salam.
khamis lepas, bukan semalam, daa!, ada 3 anak murid gua tersampuk, atau bak kata orang pekan, histeria. gua takde la kisah sangat, sebab jarang2 sekali memang ada berlaku macam tu.. tapi keesokan harinya, jumaat, semasa perhimpunan rasmi pagi tu, berderet2 budak perempuan rebah dan tersampuk. mula-mula 2,3 orang je, tapi bila nak dekat 8 steng, dekat 20 orang budak dh tersampuk! terus perhimpunan berhenti sebab cikgu2 n pelajar2 yg lain nak nolong budak2 yg tersampuk tadi tu.
makin lama makin ramai gua tenguk.. nak nolong, ilmu takde. setakat baca fatihah, ayat kursi dengan selawat boleh le. tapi ni nak lawan dengan jin, beb.. sendiri mau ingat, la. akhirnya setelah tenguk keadaan tak terkawal, masa tu dh hampir 30 orang yg tersampuk, pengetua pun cal kaum dia, datang la KAGAT punya staf, dengan tah mana punya ustaz gua pun tak kenal. gua pulak terus keluar pegi kg padang tembak jumpa dengan hj husin, tok bilal masjid teluk muruh. dikatakan dia ni boleh ubat kes2 mcm gini..
tapi hj husin ni pulak ajak gua pegi rumah pak cu bidi, seorang tok pawang kt area ni. cu bidi ni memang disegani dari segi perubatan tradisional ni. hj husin nk minta pendapat n izin dr cu bidi. maka cu bidi pun jampi atas kemenyan dan bagi pada hj husin. masa gua sampai sekolah dengan hj husin, memang kawasan sekolah huru hara, gua cakap lu. mana dengan budak menjerit la, budak berlari, dan tukang menyakat pun ramai jugak..
setelah diikhtiarkan, akhirnya keadaan pun terkawal la untuk sementara. masa hantar hj husin balik, singgah rumah cu bidi, minta pendapat nak pulihkan sekolah. cu bidi kata pihak sekolah buat bangunan baru kt tapak rumah jin tu, itu yg depa marah tu. jadi nak settlekan, cu bidi minta kambing jantan seekor, ayam jantan seekor, nasi minyak, pulut kuning, bertih dan tepung tawar. boleh tahan jugak tu.. gua tak la setuju, tp gua sampaikan jugak kt pengetua agar dia ada beberapa pilihan nanti.. bila dh tengahari, gua pun balik la sebab sekolah dh habis, da!
sambung lain kali, insyaAllah.
Friday, April 30, 2010
Thursday, April 29, 2010
kiblat
salam.
ketahuilah oleh mu hai talib, bahawa sanya kiblat solat itu tiga perkara:
kiblat tubuh, kiblat hati, kiblat nyawa.
adapun kiblat tubuh kepada kaabah Allah. maka sekalian islam yang solat itu hendaklah mengadap kaabah, jika tiada mengadap kaabah, tiadalah sah solatnya itu. maka hendaklah dihadapkan dada kita kepada kaabah Allah, yakni sekalian urat dan darah dan ruh mengadap kaabah Allah.
adapun kiblat hati itu kepada Tuhan dan hendaklah kita iktikadkan tiada ia di kiri, tiada ia di kanan, tiada ia di atas, tiada ia di bawah, tiada ia di depan, tiada ia di belakang, tiada ia dapat ditempatkan pada satu tempat tetapi ada ia meliputi sekalian alam. "Ia serta kamu barang mana ada kamu nyatalah Allah." demikianlah iktikadnya hadapkanlah mata hati kita yang nurani lagi suci kepada Allah.
kiblat nyawa itu pada rahsia kerana nyawa itu sentiasa bercahaya dengan tuhannya maka adalah yang dianugerahi oleh Allah Taala iaitu dengan tujuh sifat: hayat, ilmu, kudrat, iradat, samak, basar, kalam; maka hiduplah kita memakai sifatNya belaka.
bersambung, insyaAllah.
wallahualam.
kitab tulistanganje

sendiri mau ingat, ha!
you can fool some people some time,
but you can never fool all the people all the time.
but you can never fool all the people all the time.
Tuesday, April 27, 2010
asal usul solat itu..
salam.
ketahuilah wahai talib, akan asal usul solat itu.
zohor terbitnya dari huruf alif,
asar terbitnya dari huruf lam,
maghrib terbitnya dari huruf ha,
isya' terbitnya dari huruf mim,
subuh terbitnya dari huruf dal.
maka apabila sempurna solat dari zohor hingga subuh, maka sempurnalah puji-pujian bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam.

Sunday, April 25, 2010
BN n parti komponen barunya..
salam.
tahniah kepada Barang Naik kerana menang kerusi parlimen hulu selangor, dan tahniah sekali lagi kepada Barang Naik kerana mendapat 3 parti komponen yang baru: spr, sprm n pdrm.
kepada spr, sprm n pdrm, tahniah juga diucapkan kerana berjaya melacurkan diri dan menjadi barua @ pecacai.
kepada PKR n pakatan rakyat, sabo je la bebanyak. bak kata orang putih, try again next time.

Thursday, April 22, 2010
hanya Allah..
salam.
tiada mengenal Allah hanya Allah,
tiada mengetahui Allah hanya Allah,
tiada melihat Allah hanya Allah.
ketahui olehmu, hai Talib, bahwa sabda Rasulullah saw;
barangsiapa menilik kepada sesuatu, jika tiada dilihatnya Allah dalamnya,
maka ia itu sia-sia.
firman Allah;
bahwa Allah Taala dengan segala sesuatu meliputi. 41:54
sabda Rasulullah saw;
aku daripada Allah, sekalian alam daripadaku.
wallahualam.
al-Muntahi
Hamzah Fansuri

Wednesday, April 21, 2010
tariq

salam.
wahai saudaraku,
masuklah pada tariq dan kembalilah kepada tuhanmu bersama ahli golongan ruhani.
waktu sangat sempit, jalan hampir tertutup dan sulit mencari tempat untuk kembali ke negeri asal.
wahai saudaraku,
sedarlah dan bergegaslah untuk mendapat ampunan dari tuhanmu.
wallahualam.
Sirrul Asrar
As-Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani
Subscribe to:
Posts (Atom)