Thursday, December 25, 2008

nilai setiap nafas

NILAI SETIAP NAFAS
Berkata Kalam Hikmah Sheikh Ibni Atho'illah As-Kandari : Tiada nafas yang engkau keluarkan itu, melainkan adalah bagi nafas itu kadar (nilai) yang dilaluinya.Pengertian dan Huraiannya :Sesungguhnya segala nafas seorang hamba itu dikira-kirakan (dihitung dan dinilai) atasnya, kerana bahawasanya setiap nafas itu menghendaki ia Tajali (pembukaan/pendzahiran hakikat) dan demikian Tajali mewajibkan ma'rifat dan demikian ma'rifat mewajibkan bagi hamba itu 'Ubudiah dan sekurang-kurang 'Ubudiah itu diam di bawah segala takdir Allah kerana melihat hamba akan lemah dirinya (Hakikat Kehambaan) dan bersendirian Tuhannya dengan Kebesaran-Nya (Hakikat Ketuhanan).Keterangan Suluk Setiap nafas menghendaki ia Tajali.Dalam setiap detik kehidupan yang dihitungkan dengan kiraan nafas yang ada pada kita, sememangnya setiap nafas yang kita sedut dan hembus itu sentiasa menanti-nanti dan bersedia untuk menerima Tajali daripada Al-Haq. Tajali inilah yang akan membukakan sirr (rahsia terhalus dari mata hati) kita untuk melihat hakikat kewujudan Allah dan bagaimana hakikat itu didzahirkan. (* namun ini bukanlah berarti bahwa Allah Ta'ala akan mewujud sebagai sosok makhluq. Inilah Hakikat Tajalli yang Sebenarnya. Dzat Allah tetaplah sebagai Dzat-Nya, dan dzat makhluq tetaplah sebagai dzatnya. Allah Ta'ala lah Sang Dalang/Sutradara atas semuanya, dan kita semua sebagai makhluq-Nya tetaplah sebagai wayang/aktor-Nya. -n. kirana)Contohnya apabila seorang kawan memberi hadiah kepada kita, pandangan mata hati kita pada saat dan ketika itu akan terbuka dan melihat Allah yang menganugerahkan hadiah itu. Tidak terlihat lagi (hilang/fana) kawan kita tadi. Jika kita nampak juga kawan kita tadi, pandangan kita akan melihat bagaimana Allah mendzahirkan nikmat itu melalui pentadbiran-Nya, dengan menghantar kawan kita sebagai pembawa hadiah dari-Nya. Terbukanya hakikat pendzahiran inilah dikatakan sebagai Tajali dari Allah Ta'ala. Dengan demikian Tajali mewajibkan ma'rifat.Apabila terbuka hakikat ketuhanan dan terdzahir pada kita kita Tauhid Rububiyah melalui Tajali di atas, bererti seseorang itu telah dikatakan mencapai ma'rifat ('Arif Billah). Dengan ma'rifat ini seorang hamba itu dapat membezakan: - antara yang haq (Allah) dan yang bathil (makhluq) - antara yang benar-benar Wujud (Zat Allah) dan Wujud yang'Aridi/baru (Wujud Makhluq) - antara hakikat ketuhanan dan hakikat kehambaanInilah apa yang dikatakan dengan Tajali Allah.... seorang hamba itu mendapat ma'rifat. Dan demikian ma'rifat mewajibkan bagi hamba itu 'Ubudiah. Apabila seorang hamba yang memiliki ma'rifat tadi dapat membezakan bahawa Allah bersifat dengan Qhani (Kaya), Qawi (Kuasa), Qadir (Kehendak), 'Aziz (Mulia) dan Kamalat (Sempurna), sedangkan hamba bersifat dengan Fakir, Dhoif, Lemah, Kurang dan Hina, sudah tentulah hamba itu mempunyai kesedaran yang tinggi tentang tanggung jawab yang harus dilaksanakan sebagai seorang hamba kepada Tuhannya. Kesedaran yang tinggi inilah akan meningkatkan darjah keimanannya di mana ia harus taat dan patuh kepada apa sahaja yang Allah khitabkan(perintahkan). Hamba ini akan menjadi hamba yang tahu diri di mana sekurang-kurangnya ia wajib redho atas apa yang berlaku dalam kehidupannya sama ada nikmat, taat dan bala. Samalah seperti kita katakan matahari ma'rifat itu menghapuskan kegelapan perjalanan Salik. Maka adalah tiap-tiap nafas itu merupakan Salik berjalan kepada Tuhannya. Kerana inilah telah mengisyaratkan Ulama/Sufi dengan perkataannya : "Bermula jalan kepada Allah Ta'ala itu adalah sebanyak bilangan nafas makhluk. Maka dalam bilangan nafas dalam sehari semalam itu ialah dua puluh empat ribu (24.000)." Demikianlah adab hamba itu dalam segala nafasnya dijadikan bagi Tuhannya agar tiada dipergunakan untuk membuat maksiat kepada Allah. Ini adalah kerana bahawasanya nafas itu merupakan gedung tempat simpanan segala amalnya yang memberi manfaat bagi sang hamba. Terdapat setengah daripada kaum sufiah berpandangan ....dibilangkan(dihitungkan) juga sesuatu yang dapat meluputkan setengah daripada nafasnya itu ialah pada ketika mengunyah makanan apabila makan. Ini adalah bertujuan supaya janganlah sang hamba Istighol (bimbang) pada segala nafas dalam makan, selain daripada zikir. Inilah muraqabah yang tinggi pada makam Al-Suluk. Telah menghitungkan akan kepentingan nafas itu dari segala orang-orang yang dahulu. Tetapi setengah daripada mereka itu berpendapat yang terlebih akmal (sempurna) padanya ialah muraqobah "Thorfatal 'Aini", iaitu setiap kerlipan mata. Dan adalah pengertian muraqabah itu ialah mentahkidkan hati dengan menilik hak Allah Ta'ala dalam batinnya dan dalam zahirnya pada tiap-tiap masa. Barangsiapa memeliharakan (menilik hak Allah) dalam setiap nafasnya, maka hendaklah dihentikannya (tetap dan istiqomah) sekelian ahwalnya (hal dan gerak geriknya). Maksudnya adalah kehidupan hariannya sentiasa tetap dengan ibadat dengan perhatiannya kepada menilik kepada Allah dalam setiap kelakuan makhluk. Setengah daripada faedah ataupun hikmah memandang takdir Ilahiyah itu ialah dapat meninggalkan tadbir (usaha dan ikhtiar kita) seperti yang dikata oleh setengah kaum sufiah dengan kata mereka : Telah luluslah (berlaku) segala takdir Tuhan dan hukum-Nya. Maka senangkanlah hatimu daripada mengharap-harap dan daripada menyesal.Keterangan Suluk Inilah sebahagian daripada kunci ketenangan dan kebahagian yang ada pada kaum sufiah. Benarlah kata kaum ini kerana kita banyak penat dan lelah dalam mengusahakan keperluan kehidupan harian kita kerana kita merasakan kita mampu membuat banyak pilihan dan menentukan sesuatu sedangkan hakikatnya memang Allah yang sudah memilih dan menentukan sesuatu untuk kita. Sebagai pengakhirnya, renungilah dengan ikhlas kata-kata Imam Besar Tasauf Sheikh Junaid Al-Bagdadi, iaitu : "Orang yang paling agung ialah orang yang menyerahkan kehendaknya kepada kehendak Allah dan dia sentiasa redho sepenuh hatinya dengan Allah". NK Tue Nov 22, 2005 11:36:30

1 comment:

Anonymous said...

salam ku2..
lama aku tak layan..
cuti besalin.. hehe
24000! punya la jauh tahap aku huhuhu..

 

Bali Accommodation