Friday, July 31, 2009

nafs..

salam.
di mana kita?

kamaliah
mardiyah
radiyah
mutmainah
mulhammah
lawwamah
ammarah

ikhtiarkanlah memanjat
tingkatan nafs, insyaAllah.

-true life-




still air
still in the air
as dead as the darkness
that creeps into the night
of my life..

still air
feel it everywhere
feel aware
of thing to care
have to start to beware
for my life..

to liberate
the unliberated
need to retaliate
the venom in my heart
need to escalate
for sin to drift apart
from my life..

to be contented
of everything pre-decided
to live life
without a life
is the true life
for my life..

guala!
kd pelandok 290709

terkenang.. iii

Lbh kurang 7 setengah sampai la kitorg kt kemaman.. tak tahu mana nak tuju. Lapar punya pasal kitorg pun pegi la kedai mamak. Duit masa tu tinggal rm20 lebih2 je. Oleh kerana gua yg tua, gua tolong budgetkan. Seme orang dapat canai dgn the tarik je. Tapi rokok Marlboro dua kotak, ha! Habis sarapan seme, tinggal la lima enam ringgit je.. oleh kerana kitorg nk pegi jugak ke kb, maka kitorg telah pegi ke taxi stand. Bila Tanya teksi ke kb, drebar tu ckp sebuah kete rm80. Maknanya dua buah teksi rm160 la.. oleh kerana yakin yang pakcik si muet ni nanti akan bagi sen, kitorg pun chartered la dua buah.
Setelah menunggu sehingga pukul 10, kitorg pun bergerak la. Perjalanan tu terasa sangat panjang bagi gua yg tak henti2 mereka idea untuk digunapakai bagi cover line nanti. Lebih kurang dekat zohor sampai la kitorg kt kuala Terengganu. Salah sorang drebar tu tak jadi teruskan perjalanan dan dia mintak separuh bayaran iaitu rm40. Mana la kitorg nk cekau rm40, beb! Drebar tu bengang jugak tapi setelah diterangkan yg kami akan bayar penuh sebaik je sampai kb, dia cool sikit.. adoyai! tengahari tu pakat tak makan nasi semenya. kongsi minum sirap je.. :(
Dari kuala Terengganu ke kota bharu mengambil masa 3 jam, dan akhirnya lbh kurang jam 6 kitorang pun sampai la kt rumah nenek si muet. Tu dia! Rumah kt bawah lembah, kt bulatan kijang. Sape biasa main kb, tau la dia.. Rumah kampong dah satu cite la, ini pulak orang miskin, beb, nenek dia. Memang la pakcik dia ada, dan pakcik dia pun kaki mantul, tapi mana pakcik dia ada sen.. adoyai! Tua macam gini..
Bila drebar teksi tu tau yg kitorg takleh nak bayar dia, punya la terbakar dia. Dia ugut nk heret kitorg pegi balai. Jenuh la kitorg merayu. Nenek si muet ni pulak pegi ke rumah jiran2 mintak pinjam sen. Memang kitorg ni sial betul la, gua rasa masa tu.. akhirnya dekat maghrib, dapatlah dikumpulkan rm160 untuk bayar duit teksi tu. Naya kt nenek si muet.. bila dh selesai cite tu, kitorg pun mandi dan bawak bertenang jap. Nenek muet hidang kami nasi lauk ikan kering dengan budu je. Itu la first time gua jumpa budu.. kalau ikutkan, mmg tak lalu, tapi dh lapar punya pasal, hentam saja la..
Dah makan, kitorg pun plan la utk tindakan seterusnya. Ye la, hari dah sabtu, isnin nanti nak sekolah, duit dah takde, kete dah terbarai, kitorg pulak dh dok kt kb ni, yg pada ketika itu standard duduk hujung dunia la.. celah2 tu siap hutang pulak rm160 dengan nenek si muet ni. Memang bengong la jugak.. sakit kepala memikirkan apa yg seharusnya dilakukan..

Thursday, July 30, 2009

aku mencari tuhan.. iii


salam.


firman Allah swt: fa ainama tuwallu samma wajhullahi.
artinya:'kemanapun hadap kamu disitu zat Allah.'

sabda rasulullah saw: man tholaba syai'an bijiddihi wajadahu.
artinya: 'siapa yang menuntut sesuatu dengan kesungguhan, pasti dia mendapat.'


sabda baginda lagi: man 'amila bima alima warastahullah ilma ma lam ya'lam.
artinya: 'siapa yg mengamalkan apa yg diketahuinya, Allah akan mengajar kepadanya ilmu yg tak diketahuinya.'


awal agama mengenal Allah,
kenal Allah kenal diri,
kenal diri kenal Tuhan,
kenal Tuhan binasa diri,
binasa diri nyatalah Tuhan.

wallahualam.


aku mencari tuhan.. ii


pucuk paku dalam perahu,
perahu bawa pergi ke seberang,
carilah aku di dalam aku,
aku sembunyi di dalam terang.

Wednesday, July 29, 2009

aku mencari tuhan..

aku mencari tuhan.
di kala senja menjelang.
di tepi laut luas terbentang.
yang tiba,
hanya seruan azan,
menjemput aku,
menghadap tuhan.

Tuesday, July 28, 2009

-jalan yang lurus-


"pimpinlah @ tunjuki kami ke jalan yang lurus"- al-fatihah @ ummul kitab ayat 5.

hari2 kita mesti jalan, tak kira la nk pegi mana pun, dan yg pastinya takkan dapat jumpa jalan yg lurus. mesti konar2, simpang, traffic light, roundabout, u-turn pun ada, siap jumpa signboard lagi,dan mcm2 lg..
jd, bila masa nk jumpa jalan yg lurus? kiranya tamsilan ini sememangnya untuk perjalanan jiwa, maka, adakah jiwa kita menuntunkan kita jalan yg lurus, atau kita masih asyik dibuai lara dunia? hakikatnya, jalan yg lurus memang terbentang kt depan kita, tinggal lg kita mampu @ mau atau sebaliknya untuk melayannya. apatah lagi kehendak hakikat jiwa ini pastinya tidak cocok atau selari dengan kemahuan jasmani amnya. jiwa sudah tentu ingin yg suci sesucinya, indah seindahnya, seronok seseronoknya. dunia juga menjanjikan perkara2 yg seakan-akan sama, tapi bezanya barang mana ia bersifat dunia, maka takkan kekal akhirnya.
walaupun jiwa sedar itu semua tetapi keracunan dunia dan segala kehendaknya tetap memesongkan kemudi ke arah lara. sudah pasti kita juga mesti berpijak di bumi yg nyata, melakukan seperti mana kehidupan orang lain: bekerja, berkeluarga, bersosial, dll.
tapi janganlah sampai saat dan ketika di mana semuanya itu menjadi fitnah di hari depan kelak. semua itu dijadikan alasan atas keteledoran diri sendiri. sememangnya tiada daya upaya melainkan kuasa Nya, tapi Dia juga menyatakan kita akan dibantu bilamana kita membantu diri sendiri. saban hari kita memohon tak kurang 17 kali akan pimpinan ke jalan yg lurus, tapi adakah kita sendiri berusaha sedemikian rupa?
jadi, perlu apa lagi bercakap panjang, berangan tak berkesudahan, bila kita pasti kematian semakin menghampiri, dan segala duniawi dan seisi akan ditinggal pergi.
bangkitlah jiwa! bangkitlah! bangkitlah menuju kematian=kehidupan yg abadi..



the moral of the story: byk mana simpang, konar, signboard yg kita tempuhi, destinasi yg nk tujui pastikan sampai. jangan sesat dh. jenuh nk cari jalan pulang, beb!




-kata gua pada gua-

terkenang.. ii

..bila org kg tu tengok yg kitorg ni bdk2 je, diorg pun takde la nk marah sgt. Tapi dalam hati mesti terbakar jugak gua rasa. Kitorg pun pinjam torchlight dan terus tukar tayar belakang yg meletup sebab langgar tiang td. Kaum gua si arif terus demam, pucat lesi gua tengok dia. Kesian.. sebaik saja tayar dh tukar, org kg pun balik la rmh mereka nk cari lilin, pelita dan sebagainya untuk menerangi kegelapan malam. Gamaknya la..
gua pun ajak kaum masuk kete dan bila dh start enjin, dalam kete yg separuh terbarai: bumper belakang dan sisi kete sebelah kanan dah terbarai, hampir nk terlerai, gua pun nk balik la ke pj. Tapi kaum gua berbelah bagi pulak. Adoi! Jadi kitorg meeting jap, dan yg bangangnya, majority nk pegi kb jugak. Adoyai! Kete dh tak serupa kete, ni diorg nk pegi jugak. Kalau ikutkan gua, balik je la. Gua dh potong stim giler, tak tau mcm mana nk jawab kete dh terbarai ni.. Oleh kerana demokrasi, diorg menang, jd gua pun mengalah la. Kitorg masuk semula dlm kete, dan bila nk start enjin, tak leh pulak!
Jenuh start tak leh jugak, last2 tolak dan masuk gear. Kesudahannya lampu bateri yg merah kt dashboard td tu pun terus kong.. mampuih! Kitorg pun tolak kete masuk dlm semak kt bawah pokok, bawak keluar seme brg2, kunci kete dan bla gitu je menghala kota baru. Masa tu jam dh 11steng dan kitorg lbh krg 10 batu lg dari kemaman. Kitorg pun menapak la ramai2. Jalan dalam keheningan malam, dan seme orang dibuai perasaan masing2. Nk hisap rokok pun, rokok dh habis..
lbh krg 10minit jalan kaki, kitorg sampai satu kawasan yg cerah dan berpagar, tertera signboard ‘kabel dasar laut’, klu tak silap gua. Gua Nampak ada van kt situ dan gua pun ckp kt kaum , kita mintak tolong sape2 kt dalam tu htr kitorg pegi kemaman. Gua pun bg la salam. Tak lama sorg brader ni keluar. Dia pun heran dan terkejut tengok kitorg budak2 tengah2 malam buta in the middle of nowhere. Brader tu pun tanya la apehal. Gua apa lagi terus kencing brader tu yg kononnya kitorg punya duit yg kononnya kitorg himpun dan bagi izlan pegang, dah cicir n hilang. Jadi kitorg pun berjalan kaki dari kuantan. Brader tu bila dengar yg kitorg jalan dari kuantan, terus terperanjat beruk, beb! “engkau org jalan kaki dari kuantan? Jauh tu! Dekat 12 batu!” kitorg buat muka seposen je seme. tapi memang letih pun.. Brader tu ckp dia tak leh nk htr kitorg sebab van tu bukan dia punya tapi dia offer kitorg tido kt quarters bujang dia. Dia siap suruh kitorg buat kopi dan bagi rokok lagi. Punya la kesian gamaknya.. : )
Bila brader tu dh pegi keje balik, kaum gua dh lena, gua masih tak leh nk tdo. Sampai la 4steng bru la lena2 ayam. Risau dan serabut tahap maksimum! 6steng gua dh bgn dan gua kejutkan lain2 ajak bla dari situ. Lbh krg pkl 7, kitorg naik bas menuju ke kemaman tanpa bgtau pada brader tu pun.. gua dapat tau kemudian yg petang tu brader tu round kg, dia nampak tiang tumbang, dia pun tanya la apehal. Bila org kg cite kt dia kisah semalam, punya la terbakar dia sebab dh kena kencing. Memang la sial!

sambung lain, aaa..

Monday, July 27, 2009

terkenang..

senjakala tiba lagi..
dh seminggu senja gua berada di sekolah, sementara menanti kelas malam kang pukul 8.
apapun, gua rasa seronok @ syur begini. bukan apa, boleh bawak bertenang, sambil menyelam jiwa. jauh gua mengembara bila ketika begini..
kadang2 bila mcm gini gua bernostalgia, biasa la, kan, terkenang.. tapi orang cakap barang yg lepas jangan di kenang. tapi mana boleh tak kenang. terutama perkara yg mengusik jiwa. kisah budak2, time sekolah, time angau, time keje tak tentu hala, buat perkara2 yg zahirnya memang tak berfaedah, dan mcm2 lg la..
*antara yg tak leh gua lupakan adalah persitiwa semasa gua upper five @ mengulang spm. time tu gua memang buas giler. Setakat sekolah tu biasa la kalau memonteng.. ada satu hari tu, cuti birthday agung. member gua izlan, baru form three masa tu, ajak gua dan kengkawan yg lain- net, lutfi, arif, muet, dan lg 2 orang gua dh lupa nama, pegi kota baru. dia suruh gua bawak kete org tua dia. kononnya bila sampai kb nanti pakcik si muet akan bagi rm400 untuk shopping di Golok. pastu dia siap cakap yg kitorg boleh hisap ganja sebanyak mana kitorg nak. peh! mana jiwa tak tergoda. jadi petang jumaat tu, gua bgtau orang tua gua nk pegi penang, konon2nya. gua pun pegi rumah izlan dan amik kete org tua dia. gua tanya la kt dia mana org tua, dia ckp diorg blk kg dan kete honda accord boleh di rewang tapi by sunday petang kena htr balik. gua pun bawak kete tu pg amik kaum yg lain. padahal masa tu mak bapak si izlan ni pegi keje je. sial betul la!
bila dh amik seme kaum, pkl 4 suku, kitorg pun cargas! dengan takde lesennya, dengan duit rm10 je gua bwk, pkl 9steng sampai kuantan. sepanjang jalan kitorg menyanyi, seronok sesangat.. berhenti kt teluk cempedak untuk dinner dan isi minyak. siap tulis nama atas pasir lg. tu la first time gua sampai kuantan.. masa tu duit kitorg dh tinggal rm30 je. tp apedehal, beb! nanti sampai kb kitorg kaya la.. : ) konon2nya..
lbh krg jam 10steng kitorg bergerak semula. gua pun suruh pasang lagu p.ramlee sebab dari ptg td asyik lagu org putih je.. tgk2 lagu p.ramlee takde. ada lagu alleycats je. ok la tu, gua ckp kt diorg.
dlm perjalanan kuantan ke kemaman, mmg gelap giler. dari jauh nampak cahaya lampu je yg dtg ke arah kitorg. dh dekat baru nampak: kete, van, lori, kete, kete, lori.. lbh krg sejam jalan, time tu lagu, "dikeheningan malam indah syahdu.." depan gua nampak cahaya. bila dh dekat, rupa2nya treler dh makan jalan gua, sial! gua apa lagi, terus balas stering dan kete pun jatuh ke tebing. kaum gua seme menjerit. gua pun balas balik stering naik balik atas jalan dan elok2 je miss bontot treler tu! bila terlepas nk langgar treler, kete masa tu nk langgar tiang letrik kt seberang jalan sebelah sana pulak. lagi sekali gua balas stering tapi kali ni tak dan nk lepas dan sisi kete sebelah kanan kt tayar belakang terus langgar tiang tu. dan tiang tu pun patah... tinggal tak tumbang je lagi sebabkan wayar letrik yg sangkut pada tiang tu. dalam masa yg sekelip je tu, gua nampak api keluar dari wayar letrik dan rmh2 kg kt tepi jalan seme padam lampunya.. orang kg masa tu tengah tgk cite potret maria. gua ingat lagi..
sebaik je langgar tiang tu, kete tu terus pegi ke seberang jalan sana balik, tapi kali ni sempat gua kontrol, dan akhirnya berhenti la kete tu.. seme ni berlaku dalam masa +- 5 saat je.. sebaik je kete berhenti, gua pun keluar kete dan gua mintak dlm hati biar la ini seme mimpi. tapi haram! ini realiti, beb! gua terajang tayar kete dan berkata, biar la ni mimpi, biar la ni mimpi.. gua tengok kaum gua seme ada lagi, dalam keadaan pucat lesi, dan terperanjat giler..
tak lama, org kg pun keluar, siap dengan parang dan torch light. bila diorg tengok kitorg, diorg seme terperanjat sebab budak2 je: gua form five, dua orang form four, lagi 4 orang form three. adoyai!

dh maghrib, da! lain kali gua sambung lg, k.

*peristiwa ini berlaku jun '83

escapism gua- ii




perkara yang gua layankan saban petang: layan green!

Asraru'l Arifin-iii

Tuhan kita itu seperti Bahr al-amiq
Ombaknya penuh pada sekalian tariq
Laut dan ombak keduanya rafiq
Akhir kedalamnya jua ombaknya ghariq

Lautnya Alim halunnya Ma'lum
Keadaannya Qasim ombaknya Maqsum
Tufannya Hakim shu'unnya Mahkum
Pada sekalian alamin inilah rusum

Jikalau sini kamu tau akan wujud
itulah tempat kamu shuhud
Buangkan rupamu daripada sekalian quyud
Supaya dapat kedalam Diri qu'ud

Pada wujud Allah itulah yogya kau qaim
Buangkan rupa dan namamu daim
Nafikan rasamu daripada makhdum dan khadim
Supaya sampai kepada Amal yang khatim

Jika engkau belum tetap seperti batu
Hukum dua lagi khadim dan ratu
Setelah lupa engkau daripada emas dan matu
mangkanya dapat menjadi satu

Jika belum fana daripada ribu dan ratus
Tiadakan dapat adamu kau hapus
Nafikan rasamu itu daripada kasar dan halus
Supaya dapat barang katamu harus

Hamzah Fansuri sungguh pun daif
Haqiqatnya hampir pada Dhat al-Sharif
Sungguh pun habab rupanya kathif
Wasilnya daim dengan Bahr al-Latif

inilah dia Bayt Lima Belas.
Tamat sudah.
Wallahualam.

Friday, July 24, 2009

escapism gua..

lukisan gua kt markas gua kt sekolah gua. berapa byk gua, da!

Tuhan itu hampir.. III

salam.
dikatakan semasa Rasulullah mikraj ke sidratul muntaha untuk terima perintah solat, baginda bertemu dengan Allah. Persoalannya bertemu setara mana? mcm kita bertemu kwn2 ke?
Dalam kitab Syajaratul Kaun karangan Ibnu Arabi, beliau menyatakan ketika pertemuan Rasulullah dengan Allah itu berlaku, ia sangat hampir, malahan lebih hampir dari dua mata anak panah yg bertemu (surah an-najm:9). Ha! amcm, beb? apa lagi yg nk diterangkan @ dinyatakan?
Dekat @ hampir itu tak dapat diibaratkan sebab takde jarak, ukuran yg jelas, dan jugak ruang lingkup. sekiranya boleh diibaratkan, maka Allah terkurung dalam dimensi ciptaanNya sendiri. mana mungkin itu berlaku.
Rasulullah bersama Allah tanpa dimensi ruang dan waktu, tidak sekarang dan tidak pula dalam alam tertentu.
Pada dasarnya, tiada sesuatu pun yg sama denganNya, Dia tidak berada pada sesuatu, tidak pula di atas sesuatu, tidak berdiri pada sesuatu, tidak perlu pada sesuatu. tidak dapat dibentukkan, dan diserupakan.
Yang pasti pada pertemuan Nya dengan kekasihNya, Dia menyampaikan kepada hambaNya Muhammad suatu rahsia dari suatu rahsia yg ada dalam rahsia.
Wallahualam.

-selamat menunaikan solat Jumaat-

Thursday, July 23, 2009

Tuhan itu hampir.. II

salam.
Tuhan itu hampir, tau x? hampir setara mana, beb? orang cakap, masa solat waktu sujud itulah yg hampir sekali dengan Tuhan. itu sebab sesetengah orang memanjangkan sujudnya dan berdoa pada ketika itu. tp, hampir macam mana tu?
Dia pernah berfirman, yang maksudnya lebih kurang begini,"sesungguhnya Aku sangat hampir kepada kamu, malahan lebih hampir dari urat yang ada dalam batang leher kamu itu."
Peh! macam mana nk cite hampir ni?
ada sekali gua ngaji, depa kata Tuhan itu dekat tiada bertepi jauh tiada bersempadan. Boleh ke lu orang hadamkan?
saja la tanya n saja la cite, untuk gua jugak, kan. Selamat!

Tuhan itu hampir..

Sejengkal seorang hamba dekati Tuhannya, sehasta Tuhan akan datangi. Selangkah ia datangi, seribu langkah Ia akan berlari menjemput.

Adoyai! -2

salam.
dh 3 malam gua g ngaja kelas unitar. cari side income, beb. kontrak sebulan, mesti cover 80 jam, senang cite skali pg ngaja 4 jam la.. peh! 20 hari pegi ngaja, selesai la.. skali2 dikenang, tua, beb! tapi layankan.. yela, sementara orang nak, sementara masih mampu, sementara gua masih nak ngaja, gua layankan je seme2 ni.. nanti dapat sen meriah la kejap..
malam td masa on the way balik, memang sial betul la drebar2 n mat2 moto kt malaya ni.. mula2 tu kt traffic light simpang empat, bila lampu hijau gua pun nk belasah kanan la, tiba2 mamat moto yg biul kt arah bertentangan dengan ceren je jalan. sikit lg nk langgar!
pastu ingatkan dh selesai, kt lagi satu traffic light simpang empat jugak, lampu hijau gua nk terus tiba2 ada mamat bawak hilux dari kanan dengan tenang melintas. kita pulak yg kena brek. sakit jiwa betul la puak2 ni..
dh banyak kali gua tenguk motorists kt malaya ni buat bangang je kt traffic light. biasanya diorang nk kejar lampu sebelum merah atau melintas seolah2 lampu isyarat tu x wujud. bila gua pikir2 balik, orang mcm gini samada memang kiasu tahap maksimum @ akai tak berapa nk cukup @ dh layan ice lebih2. diorang ni seolah2 meminta2 berlanggar. gamaknya diorang ni ingat bila berlaga tu takde benda kot, adoyai!
iyekan je la..

Wednesday, July 22, 2009

Adoyai!

Kelmarin hari minggu kt sekolah kelab bolasepak menganjurkan pertandingan 7 sebelah tertutup. Gua selaku guru penasihat kena la pegi..
Pkl 8 lg gua dh ada kt sekolah. Bukan apa, standby takut ajk kelab buat bangang pulak. Mujur la diorang seme dh sampai.. 8steng lbh krg 1st game pun mula.. mula2 cuaca mild je sampai 10 stng, pastu panas mengelip.. peh! Tengok bdk2 main gian pulak rasanya. Kebetulan ada satu team tu, tapai terbang, tak cukup player. Jd dapat la main dgn team diorang. Team tu tak bagus, kiranya lebihan school player le. Sikit baik dari kaki bangku..
Gua as usual control midfield. Gua pun takde la bagus sangat, standard Socrates je. . : ) first round main dua game. Seri 0-0, dan menang 2-0. Walaupun main 15minit je, tapi, peh!, nafas keluar habis lubang: kot hidung n mulut biasa la, ni keluar kot pusat dan jubur dh rasanya..
Bila 1st round habis, ngam2 zohor. Gua pun cargas blk rmh. Bukan xnk tunggu, tapi banyak lg keje nk buat kt rmh. Tapi bila sampai rumah, lepas lunch n solat, punyalah lesu. Mula2 ingat nk baring jap. Tengok2 terus terbongkang.. dua jam jugak la hanyut.. adoyai! Bila sedar dh pkl 6, mula la kelam kabut. Konon2 nk lap kipas tp haram! Yang dan buat adalah siram pokok, dan basuh kete kanz n moto gua je. Pas tu hari pun maghrib..
Seperti biasa, berjemaah dengan anak2. Isya’ ke musalla jap. Niat nak buat kenduri sebelum puasa nanti, jd gua pun catat la nama kt whiteboard surau booking hari n tempah khemah. Lazimnya gua buat kenduri ajak qariah n kulaan n close friends je. Sementara mampu buat, layankan la. Cite tentang buat kenduri ni, standard tahlil n doa selamat je, n panggil org kampong n kaum kerabat pun, tak kurang 1k mesti terbarai, beb! Tapi rezeki ni Allah Taala yg Empunya, dan kita hanya panjangkan kepada yang berhak je. Gua cikgu je, beb. Tak la banyak mana sen pun. Tapi bila dikenang2, apa la nak berkira sangat, kan.. kena pulak gua pun jenis boros jugak, pantang ada duit, nk rewang je. Tu yg orang rumah tak tahan. Adoyai! Ye la, duit banyak2 pun bukan boleh bawak mati, gua cakap kt orang rumah gua.. Yg penting lepas makan minum family, poya2 dgn diorang, dan sedikit sebanyak kehendak dunia dapat tanpa perlu berhutang, selebihnya gua perabiskan je..
Pastu slepas dinner dgn family, pegi beli roti n isi minyak kanz. Balik tu, pkl 10steng, nyinggah kt rumah pek oi. Gaban pun datang.. gua sebulan skali lepak la kt sini. Sederet rumah gua je pun.. kt rmh pek oi ada wakaf, sronok beno lepaknya..
Dh lama tak jumpa mcm2 la nyembangnya.. pek oi cite ke laut dia saje. Hobi dia la, katakan.. pastu cite Michael Jackson jap. Gua bgtau kt diorang yg mj ni sebenonya dh Islam n dh pegi haji pun dengan raja kt Bahrain tahun lepas. Patutnya concert yg dia nk buat tu last concert la, dan dia nk maklum kt dunia yg dia dh amik Islam sebagai cara hidup. Tapi puak kafir tak leh terima, tu yg dibunuhnya. Gua pun cite apa yg gua baca la.. pastu cite man u lwn Malaysia pulak. Last2 cite kematian anak cina kt sprm. Personally la, gua rasa sprm mesti terlibat dalam kematian dia. Gua pun cite la apa gua baca kt website n blog. Si pek oi n gaban ni malas sikit nk membacanya. Jenuh jugak la bercerita dgn diorang. Adoyai! Sabar je la.. Sedar2 dh dekat tgh malam, beb! Besuk nk keje. Gua pun cargas balik. Tapi tak leh nak lena sebab mcm mana nk lena, petang td dh keras baguih punya.. layan la ‘three stooges’. Memang lawak betul ‘three stooges’ malam tu. Jenuh gelak sorg2. Siap control lagi sebab org rumah n dania dh tido.. akhirnya dekat 1steng gua pun mengalah.. maka mati la gua. Sekian. : 0

i see U




I see You
In the morning sun
Shining, glaring, scorching, smiling..

I see You
In the cold rain
Glistening, shivering, crying, dancing..

I see You
In the blue sky
Soothing, cooling, relaxing, dreaming..

I see You
In the night stars
Twinkling, glittering, dreaming, hoping, wandering..

I see You
Everywhere anywhere
Everytime all the time

Because You are my life
The air that I breathe
The rainbow in my heart
The picture in my mind
And You will always be
The Love of my life….

nkchai feb ‘07

Saturday, July 18, 2009

Solahudaim


salam. khusus untuk Aku.


solahudaim boleh ditakrifkan sebagai solat sepanjang masa, iaitu penyaksian diri sendiri zahir n batin tanpa henti2.


jikalau di dalam solat kerja kita adalah untuk menilik diri batin kita tanpa menolehkan hati ke arah lain, maka solahudaim adalah penyaksian sebenar seseorang itu terhadap diri batinnya pada setiap masa.


solat adalah latihan awal bagi kita melatihkan diri supaya menyaksikan diri batin kita yang menjadi rahsia Allah, maka setelah berjaya, haruslah pula kita melatihkan diri supaya dapat menyaksikan diri batin pada setiap ketika sepanjang hayat kita.


syarat yang perlu untuk mendapat maqam solahudaim adalah:

pertama, seseorang itu harus memahami dan berpegang teguh dengan hakikat kelakuan zikir nafas.

kedua, seseorang itu harus terlebih dahulu mendapat hati nurani @ nur qalbun.

ketiga, seseorang itu hendaklah menemui dan mengamalkan solat Rasulullah.

keempat, seseorang itu telah pun mengalami khawaful khawah.

kelima, seseorang itu telah pun memahami dan dapat berpegang dengan penyaksian sebenar.


sesungguhnya sukar, walaupun tidak mustahil, untuk mencapai maqam solahudaim. apatah lagi seandainya tiada panduan penuntun jalan @ mursyid yang berkhidmat kerana Allah semata2.


segala yang dinyatakan di atas adalah sekadar ringkasan untuk bacaan sahaja. jika ingin ketahui selanjutnya dan sehalusnya, carilah penuntun jalan agar ketemui jalan pulang, insyaAllah.


sememangnya sangat sukar menemui mursyid pada zaman ini lantaran keracunan dunia yang semakin hebat dan menjadi2. sukarnya menemui mursyid adalah ibarat mencari sebilah jarum di celah rerumputan di padang kehijauan.


walaupun demikian, sekira kita sanggup bermujahadah, nescaya Allah akan permudah.


wallahualam.

mj



Michael Jackson (MJ) was known as the most loving person in the world. He gave up most of his assets for charity and all his life, he fought for equality of the African Americans, AIDS victims, Against Drug Abuse, Against Abortion, Against Child Labor and secretly channelled his properties for the hungry children of the world. However, he wasn't peace at heart. He always think of himself as a child trapped inside a man's body. Being Peter Pan is all his dream, never to grow up, forever a child. That inspires him to build Neverland - a heaven for children. Children of all ages and races are welcomed to Neverland. MJ had so much love to give.

However, he made a mistake which he didn't know of the consequences. He saw the peaceful life his brother, Jermaine (Muhammad Abdul Aziz) had as a Muslim - true, Jermaine faced so much pressure that he moved to Bahrain.

In 1989, MJ made a press conference which shocked the world, "I have seen the Islam in the life of my brother, I have read the books about Islam. And I'd love to someday feel the calmness and peace of Islam...."

Since that, MJ's life was never the same again.
He was accused of so many accusations against child molestation. MJ was not someone who can deal with much pressure as he is a 'delicate child'. All the extortion and black mail followed after that. Everything he did was being seen as wrong in the eyes of the Media. All these are to influence his fans to hate MJ. If he is hated, then he would not be influencial anymore.

For several years, he stayed in England. Getting motivation from a long time friend, Cat Stevens, who had converted into Islam - named Yusuf Islam. From him, MJ learnt how Yusuf had survived being Muslim. He made friends with a song writer, Zain Bhikha too, who wrote a song titled, "GIVE THANKS TO ALLAH", which he wanted MJ to sing whenever he is ready. GIVE THANKS TO ALLAH. You can download this song here:http://www.ziddu.com/download/5617143/MichealJackson-GiveThanksToAllah.mp3.html

Following his trial, MJ withdrew to Bahrain, where he was the special guest of sheik Abdullah bin Hamad Al Khalifa, the son of Bahrain's king. It was then that Michael began to give conversion more "serious thought."
MJ stayed in Bahrain for approximately 3 years. He studied Islam, the prayers and learn to read the Koran (al-Quran).

Finally, he came back to Los Angeles and in November 2008 MJ had formally converted to Islam in a ceremony at a close friend's house in Los Angeles.
He perform Haj with the King of Bahrain and son on December 2008.

He had a hidden agenda when he wanted to make a final comeback. He annouced in a press conference on March 2009, "This will be my final concert. I'll see you all in July...."

He planned that during his concert, he would announce that this is the FINAL concert as he wouldn't be performing anymore. He will declare that he is a Muslim and will only sing with Yusuf Islam and Friends.
At the end of the concert, he will be singing the song, "GIVE THANKS TO ALLAH" with Yusuf Islam. That is the reason why he chose London as his final concert venue instead of the USA. It was because he thought he could escape the USA's extortion, and that he could perform with yusuf Islam who is in England.

At 12.30am, 25th June 2009, he hugged his production manager and said, "After reherasing for 2 months, I am finally ready for the concert..."
Before leaving to sleep, he waved his dancers, "It was a good night everyone. I'll see you all tomorrow..."
The next thing... He was pronouced dead at 2.26am....

When 911 was called, there are so much questions asked. It is as if they didn't know who MJ is and where he lived. The questions asked are more towards to delay time.
The hospital said the autopsy result can only be obtained after 2 months - very illogical as even the worst African technology could obtain the result in less than 2 weeks.

MJ's family members opt for second private autopsy as they started to feel something fishy is going on. The result came out in about 4 days - MJ was drugged with high dosage of anaesthetic - drug that brings about a reversible loss of consciousness, if used to much could stop the heart from beating.

Another result which was not aired in the media was, MJ's stomach is empty of this drug, but his blood were filled with it - same case as the death of Marilyn Monroe.
The private doctors also found many needle marks, afraid to be forced injections given to MJ on his bed.

In CNN Live after a week, Barack Obama was interviewed. And he said, "I love MJ, I grew up listening to his songs. It is a great loss, but rest assured that there is no conspiracy in his death..."


Now, why must a President made such statement before the official autopsy result came out? How would he know that there is no conspiracy without the post-mortem result? Seems like someone is afraid of his shadows.

MJ was known to the world as a person who is against drug abuse. Why must he be addicted to drug, then? If he wanted to commit suicide, why rehearse for his concert? And why will he want to see his dancers the next day?

Enough about his death. I am sure people around the world is not stupid anymore. These supreme power can fool us during the Marilyn Monroe conspiracy, Martin Luther King and Princess Diana. But in this MJ's case, they left too many loopholes for those who think...!!

MJ's family was about to give him a Muslim burial with the help of The Brotherhood of Islam. But, the CIA showed up at Neverland's door - blackmailed them that if they do so publicly, Katherine (MJ's mother) would be pull off from MJ's 3 children's custody as well as MJ's estates.. Instead, they'll hire Debbie Rowe for the purpose, and the court will be in their favour. So much for democracy and fairness...

Finally, they agreed to let MJ have a Muslim Burial in Neverland. But in condition, must show to the public a Christian Memorial Service, as to prove to the world that MJ was never a Muslim.

So, Staples Centre was just a normal show. That's why the coffin was closed and sealed.

MJ was buried days earlier. The Gold Coffin was empty. They were about to bury the Coffin according to Christianity ways in Hollywood - as in their deal with the USA Government.

These happened, because the USA is afraid of the rising numbers of Muslims in the world.

(Sheikh Ha**d)
The Brotherhood of Islam
Buletin of Bahrain


Thursday, July 16, 2009

Asraru'l-Arifin-ii

Ilmu ini haqiqat Muhammad al-Nabi
Menurutkan ma’lum dengan lengkapnya qawi
Daripada haqiqatnya itu jahil dan wali
Beroleh I’tibarnya dengan sekalian peri

Tuhan kita itu empunya Kamal
Didalam ilmuNya tiada panah zawal
Rahman dalamnya perhimpunan Jalal
Berserta dengan Rahim pada sekalian Jamal

Tuhan kita itu yang bernama ‘Aliyy
Dengan sekalian sifatNya senantiasa baqi
‘Ala jami’I’l-alamin AtharNya jadi
Daripada situ jihat-sebab itulah khali

Cahaya AtharNya tiadakan padam
Memberikan wujud pada sekalian alam
Menjadikan makhluq siang dan malam
Ila (abadi)’l-abad tiadakan karam

karangan Hamzah Fansuri

InsyaAllah akan disambung.

Tuesday, July 14, 2009

24-7

solahudaim

'heart' ciluk dr wak jono. jgn marah, ha!

Monday, July 13, 2009

alam saghir


salam.

diriwayatkan suatu ketika Jibril menziarahi Muhammad lalu berkata Jibril,"ya Rasulullah, sesungguhnya diri kamu(yakni alam saghir) lebih luas dan tiada bertepi dibandingkan dengan dunia ini(yakni alam kabir)."


wallahualam.

Saturday, July 11, 2009

jumaat n sabtu gua..


Semalam jumaat prasaan seronok lebih.. ye la, nk masuk weekend, boleh bawak bertenang. Kiranya jiwa tak kacau la.. apapun petang semalam, pas maghrib ada tuition. Cari makan, beb.. so, after solat, di kala remang senja, terus cargas ke manjung.
Hari masa tu day turns to night la, bak kata orang putih. masa tengah cruising bawak moto, kt depan gua langit kaler tersangat la happening; oren gelap + biru + biru gelap + merah nyala giler. Peh! Tuhan punya kerja, da! Prasaan masa tu ‘bliss’ @ syuuuur (ga)! Dengan kapas2 awan yg berkepul dan beralun.. racun, gua cakap lu.. Pada masa yg sama trasa seolah riding into the horizon. Bagaikan ditelan ufuk kemerahan..


Layan….


Hari ni sabtu pagi2 lagi dh cargas ke Pekan Sabtu kt Batu 10. Pekan ni macam pasar malam jugak tapi waktu pagi le. Pegi dengan missus dan dania. Seronok pegi pecan ni sebab ramai kaum= kenalan, yakni orang kg, dan kulaan. Batu 10 ni ada simpang pegi rumah mertua gua, kt sungai tiram. Dekat je, lbh krg 2 km . memang ramai bebeno kulaan gua kt sini. Kulaan org rmg gua sebenarnya. Gua tumpang je..
Balik pekan pas breakfast, cas dulu, pastu terus cargas mesin rumput keliling rumah, pruning pokok kemboja dan kaktus. Sampai tengahari jugak la layan kepala.
Sementara nk lunch, buat 2,3 posting.. pas makan, mandi, g tuition lagi..
Petang pas asar pegi amik kete hantar cat. Tak la banyak touch upnya, kt hood depan je. Minggu lepas masa balik pj, selisish dengan lori yang kebetulan pecah tayarnya. Serpih tayar celup yg pecah tu terus berlaga dengan hood depan. Kemek la sikit. Sebenonya, tak la nampak sangat, tapi, tak tahan mata nengoknya.. hantar semalam, hari ni siap. Selamat 150.. xpe, janji seronok..
Ni dh malam, tunggu nak amik anak2 balik ngaji, isya’ kt surau insyaAllah, dinner, cas sikit, dan terus bawak bertenang. Habis2pun, blogging jap @ tgk tv. Pastu, keras.. selamat!

845 malam bulan tenggelam..

-cinta-

semoga perasaan cinta tidak melenakan....

Hujan sore ini




hujan lagi...


katanya di saat ini lah berkah melimpah


karena Mikail sedang menumpahkan salah satu rizki dari langit


aku suka hujan


dingin


teduh


romantis


nyaman


tapi...hujan sore ini menahanku di tempat


semoga hujan ini mereda


dan ku bisa pulang dengan segera


karena tak ada tempat senyaman rumah;(




teh emma 220807

Kembali pada Allah


Jika engkau belum mempunyai ilmu, hanyalah prasangka,
maka milikilah prasangka yang baik tentang Tuhan.
Begitulah caranya!

Jika engkau hanya mampu merangkak,maka merangkaklah kepada-Nya!
Jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk,
maka tetaplah persembahkan doamu yang kering,
munafik dan tanpa keyakinan;
kerana Tuhan, dengan rahmat-Nya
akan tetap menerima mata wang palsumu!
Jika engkau masih mempunyai
seratus keraguan mengenai Tuhan,
maka kurangilah menjadi sembilan puluh sembilan saja.
Begitulah caranya!

Wahai pejalan!Biarpun telah seratus kali engkau ingkar janji,
ayolah datang, dan datanglah lagi!
Karena Tuhan telah berfirman:“Ketika engkau melambung ke angkasa
ataupun terpuruk ke dalam jurang,
ingatlah kepada-Ku,
karena Aku-lah jalan itu.”

—Jalaluddin Rumi—

Asraru'l-Arifin

Salam.

ketahuilah anak adam, bahwa Allah menjadikan kita dari tiada bernama diberi nama, tiada berupa diberi berupa, lengkap dengan telinga, hati, nyawa dan budi. maka kita carilah akan Tuhan kita supaya kita kenal dengan makrifat kita, atau dengan khidmat kita kepada guru yg sempurna yg mengenal Dia, agar jangan keliru dan tertanya2 kita.

adapun sementara belum bertemu dengan yg sempurna bermakrifat, pandanglah pada lima belas bayt. jika tiada kamu faham, maka ulangilah kerana padanya itu perkataan makrifat Allah dengan nyata dalamnya. wallahualam.

Aho segala kita yg menyembah akan Nama,
Yogya diketahui apa yg Pertama,
Kerana Tuhan kita yg Sedia,
Dengan ketujuh Sifat bersama2.

Tuhan kita yg Empunya Zat,
Awalnya Hayy pertama bilang sifat,
Keduanya Ilmu dan Rupa Maklumat,
Ketiga Murid akan sekalian Iradat.

Keempat Qadir dengan QudratNya tamam,
Kelimanya Sifat bernama Kalam,
Keenamnya Sami' dengan adanya dawam,
Ketujuhnya Basir akan halal dan haram.

Ketujuhnya itu adanya qadim,
akan isti'dad alamin sempurna 'alim,
Kerana sifat ini dengan Kamal al-Hakim,
bernama BismiLlahi-Rahmani-Rahim.

karangan Hamzah Fansuri

InsyaAllah akan disambung.

Friday, July 10, 2009

solat itu..




solat itu


bila mana


berdiri hamba


di atas


maqam Muhammad


dan


bila mana


takbir


diangkat


maka


Adam lah dia


tinggal


wujud sedia


Ada


hari hari


hari
hari
adalah
mimpi yang panjang
tak berkesudahan
terpahat
dalam
pohon kejadian
tersirat
di celah celah
daunan
kun...

Thursday, July 9, 2009

apa lagi yang lu cari?

apa lagi yang lu cari?
gua tanya gua..
apa lagi yang lu cari, beb?
pahala?
syurga?
seme tu tak nampak, beb..
banyak mana,
pahala yang lu nak?
sekapal?
sebukit?
sepulau?
pas tu,
nk buat apa
pahala menimbun tu?
gamaknya,
nak beli tiket
ke syurga kot?
lu biar betul, beb!

jumaat datang lagi..

Keutamaan Hari Jumat menurut Imam Al-Ghazali
Dinukil dari Terjemah Kitab Ihya Ulumuddin jilid 2 karya Imam Al-Ghazali (penerjemah Ustadz Ahmad Rofi’ Utsmani)
Hari Jumat adalah hari Raya, Islam diagungkan oleh Allah SWT karena hari Jumat dan dikhususkan-Nya kaum Muslimin dengan hari Jumat ini.Allah SWT berfirman:” …Apabila diseru untuk menunaikan shalat pada hari Jumat, maka bersegeralah kamu mengingat Allah dan tinggalkanlah jual-beli…” (QS. Al-Jumu’ah 62: 9)
Demikian hal-nya pada hari Jumat tidak diperkenankan mengurusi urusan duniawi (yang berlebihan) dan tiap-tiap perbuatan yang menghalangi dari berangkat menunaikan shalat Jumat.
Nabi Muhammad SAW bersabda, “Allah SWT mewajibkan atas kalian shalat Jumat pada hariku ini dan pada tempatku ini.” (HR Ibnu Majah)
Beliau SAW juga bersabda,” Barangsiapa yang meninggalkan (shalat) Jumat tiga kali tanpa ‘udzur niscaya dicapkan oleh Allah pada qalbunya.” (HR. Ahmad)Dalam riwayat yang lain, “…Sungguh, ia (muslim yang meninggalkan shalat Jumat tanpa ‘udzur) telah melemparkan Islam ke belakangnya.” (HR. Al-Baihaqi)
Suatu saat seorang laki-laki datang kepada Ibn ‘Abbas ra. menanyakan tentang orang mati yang tidak pernah menunaikan shalat Jumat dan shalat berjamaah. Jawab beliau,” Di dalam neraka !” Maka orang tersebut bolak-balik datang kepada Ibn ‘Abbas sebulan lamanya menanyakan persoalan yang sama, tetapi Ibn ‘Abbas tetap menjawab, “Di dalam neraka !”
Pada sebuah hadist (yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhori) dikemukakan bahwa Ahli Kitab pernah dikaruniai hari Jumat. Tapi kemudian mereka berselisih sehingga berpaling dari hari Jumat itu. Lalu kita pun diberi petunjuk oleh Allah SWT untuk menerima Allah beri petunjuk untuk menerima hari Jumat. Hari itu dikemudiankan oleh Allah dalam memberikan-Nya kepada umat Islam ini dan dijadikan sebagai hari Raya bagi umat Islam. Karena itu umat Islam menjadi umat yang lebih diutamakan dan didahulukan, sedangkan Ahli Kitab menjadi pengikut mereka.
Pada hadist yang diriwayatkan Anas ra., Nabi SAW bersabda, ” Datang kepadaku Jibril as. dan pada tangannya terdapat sebuah cermin putih, seraya berkata, ‘Inilah Jumat, yang diwajibkan atasmu oleh Tuhanmu untuk menjadikannya hari raya bagimu dan umat sesudahmu.’ Lalu aku bertanya,”Terdapat apakah di dalamnya bagi kami?”Jibrilpun menjawab,“Kalian mempunyai waktu yang diutamakan. Barangsiapa berdoa padanya kebajikan, niscaya Allahmenganugrahi kebajikan padanya, atau jika dia tidak memperoleh kebahagiaan, niscaya kebahagiaan itu diberikanbahkan yang lebih besar. Atau jika ia berlindung dari kejahatan, niscaya Allah akan melindungi dengan perlindungan yang lebih besar daripada kejahatan tersebut.Hari Jumat adalah sayyidul ayyam(penghulu segala hari), jika Kita bermohon pada Allah di hari itu, niscaya di akhirat akan menjadi hari kelebihan.”Lalu aku bertanya, “Mengapa demikian?”
Jibril as. menjawab,“Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla telah menjadikan dalam surga sebuah lembah yang luas dari kesturi putih. Maka apabila datang hari Jumat, niscaya turunlah Dia dari surga yang tinggi di atas Kursy-Nya. Lalu jelaslah Dia kepada bagi mereka, sehingga para penghuni surga memandang kepada Wajah-Nya. (HR Anas)
Pada hadist lainnya Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari ialah hari Jumat. Pada hari Jumat, dijadikan Adam as. Pada hari jumat pula Adam as. dimasukkan ke dalam surga, diturnkan ke bumi, diterima taubatnya, adam as. meninggal dan pada hari Jumat itu berdirinya qiamat. Adalah hari Jumat itu pada sisi Allah SWt merupakan hari keutamaan. Begitulah hari Jumat dinamakan oleh ara malaikat di langit, yaitu: hari memandang ke Allah Ta’ala dalam di surga.
Pada hadist yang lain, disebutkan bahwa pada tiap-tiap hari Jumat, Allah ‘Azza wa Jalla mempunyai enam ratus ribu orang yang dimerdekakan dari api neraka.
Dalam hadist lainnya yang diriwayatkan oleh Anas ra. bahwa Nabi SAW bersabda, “Apabila selamatlah (amal seseorang) di hari Jumat, maka seamatlah (amal) di hari-hari lainnya.”
Bersabda Rasulullah SAW, ” Bahwa neraka jahim itu menggelegak pada setiap hari sebelum tergelincir matahari pada tengah hari di puncak langit. Maka janganlah kamu mengerjakan shaat pada saat itu, kecuali hari Jumat. Maka hari Jumat itu, adalah shalat seluruhnya dan neraka Jahanam tiada menggelegak padanya.”
Berkata Ka’ab ra.,” Bahwa Alah ‘Azza wa Jalla melebihkan Mekah dari segala negri, Ramadhan dari segala bulan, Jumat dari segala hari dan Lailatul Qadar dari segala malam. Dan dikatakan bahwa burung dan hewan yang berjumpa satu sama lain pada hari Jumat mengucapkan:’Selamat…selamat …hari yang baik.’”
Rasulullah SAW juga bersabda,” Barangsiapa yang meninggal pada hari Jumat atau malamnya, niscaya dituliskan oleh Allah SWT baginya pahala syahid dan terpelihara dari fitnah kubur.”
Nah…, sahabats yang budiman, demikianlah Allah dan Rasul-Nya mengutamakan hari Jumat sebagai hari yang diutamakan, bagaimana dengan kita?

Serambi Tashawuf

-qalb-

Orang bertanya kepada Rasulullah saw., ”Wahai Rasulullah ! Dimanakah Allah ? Di bumi atau di langit ?” Rasulullah saw. menjawab, ”Allah Ta’ala berfirman:
Tidak termuat AKU oleh bumi-Ku dan lelangit-KU dan termuat Aku oleh qalb hamba-hamba-Ku yang mu’min, yang lemah-lembut, yang tenang tenteram.

Beranda SULUK

Wednesday, July 8, 2009

life is just a dream..


row, row, row your boat,

gently down the stream,

merrily, merrily, merrily, merrily,

life is just a dream....*


*tak caya, tanya michael jackson @ mikael 1958-2009
 

Bali Accommodation