : )

oui! tau ke, tak tau?


give up?

betul ni?

confirm tak tau, ek?


ok la, gua pun kesian kat lu jugak, jadi gua bagitau la jawapannya.


ye la, kalau tak bagitau, nanti lu orang tidur malam terbayang2 pulak....




jawapannya jeng! jeng! jeng! adalah:
pohon tahun!
dalilnya?
pohon itu adalah tahun, ranting yang 12 adalah bulan, daun yang 30 adalah hari,
buah yang 5 adalah solat lima waktu, 3 waktu dikerjakan pada waktu yang gelap,
2 waktu pada siang hari.
ok? puashati? kalau tak puashati, baca posting di bawah, k.
selamat!
solusi isu =10

sabar..

salam.


sabar itu subur,

tak sabar masuk kubur.





ada faham?

last day takbir..

salam.
gua baruuuu je sampai dari johor.. boleh tahan la jugak badan punya condition. ye la, keluar rumah jumaat, ni dh isnin, beb.. tapi sebelum gua cite ttg outing gua ke johor, saja nk ingatkan, oui! nk takbir, takbir la puas2.. klu x, kena tunggu raya tahun depan pulak , beb!
tergelincir saja matahari maka tamatlah waktu takbir secara rasminya..

wallauhualam.

Thursday, November 26, 2009

gua..



guala!

Sharabul-Ashiqin -1

salam.
bab yang pertama pada menyatakan perbuatan syariat.

ketahui bahwa yang dinamakan syariat itu sabda Nabi menyuruh kita berbuat baik, melarang berbuat jahat. seperti sabda Nabi:
Yang syariat itu kata2 aku.

adapun kata Nabi daripada Allah jua. seperti dalil al-Quran bukan daripada kehendak hatinya berkata. adapun Nabi mengatakan bahwa Allah esa tiada dua, tiada sebagaiNya, tiada bertimbal, tiada sekutu dan sebangsa, dan tiada serupa, dan tiada berjihat dan tiada bertempat. seperti firman Allah:
tiada sebagaiNya suatu pun. 42:11
Maha Suci Allah tiada dapat diperikan. 6:100

adapun perkara syariat itu shahadat, solat fardhu, memberi zakat, puasa fardhu, jika ada berzawadah pergi naik haji.
adapun syariat tiga perkara: suatu syariat barang dilihat tiada dilarang, suatu syariat yang disuruhnya, suatu syariat yang diperbuat Nabi. seperkara lagi kita membawa iman akan Nabi bahwa ia pesuruh Allah. barang katanya sungguh, barang perbuatannya benar.

barang siapa iqtikad tiada sungguh atau tiada benar perbuatannya, kafir! kerana Nabi dijadikan Allah lebih daripada sekalian makhluq. apabila ia lebih dari makhluq sekalian, barang perbuatannya benar, barang katanya sungguh. barang siapa akan Allah, nescaya dituntut perbuatan Nabi, maka sempurna berahi dan sempurna ma'rifat kerana ia sempurna berahi dan sempurna memakai suluk. barangsiapa tiada mengikut fi'ilnya, naqis (kekurangan) dan sesat hukumnya, kerana syariat dan tariqat dan haqiqat pakaian Nabi. apabila kita tinggalkan satu dari tiga ini, naqis hukumnya. jika haqiqat tiada dengan syariat, binasa.

adapun barangsiapa mengerjakan solat, puasa, makan halal, tinggalkan haram, berkata benar, tiada laba, tiada dengki, tiada minum tuak, tiada mengumpat orang, tiada mengadu-ngadu, tiada zina, tiada uyub, tiada riya', tiada takabur - banyak lagi misalnya - ia itu memakai syariat. keran perbuatan itu perbuatan Muhammad Rasulullah yogya kita turut supaya dapat kita kedalam tariqat, kerana tariqat tiada lain dari syariat.

seperti firman Allah: barang yang diberikan Rasulullah kepada kamu ambil daripadanya. 59:7

adapun perkara syariat banyak, mana dapat sekalian disebut? dalam kitab ini isyarat mukthasar jua. barangsiapa berahi akan Allah, yogya dicari dengan budi pula.

wallahualam.

nostalgia..

Tiba-tiba aku teringat padamu,
Itukah yang dikatakan rindu?
Engkau lebih mengetahui, kan....

perasu, 1993

Tuesday, November 24, 2009

tua, beb!


letih, beb! hari ni..


tua dh, gamaknya..

layan....

Monday, November 23, 2009

balik pj..

salam.
as stated in the previous entry, i went back to pj last saturday. stayed for two nites, but it was worth it, what with the quality time spent..

my family and i left at around 93o that morning.. it was almost 1pm when we arrived. had to be careful driving coz it was raining all the way. still, i managed to maintain at the speed of 120kmh..

petang sikit, around 3 kot, went to digimall with hakam, an old friend whom i've known since '78.. lama tu, kan.. i wanted to buy an mp3 @ mp4 player for iliya as a gift for her achievement in the upsr. but when i got there, i succumbed to temptation and bought an mp5.. pulak!
iyekan je la, kan..

the rest of the day and night was spent at home with my parents, especially my mum. nyembang2 le, sementara berkesempatan..

that night i slept rather early, kiranya sort of catch up on my sleep.. biasa la, weekdays i usually sleep past midnite, before dawn dh cargas, so weekend would be the time to recover la, konon2nya..

the next day, sunday, as promised, after breakfast, took the children to al's apartment for a dip in the pool.. with the cold weather, the water was very chill, tapi terjun jugak with the kids and al. kira ok jugak la, managed to swim a distance..

then we had lunch at jm briani restaurant at giant kota damansara. al and i had mutton, the rest chicken je. the meat was tender, the rice was just the right portion, so considering all aspects, it was a wonderful lunch.

later2 in the afternoon, i was back at my parents place. abang, my eldest, and ajib, another brother, came with their families.. mriah!! walaupun tak cukup korum.. guess mak was the happiest of them all, as usual la, to see her children, and grandchildren at her place..

that night went to hakam's after dinner. was there for an hour. nyembang2 jap, layan sebal dua, then got home and watched spurs thrashed wigan 9-1!

this morning, as usual, had breakfast with my parents and family.. then, surprise! surprise! deena came all the way from sepang to meet me. it was 15years ago the last time we met.. had a drink with her, then she came over to my parents place to meet them and my family, then at noon i went to giant klana jaya pulak. the kids want to perabihkan duit papa dia!

after lunch at 330pm left for home in the rain. got home at half past six, washed the car, after maghrib took everyone for dinner, did laundry, and now here i am typing away..

well, it's already past midnite. got other things to attend to.. esuk2 kita nyembang lain, k

nite.

Friday, November 20, 2009

cuti sekolah datang lagi..

salam.

hari ni last day, beb. ye! ye! cuti sekolah datang lagi.. just what i'm looking forward to.. : )

tak la lama mana pun, sebulan lebih sedikit je @ 6 minggu je @ 44 hari je @ 1056 jam je @ 63,360 minit je @ 3,801,600 saat je.. ikut la mana lu nak kira, janji kita cuti!

ramai orang sangka bila cuti sekolah ni, maka cikgu2 semenya bawak bertenang je la.. pada zahirnya, nampak gitu la, tapi tidak la sepenuhnya cuti dok saja, layan kepala je..

ada yang kena jaga exam spm @ stpm, ada yang marking exam scripts, ada yang kena pg kursus, dan pelbagai lagi. jadi, mana ada cuti straight je, beb!

apapun, gua sangat bersyukur kerana cuti datang lagi. lega rasanya, walaupun hanya sementara.. dapat la layan amende yang nak dilayankan tapi tak dan nak dilayankan..
gua, on a personal note, agak tied up la, bak kata orang puteh. nak tau gua punya itenary?
ok, esuk pagi balik pj rumah parents gua sebab nak hantar maid gua bertugas sementara kt sana sebab maid parents gua balik kampung. alang2 balik pj, overnight la barang dua malam ke..
raya haji next week pun balik pj, sebelum ke jb second raya sebab ada wedding third raya.
starting 7th Dec, dh cargas marking exam script. btw, gua tanda kertas bhs inggeris spm. meeting je ada 14 hari nak kena pergi ipoh. by 16th january 2010 baru habis tanda patutnya. tua, beb! tapi layan la jugak, kan.. boleh dapat pengalaman dan ilmu, dan tak lupa juga, payment marking pun boleh tahan jugak.. : )

celah2 tu kenduri kawin jangan cite la. setakat ni hampir setiap minggu ada dah pengisian. mana lagi sedara mara, qariah setempat, memang tak terlayan. ada yang sehari 4 kenduri. jenuh nak pergi seme.. adoyai!

family pun nak quality time jugak. nak jugak layan diorang, kan.. pokok2 yang gua tanam keliling rumah pun minta dibelai..

dan kalau ada rezeki, dan rasa terlayan, maybe nak ngaja part-time tutor untuk program unitar.
itu bahagian cari makan la.. sendiri mau ingat, aaa!

kesimpulannya, cuti sekolah pun hari2 mau cargas, barulah hidup rasa meaningful dan ada sesuatu to look forward to, and to achieve, and to gain, and to learn, and to live for..
layan....

Thursday, November 19, 2009

setiap hela nafasku.. @ mati itu hampir, beb!

setiap hela nafas
naik di dada
semakin singkat
nyawa yang melekat

setiap hela nafas
naik di dada
semakin jiwa
ingin kembara

setiap hela nafas
naik di dada
semakin kelam
cahya di dalam

setiap hela nafas
naik di dada
semakin hampir
suratan takdir

setiap hela nafas
naik di dada
semakin layan
semakin layan

setiap hela nafas
naik di dada
semakin asar
batin zahir

setiap hela nafas
naik di dada
tiada daya
melainkan Dia belaka

-kutugila- 11.11pm 2nd last day b4 holiday..

Waktu Adalah Anugerah-Nya

Untuk mengetahui nilai Satu Tahun,
Tanyakan pada seorang siswa yang gagal
dalam ujian kenaikannya.

Untuk mengetahui nilai Satu Bulan,
Tanyakan pada seorang Ibu yang melahirkan
bayi prematur.

Untuk mengetahui nilai Satu Minggu,
Tanyakan seorang editor majalah mingguan.

Untuk mengetahui nilai Satu Hari,
Tanyakan pada seorang buruh harian yang punya
enam anak untuk diberi makan.

Untuk mengetahui nilai Satu Jam,
Tanyakan pada kekasih yang sedang menunggu
waktu untuk bertemu.

Untuk mengetahui nilai Satu Menit,
Tanyakan pada seorang yang tertinggal pesawat.

Untuk mengetahui nilai Satu Detik,
Tanyakan pada seorang yang selamat dari kecelakaan.

Untuk mengetahui nilai Satu Milidetik,
Tanyakan pada seorang yang memenangkan
medali di Olimpiade.
***
Ya Rabb, Jadikan kami hamba-Mu yang selalu memanfaatkan waktu dengan baik.
amin
yang mengenal dirinya, mengenal tuhannya

a joyous day..



salam.

today has been very good for me, alhamdulillah. actually, every day is a good day, but sometimes it can change to a wonderful day, fantastic day, joyous day, all sorts of happy days sebenarnya.. there's never a bad day. the most would be a testing day i guess..

but today is rather special because this morning when i test-drove my car, it went well, not a glitch even.. the whole day yesterday i was in sunway city, ipoh to rectify the decrease of power in the alternator and the battery of my car. the car was diagnosed, test driven, few alternators fixed and replaced in order to find the fault, and only at 5pm the mechanic was able to detect the problem. whew! thank God.. i left for ipoh at half past seven in the morning, and left ipoh for home at quarter past six in the afternoon. brapa lama, da! by the way, from lekio to ipoh it takes 1 hour and 15 minutes.

after that later2 at 9 am, i saw alisya walking up the stage at her school to receive a prize for best result in agama islam, and then something better happened when iliya went to get her upsr result at noon just now, where she managed, alhamdulillah, to get straight A's.

so, should i ask for more, when it is obvious God has fulfilled my wishes: to have a wonderful and fruitful time, day in and day out. God gives without limits; it is us who are always wary and anxious of things happening around us. God grants our needs. thus, we come to the question: are we able to live up to God's expectation? hmm, a tough one, that is..

well, anyway, for now let me rejoice in these wonderful moments. save the worries for later..

like the saying goes, 'never trouble your mind for what will happen in this world. nothing will come but God's will.'


ttfn : -)

Tuesday, November 17, 2009

ikan di dalam air..




salam.


gua tau lu orang mesti biasa tgk ikan dalam air, kan..
tak kira la dlm akuarium ke, sungai ke, laut ke..

persoalannya, ikan yg dok berenang dalam air ke hulu n ke hilir, amende yg dia dok cari?

lu tau tak?

kalau tau, bgtau la gua..
klu tak tau, tanya la gua..

saja la tanya. tak wajib jawab pun..
sekadar soalan bagi golongan yg mau berfikir. tu je..

selamat!

Cite Hari KIamat..

salam.
cite ni gua ciluk n adaptasikan. hope u enjoy it as much as i do..

Member gua, si Dayat sms gua. Cam biasa. Ajak gua g kuliah agama.
Ni la member gua yang paling konsisten menghasut gua ke majlis2 agama tanpa tauliah nih.
Dia tak tau ke, gua ni pro Hasan Ali. Tauliah-mauliah ni penting bhai..
"Ngah. Ustaz Ali kat surau Mah Fah. Jom la join.""Ada kuliah ke?""A'ah. Pasal hari kiamat."
Ceh... time gua tengah mengais, dia bukak topik hari kiamat. Potong sungguh la. Haruskah gua meninggalkan duniawi gua time tu?
"Tak dapek do Yat. Gua tengah mengais nih."
Esok2 tu dia terjah kedai gua."Weih Yat. Cane kuliah ari tu?""Cam biasa jer. Pasal golongan pertama yang dimasukkan ke syurga selepas kena hukum dalam neraka."
"Gua pas ni dapat g kuliah kiamat.""Ha? Bile?""Kejap lagi. Gua tutup awal sket la hari ni.""Kat ne?" Dayat teruja habes dengan gua." Pukul 10.30 kang. Kat Terminal 2. Tajuk kuliahnya 2012.""Tionaseng lu!"

ciluk n adapted from Aduka Taruna

Sunday, November 15, 2009

Minuman segala Orang yang Berahi

salam.
kali ini ingin dikongsikan karangan Hamzah Fansuri berjudul Sharabul Ashiqin yg bermaksud Minuman segala Orang yang Berahi.

ketahui bahawa faqir daif Hamzah Fansuri hendak menyatakan jalan kepada Allah dan ma'rifat Allah dengan bahasa jawi dalam kitab ini, insyaAllah, supaya segala hamba Allah yang tiada tahu akan bahasa Arab dan Parsi supaya dapat membicarakannya.

Adapun kitab ini diberi nama Sharabul Ashiqin supaya barangsiapa hendak meminum minuman orang yang berahi lihatlah ke dalam kitab ini supaya dapat diperolehnya.

adapun ma'rifat Allah terlalu mushkil. jika tiada guru yg sempurna dan murid yang bijaksana, tiada terbicarakan, kerana ma'rifat Allah rahasia Nabi. tetapi barang kuasa kita tuntut, seperti sabda Rasulullah: barangsiapa menuntut sesuatu padahal dengan sungguh-sungguhnya, nescaya diperolehinya.
dan sabda Rasulullah: menuntut ilmu itu fardu atas segala Islam lelaki dan perempuan.
dan sabda Rasulullah: pergi tuntut ilmu oleh mu jikalau di benua China sekalipun.
dan firman Allah: tiada Ku jadikan jin dan manusia melainkan menyembah @ mengenal Daku.
dan firman Allah dalam hadith Qudsi: Aku adalah perbendaharaan tersembunyi, maka Ku kasih akan dikenal Daku, maka Ku jadikan segala makhluq supaya mengenal Daku.

kerana itu kata ahlul suluk bahawa mengenal Allah fardu dan menyembah Allah pun fardu sekadar kuasa kita. jangan mencari harta dan kebesaran dunya lebih daripada pagi dan petang, dan jangan mashgulkan anak isteri dan jangan makan tidur seperti binatang, kerana manusia itu terlalu mulia pada Allah. oleh itu ketahuilah kemuliaan diri kita.

seperti firman Allah: bagi mereka itu hati, tiada faham akan mereka, dan bagi mereka itu mata, tiada melihat akannya, bagi mereka itu telinga, tiada mendengar akannya, mereka itu seperti binatang, mereka itu terlalu sesat, mereka itulah yang lupa akan Tuhannya.

maka, kita kerjakan taat, dan mencari ma'rifat kepada guru yang sempurna syariat, tariqat dan hakikat, kerana syariat seperti pagar, tariqat seperti rumah, hakikat seperti isi rumah, jika rumah tiada berpagar, akibatnya isi rumah dicuri orang.

sekadar ini pendahuluan Sharabul Ashiqin. semuga berkesempatan untuk dikongsikan bab-bab yang menyatakan perbuatan Syariat, Tariqat, Hakikat, dan Ma'rifat, insyaAllah, di lain ketika.

wallahualam

Saturday, November 14, 2009

well done la, deena!

salam.
deena was my student in perasu kelantan. i have known her n her siblings n her parents since 1991. quite a long time, kan..

at that time she was in standard 1. she was full of smiles then, and i guess she is still the same now too. during those days when i spoke to her she would only giggle and smile, and it was rather difficult for me to listen to her talking.

well, that was then. now she is doing her post graduate studies in one of the local varsities in klang valley. it was a surprise when i got a friendster message from her two weeks ago. i duly accepted her request and we have been contacting each other almost on a daily basis since then, thru sms or ym..

this afternoon she messaged me and said she was very happy because her experiment got a good review and this meant her sample has qualified to be short-listed to be sent to space. by the way, she's doing microb technology and majoring in protein crystallography, whatever that is.. she tried explaining to me what she was doing but my mind just couldn't register what exactly it was. vaguely yes la.. : ) jgn marah, ha, deena!

i'm getting to know her now because the last time we met she was a small, shy girl..

now she is a brilliant person, maybe an extrovert, she's cute, she has a sense of humour, and maybe a good personality as well, which i can't verify for now, and i hope she stays that way, and at the same time remains humble.

i wish her all the best of luck she ever needs, and i pray that she'll achieve greater success that she can imagine of in her life.
insyaAllah.

Pemberian dan Penolakan Allah

salam.
ada kalanya Allah memberi padamu kekayaan @ kesenangan @ kejayaan dunia, tetapi tidak memberi kepadamu taufik hidayatNya, dan ada kalanya Allah tidak memberi kamu kesenangan dunia tetapi memberi padamu taufik n hidayatNya.
Muhyiddin Ibn Arabi berkata: Jika ditahan permintaanmu maka bererti engkau telah diberi, dan jika segera diberi permintaan kamu bererti telah ditolak dari sesuatu yang lebih besar.
Kerana itu utamakan tidak dapat daripada dapat, dan sebaiknya seorang hamba tidak memilih sendiri, tetapi menyerah sebulat-bulatnya kepada Tuhan yang menjadikannya, yang mencukupi segala keinginannya.

wallahualam.

Friday, November 13, 2009

desktop baru, beb..

salam.
today i got back my desktop..
2 days ago when i switched it on, nothing happened.
after thinking for a while, i decided to send it for repair. most probably just a small stuff..
but on the way there, i decided to get a new one. a new desktop: AMD Dual Core Processor, 2 GB ram, using window 7. guess it should run much better this time, and display much better, what with my 19" screen.
the window 7 display is very attractive, user friendly, using gadgets which are practical and i think it's worth buying though it did burn a hole in my pocket. : ) it costs me quite a fortune jugak, tau!
this is my first time using it because i got it late afternoon, tested it for a while, and then was busy attending to other matters.
so, that's all for now coz i wanna layan my pc for tonite..
selamat!

Thursday, November 12, 2009

Fish

have a nice day!


salam.

today is a gift.

that's why they call it the present. : )


have a nice day!


Wednesday, November 11, 2009

'Pray'

"Pray"
I knelt to pray but not for long,
I had too much to do.
I had to hurry and get to work
For bills would soon be due.

So I knelt and said a hurried prayer,
And jumped up off my knees.
My Muslim duty was now done
My soul could rest at ease.

All day long I had no time
To spread a word of cheer.
No time to speak of Allah to friends,
They'd laugh at me I'd fear.

No time, no time, too much to do,
That was my constant cry,
No time to give to souls in need
But at last the time, the time to die.

I went before the Lord,
I came, I stood with downcast eyes.
For in his hands God held a book;
It was the book of life.

God looked into his book and said
"Your name I cannot find.
I once was going to write it down...
But never found the time"
Islamic Poems

Tuesday, November 10, 2009

lukisan gua..

salam.

sekolah tak sampai dua minggu nk cuti dh..
sejak2 lepas pmr bru ni, memang kurang la aktiviti kt sekolah.
banyaknya poya2 je..
jadi gua menyibukkan diri dengan melukis..

nk tgk?

tapi tak siap lagi.. gua buat 2, 3 hari pastu tinggal seminggu.
pastu sambung balik.. tapi ni kira nk sampai kt final touches dh la..
gua tgk x la cantik beno, tapi gua syok sendiri la sebab gua yg bikin, beb!
walaupun Dia yg bikin sebenarnya..
apa tajuk? ha, nanti siap gua tunjukkan lg sekali n siap bg tajuknya, k.
sabar, tau, sebab sabar itu subur.
tak sabar masuk kubur..
: )

Sunday, November 8, 2009

sahabat sejati

salam.
Seseorang berkata kepada Junaid, “Sahabat sejati sangatlah jarang saat ini. Di mana aku dapat menemukan seorang sahabat sejati?”
Junaid menjawab, “Jika kau menginginkan seorang sahabat yang memelihara dirimu dan menanggung bebanmu, maka yang demikian sangatlah jarang. Namun, jika kau menginginkan seorang sahabat sejati yang bersedia kau tanggung beban dan penderitaannya, maka begitu banyak yang dapat aku perkenalkan kepadamu.”

yang mengenal dirinya mengenal tuhannya

review final semalam..

salam.
nk nyambung sikit cite bola semalam..
adoyai! itulah gua punya summing up of the game. langsung tak live up to the billing..
buat naya org klate travel jauh2 pg bkt jalil tgk team diorang main mcm bdk2 bwh 15 thn peringkat daerah je.. baik dok rumah tgk tv je..

puak2 klate main memang tak relax langsung. ada la 2,3 org yg nampak maintain composure mcm daud su, indra, tp yg lain2 tu hancus!
negeri pun takde la bagus beno tapi lbh baik dari klate la.. gamaknya puak2 yg main final semalam tgk crowd giler punya ramai, tu yg terkedu kot..

senang cite, game potong stim la. gua tak kisah mana pun klate kalah tapi standard game macam gua main bola dengan budak2 form 5 time pendidikan jasmani je. silap hari, kitorang lagi bagus. betul, gua tak kencing!

kalau lu org perasan, perangai penonton pun macam sial. buang mcm2 kt track n padang. bengong betul la.. org nk pg tgk bola, bukan pg buang sampah. akai tak cukup! yg maksimum bangangnya penyokong klate siap bakar bangku lg.. adoi! sabo je la byk!

itulah senario bolasepak malaysia. layankan je la..

Saturday, November 7, 2009

final piala malaysia, beb!

salam.
malam ni final piala malaysia, beb..
negeri sembilan lawan kelantan.
dulu time budak2, awal 20'an, masa tahun 70'an n 80'an memang gua layan sangat bola malaysia ni. time tu gua dok pj dgn famili gua, memang selalu sgt la pegi stadium merdeka tengok selangor atau malaysia main.. terkenang masa tu mesti lepak kt obor, bertentang scoreboard.. kaum mesti ramai punyalah: kitorg budak ss3, budak kawasan melayu pj old town, budak seksyen 14, budak bangsar, budak kg baru, budak keramat, dll.. kiranya, memang ramai bebeno kaum.. memang meriah giler2 punya time tu..
pastu hujung 80'an dan 90'an gua asyik layan kepala je, n selangor n malaysia pun main macam cap ayam, gua takde la nk layan sangat..
tapi gua ikuti jugak la perkembangan, kan.. takde la koman sangat..
jadi malam ni gua nak layan bola, sebab frenzy dia mesti mengalahkan, tiket pun dh habis, suspect game mesti racun kot..
personally gua ssokong kelantan sebab gua pernah dok sana dulu, tapi gua mengharapkan game yg menarik.. janji meriah crowd, kan..
ok la, gua nk bawak anak gua g klinik jap.. lain kali nyembang, k.
selamat!

Monday, November 2, 2009

jiwa kacau..

salam.
my last entry was more than 7 days ago..
i've been bz since then to update my blog. well, what do u expect when the venom of worldly affair is at its best? lara la jawabnya..
bila keracunan terlalu tinggi, jiwa kan terasa kosong, tak puas, gelisah. itu yg gua rasakan sepanjang seminggu ni..
jauh jugak tersasar dibuai kelaraan dan keracunan. mujur tersedar, insyaAllah, alhamdulillah.
petang tadi jumpa kaum sorang yg minat beno mencari jalan menuju tuhan. bagus le gitu, kan..
tapi bak kata depa, 'pagi mencari petang mendatang', maknanya tiada jalan yang mudah, tiada jalan pintas untuk berjaya, namun kesungguhan insyaAllah membuahkan hasil. apapun, berserahlah padaNya kerana semua adalah Dia belaka..
layan....
 

Bali Accommodation