Thursday, December 31, 2009

azam? resolusi?

salam.
oui! apa cite?
malam ni malam new year, beb.. lu orang tak nak g poya2 ke? mana la tau, kan, nak tenguk bunga api ke, tenguk manusia beribu2 kt dataran, berpusu2 kt KL, tak tentu hala tujuan belaka.. mana la tau..
tak pun, malam kang tunggu gerhana, tengah malam depa kata.. boleh buat solat sunat gerhana. mana la tau..
lu orang ada azam tahun baru ke? resolusi tahun baru? ada? kalau ada, bagus la. kalau takde pun, bagus jugak.. bukan apa, tiap2 hujung tahun, pasang azam bukan main, tapi haram!
gua, secara peribadi, takde la azam @ resolusi tahun baru ni.. tak main la azam tahun baru, beb.
gua pasang azam jugak, tapi azam gua bersifat harian. dan azam gua bersifat exclusive antara gua dengan tuhan je, beb. tapi kali ni gua kongsi la sikit apa yg konon2nya exclusive sangat tu.. takde la yang gua azam @ pinta @ doa, melainkan tuhan jadikan gua lebih baik pada hari2 yg mendatang daripada hari2 yang berlalu. tu je.. baik dari segala segi, zahir batin, habluminannas, habluminallah. gitu la kira2nya..
nak minta banyak2 dengan tuhan pun berasa malu jugak, tau. ye la, Dia bagi tak henti2 selama mana kita menghirup udara di alam maya lagi fana ni, tak minta pun Dia bagi jugak, minta pun Dia bagi jugak, tapi part kita nak layankan Dia, boleh dikira, berkala2 dan kurang kesungguhannya. gua cakap gua, bukan lu orang, k..
lagipun tak lama mana nak mati dah, nak minta amende lagi kat tuhan, beb. minta dipermudahkan semasa sakaratulmaut, semasa dihisab, agar beroleh peluang bertemu Nya nanti dalam keadaan wajah kita berseri2. itu je.. insyaAllah.
akhir sekali gua nak minta kat tuhan agar hati gua tak lekat pun pada dunia ni walau sekelumit pun kerana dunia dan seisinya pada hakikat akan menjadi fitnah pada kita jua. tiadalah kehidupan dunia ini melainkan kesenangan yang menipu.
itu je la yang nak gua kongsikan dengan lu orang malam ni. semuga lu orang senang hati selalu, insyaAllah.
selamat!

Monday, December 28, 2009

kesempitan dan kelapangan

salam.

di dalam masa kelapangan hawa nafsu dapat mengambil bahagiannya kerana gembira, sedang dalam masa sempit tidak ada bahagian sama sekali untuk hawa nafsu.

orang arif jika merasa lapang lebih khuatir daripada jika berada dalam kesempitan.

Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan, dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.

terjemah al-hikam

Saturday, December 26, 2009

cari amende, beb?


salam.
apa cite?
brasa lama beno tak menulis. sibuk layan dunia, beb.. racun tak berkesudahan..
ni nak cite sikit. ada sorang kaum tu, dia nak cari tuhan. padahal tuhan dah terlalu nyata, tapi dia tak nampak2 jugak.. tapi itu cite lain la.. jadi mamat ni pun pg la merata, jumpa orang sana sini, tanya itu tanya ini, buka kitab tutup kitab, last2 dia berjumpa dengan satu kaum. dia pun tanya la kat kaum ni, apa cite, nak cari tuhan macam mana, kat mana..
kaum ni dengan ceren je tanya kat mamat tu, "diri lu sendiri lu dah jumpa cari ke?" "mana diri lu, mana lu, cuba lu tunjuk kat gua!" mamat tu pun tunjuk la kat badan dia, tapi kaum ni cakap itu bukan dia, tapi badan dia. mamat tu pun tunjuk la muka dia pulak, tunjuk tepat kat batang hidung, kaum ni cakap lagi itu bukan dia, tapi batang hidung dia. mamat tu cubit2 n tarik2 kulit dia tunjuk itu la dia, tapi kaum ni tetap cakap itu bukan dia, tapi kulit dia saja.. last2 mamat tu pun tanya kat kaum ni, "habis tu mana gua, kalau seme gua tunjuk bukan gua?" kaum ni pun jawab,"tu la pasalnya. diri lu sendiri pun lu tak jumpa cari, apa cite nak cari tuhan pulak ni.."
mamat sorang tu terkedu terus.. kaum ni bukan saja tak jawab soalan original mamat tu, tapi siap tanya pulak soalan maut kat mamat sorang tu.. itu yang terencat terus mamat tu nak jawab. mati akai, bak kata oghang perok.. sabo je la, yop!
so, what's d moral of d story? the lesson here is, lu faham sendiri la. kalau tak faham jugak, memang lu tak faham.
ada reti? : \

Friday, December 25, 2009

: )


happy birthday adek!


kasih itu,

untuk selamanya....


nun kaf 2009

seeing n believing

seeing isn't believing.
believing is seeing.

*happy birthday adek! luv u!

Wednesday, December 23, 2009

if i fell in luv with you

if i fell in luv with you
would you promise to be true
and help me understand
coz i've been in luv before
and i've found that luv was more
than just holding hand
if i give my heart to you
i must be sure
from the very start
that you would luv me
more than hurt
if i trust in you
oh please
don't run and hide
if i luv you too
oh please
don't hurt my heart
coz i couldn't stand
the pain and i
would be sad
if i knew luv
was in vain
so i hope you see
that i
would luv to luv u
the beatles

Tuesday, December 22, 2009

hidup @ hayat @ nyawa..

salam.
hidup perlu tekanan @ stress @ pressure @ deadline.
hidup juga perlu matlamat @ objektif @ sasaran @ target.
hidup juga perlu makan, minum, berkeluarga, berumahtangga, bekerja.
walau bagaimanapun, bukan itu sebab hidup.
bukan.
hidup sebabnya untuk...
menyatakan.
yang di atas tadi itu semuanya hanyalah keperluan @ kehendak agar hidup dijanakan.

jadi, hidup untuk apa? sebab apa?
untuk menyatakan apa?
fikir, jangan tak fikir, tau.

saja la bagi lu orang dan gua berfikir sementara menantikan asar.
emm, dah jumpa jawapan nanti @ rasa2 dah jumpa jawapan nanti, bagitau la.
kongsi2 la, jangan kedekut, k.

selamat!
 

Bali Accommodation